Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUA dan IPT tawar pelbagai pengkhususan komunikasi, pelajar perlu bijak pilih universiti...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UA dan IPT tawar pelbagai pengkhususan komunikasi, pelajar perlu bijak pilih universiti berdasarkan minat

Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia telah bermula sejak tahun 1970 dan mengalami perubahan serta pengstrukturan kurikulum dari semasa ke semasa supaya sentiasa relevan dengan kehendak industri.

Umum mengetahui banyak universiti awam (UA) menawarkan program pengajian membabitkan bidang komunikasi dan media.

Tidak cukup dengan penawaran program berkenaan oleh UA, institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta turut mengorak langkah menyediakan peluang pengajian dalam bidang sama untuk pelajar-pelajar yang berminat.

Peluang kerjaya yang menanti graduan dalam bidang ini juga cukup memberangsangkan kerana kurikulum pengajian yang diterapkan lebih holistik dan merangkumi pelbagai pengkhususan.

Sehubungan itu, minggu ini GPSBestari kongsikan senarai beberapa UA dan IPT yang menawarkan program pengajian komunikasi dan media di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda sebagai panduan kepada pembaca di luar sana.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti ini menawarkan program pengajian di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Di peringkat sarjana muda, pelajar boleh membuat pilihan untuk mengikuti pelbagai bidang pengkhususan termasuklah kewartawanan, perhubungan awam, penyiaran, periklanan, penerbitan, komunikasi media baharu, komunikasi antara personal, komunikasi instruktional dan latihan atau komunikasi pengurusan dan polisi.

Syarat kemasukan ke program diploma komunikasi di UiTM ialah memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat tiga kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.

Calon juga perlu mempunyai kelulusan Bahasa Inggeris minimum Gred B, kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan lulus temu duga serta ujian bertulis yang dikendalikan oleh fakulti.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Universiti Sains Malaysia (USM)

Bidang pengajian komunikasi dan media ditawarkan di bawah Pusat Pengajian Komunikasi USM membabitkan program Sarjana Muda Komunikasi (Filem Dan Penyiaran/ Komunikasi Pemujukan/Kewartawanan).

IKLAN

Syarat kelayakan minimum untuk lepasan STPM ialah lulus SPM atau peperiksaan lain yang setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai, lulus Sejarah dan lulus STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian serta mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET atau setaraf.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

UKM menawarkan program Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi Media) di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma dan APEL (A).

Syarat kemasukan bagi lepasan STPM ialah memiliki SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

Pelajar juga perlu lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am serta dua mata pelajaran lain dan Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Program pengajian komunikasi ditawarkan di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian ditawarkan di UPM merangkumi empat bidang iaitu Kewartawanan, Penyiaran, Komunikasi Korporat dan Komunikasi Kemanusiaan.

IKLAN

Syarat kemasukan bagi calon lepasan STPM ialah lulus SPM/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia kertas Julai/ Sejarah dan lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan dua mata pelajaran lain.

Calon juga perlu mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET mengikut tempoh sah laku.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

UIAM menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan – Komunikasi (Kepujian) membabitkan tempoh pengajian selama empat tahun.

Syarat kemasukan bagi lepasan STPM ialah mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM dan Tahap 3 (Band 3) dalam MUET; atau 4B/B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Calon juga perlu mendapat sekurang-kurangnya 6C/C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah /Pendidikan Syariah Islamiah, Matematik /Matematik Tambahan dan mana-mana tiga mata pelajaran lain yang belum diambil kira termasuk Bahasa Melayu.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Universiti Utara Malaysia (UUM)
UUM menawarkan program Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Media dengan Kepujian di bawah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).

Syarat am bagi lepasan STPM ialah memiliki SPM/setaraf dengan mendapat kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian (Gred C) Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

IKLAN

Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am serta dua mata pelajaran lain dan Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Terdapat dua pengkhususan bidang komunikasi ditawarkan di USIM iaitu Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dan Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan Kepujian.

Syarat kemasukan bagi calon lepasan STPM ialah lulus SPM/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kertas Julai / Sejarah dan lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dua mata pelajaran lain.

Calon juga perlu mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET mengikut tempoh sah laku.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT)
Universiti ini turut menawarkan pelbagai program komunikasi dan media di peringkat asasi, diploma, sarjana muda dan sarjana termasuklah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi dengan Psikologi dan Sarjana Muda Penyiaran dan Kewartawanan, Sarjana Muda Televisyen dan Filem Digital serta Sarjana Muda Komunikasi Profesional.

Syarat kelayakan bagi program diploma ialah lulus SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit tiga mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris.

Universiti Taylor’s
Universiti Taylor’s turut menawarkan program pengajian komunikasi dan media membabitkan peringkat asasi, diploma dan sarjana muda termasuklah Asasi dan Diploma Komunikasi Sarjana Muda Komunikasi Massa.

Syarat kemasukan bagi program diploma ialah mendapat sekurang-kurangnya kredit tiga mata pelajaran di peringkat SPM termasuklah Bahasa Inggeris.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Universiti Multimedia (MMU)
MMU menawarkan program pengajian Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Strategik) (Kepujian) kepada pelajar yang berminat.

Syarat kemasukan lulus asasi/matrikulasi daripada institusi yang diiktraf atau lulus STPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam dua mata pelajaran.

INTI International University and Colleges
INTI menawarkan program Diploma Komunikasi Massa kepada pelajar yang berminat di mana syarat kemasukan ialah kredit tiga mata pelajaran di peringkat SPM termasuk Bahasa Inggeris.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA