Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUMK raih pingat emas di International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2021
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UMK raih pingat emas di International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2021

KOTA BHARU – Pasukan Badan Beruniform Briged Gayong (UKU10502), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya mengharumkan nama universiti dengan meraih pingat emas di International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2021.

Kejayaan itu diraih bagi kategori penciptaan, inovasi dan rekabentuk e-pembelajaran menerusi inovasi Smart Sistem e-Briged Gayong (BGM).

Penasihat Briged Gayong UMK, Razman Hafifi Redzuan, berkata BGM dihasilkan untuk memperkenalkan proses pengajaran ilmu gayong melalui inovasi baharu.

Ujar beliau, kejayaan manis itu satu pengiktirafan besar kepada Pusat Kokurikulum serta Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA) di UMK selaku perintis kepada Program Briged Gayong Berkredit di UA.

“Walaupun negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19, namun ia tidak mematahkan semangat juang yang tinggi ditunjukkan pasukan Briged Gayong UMK untuk mempamerkan kecemerlangan pada IUECL 2021 yang diadakan secara dalam talian,” kata beliau.

IKLAN

Pertandingan IUCEL 2021 yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) diadakan secara dalam talian bagi mempamerkan idea inovasi baharu berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di peringkat pengajian tinggi dan politeknik sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini serta selaras dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pandemik Covid-19.

Penasihat Briged Gayong UMK, Razman Hafifi Redzuan mengadakan kuliah dalam talian dengan pelajar Briged Gayong UMK.

Menurut Razman lagi, sistem ini diperkenalkan sebagai idea baharu dalam bidang pengajaran dan inovasi pembelajaran yang menggabungkan tiga teras iaitu seni silat gayong, badan beruniform, dan akademik.

IKLAN

“Penggunaan BGM ini juga dibangunkan dengan empat fungsi utama iaitu PdP (e-Pembelajaran), Keusahawanan (Kewangan e-Dagang), Pengurusan Berpusat (Akademik dan Tadbir Urus), dan e-Perpustakaan.

“Inovasi ini mesra pengguna, menarik dan mudah digunakan untuk kaedah pembelajaran terkini seperti saranan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan PdP,” tambahnya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Jurulatih Briged Gayong UMK, Muhamad Amru Rusli, menyifatkan pencapaian berkenaan lebih membanggakan kerana pasukan ini merupakan satu-satunya pasukan yang dianggotai oleh pelajar untuk menyertai pertandingan IUCEL 2021.

Menurut beliau, kursus Kokurikulum Berkredit Briged Gayong UMK ini tidak asing lagi kerana ditubuhkan bagi memperkenalkan dan mendedahkan kepada pelajar mengenai seni mempertahankan diri Silat Seni Gayong (Pasukan Khas Briged Gayong) daripada segi teori, teknikal, dan praktikal.

“Program ini disokong oleh Pusat Pengajian Institut Silat Seni Gayong (ISG) di mana pelajar berpeluang mempelajari tentang perundangan, peraturan-peraturan, dan adat istiadat Silat Seni Gayong.

“Pelajar juga didedahkan tentang sejarah, falsafah, etika, jati diri, kawad disiplin badan beruniform, kenegaraan, kepimpinan, undang-undang, dan akta seni mempertahankan diri serta modul asas tempur tanpa senjata super combat (TTS) Silat Seni Gayong Malaysia secara praktikal melalui pengajian kokurikulum berkredit Briged Gayong,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA