Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZTipSelalu buat kesilapan “grammar” Bahasa Inggeris? Ini aplikasi yang boleh bantu anda
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Selalu buat kesilapan “grammar” Bahasa Inggeris? Ini aplikasi yang boleh bantu anda

Menulis karangan di dalam Bahasa Inggeris diakui bukan mudah. Terutama bagi kita yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, perbualan harian. Kesalahan tatabahasa antara yang paling banyak berlaku.

Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh belajar. Membuat kesalahan dan kemudian memperbaiki merupakan pelajaran yang sangat bernilai.
Oleh yang demikian, jangan takut untuk menulis karangan menggunakan Bahasa Inggeris. Kini adik-adik boleh menyemak sendiri tatabahasa untuk memperbaiki mutu karangan tersebut dengan menggunakan aplikasi berikut;

  1. Grammarly

Grammarly merupakan antara aplikasi untuk menyemak tatabahasa yang paling popular. Ia boleh digunakan secara percuma. Tetapi jika anda mahukan ciri-ciri yang boleh mengesan penggunaan ayat aktif atau pasif, anda boleh melanggannya dengan harga yang bermula dari RM50 sebulan.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri yang ditawarkan di dalam versi percuma pun sebenarnya sudah cukup menarik dan bagus.

Jika ingin mencubanya, anda hanya perlu menyalin teks yang diinginkan dan tampalkan ke laman web Grammarly. Tetapi untuk penggunaan jangka panjang, anda mungkin ingin memasangnya sebagai plugin Chrome atau Microsoft Office.

Proses penggunaannya juga mudah di mana Grammarly akan menggariskan semua kesalahan, sama ada tatabahasa atau ejaan dengan warna merah.

Salah satu ciri kelebihan Grammarly adalah ia akan memberikan penjelasan yang terperinci mengenai kesalahan yang dilakukan, jadi anda dapat menyemak semula kesalahan yang tersebut dan belajar cara meletakan ayat dengan betul.

Sebagai contoh, jika klik perkataan “London” yang digariskan, anda akan mendapat penjelasan ringkas yang boleh dikembangkan untuk melihat contoh selanjutnya.

Grammarly adalah pilihan yang sangat bagus, yang bukan sahaja memeriksa tatabahasa dan ejaan, tetapi akan memberitahu kenapa kesalahan tatabahasa tersebut.

IKLAN

2. Hemingway Editor
Hemingway Editor mengambil pendekatan yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan Grammarly, iaitu pada gaya penulisan. Aplikasi ini mempromosikan gaya yang melibatkan perkataan mudah difahami, dan mengelakkan penggunaan ayat pasif serta penggunaan kata sifat terlalu banyak.

Ini bermaksud bahawa aplikasi ini tidak akan mengesan semua kesalahan tatabahasa, jadi mungkin ada beberapa kesalahan ejaan yang akan terlepas pandang seperti contoh dibawah.

Aplikasi ini tidak mengesan sebarang kesalahan dalam teks di atas. “Lastly” yang ditanda tersebut bukan kerana ia memerlukan koma tetapi kerana perkataan tersebut adalah “adverb”

Kesalahan ejaan “souvenirs” dan kurangnya penggunaan huruf besar di “london” tidak ditandai, kerana Editor Hemingway bukan pemeriksa ejaan. Frasa “would of” juga tidak diperbetulkan.

IKLAN

Sekiranya anda ingin menulis dengan gaya yang ringkas dan jelas, kami sarankan agar anda menggunakan aplikasi ini. Walau bagaimanapun, kadangkala ia menandakan ayat yang boleh dibaca dengan sempurna dan mengabaikan beberapa kesalahan lain. Ia paling baik digunakan bersama dengan pemeriksa tatabahasa dan ejaan lain, kerana mungkin ada beberapa kesalahan ejaan yang terlepas pandang.

3. After the Deadline
After the Deadline adalah plugin WordPress yang memeriksa tulisan di blog untuk kesalahan tatabahasa dan ejaan. Ianya juga sebuah aplikasi pemeriksa tatabahasa yang sederhana, jadi jika anda merasakan aplikasi seperti Grammarly terlalu ‘advanced’, aplikasi ini patut dicuba.

Seperti Hemingway Editor, anda juga dapat menggunakannya di web secara percuma tanpa perlu memberikan alamat e-mel ataupun membuat akaun. Jadi jika anda menggunakan komputer awam seperti di perpustakaan awam dan tidak mahu log masuk ke banyak laman web yang berbeza, aplikasi ini amat berguna.

Seperti yang dilihat di atas, aplikasi ini tidak melihat bahawa “london” memerlukan huruf besar, ataupun, koma mesti ada selepas perkataan “Lastly”. Namun, ia mengesan kesalahan penggunaan frasa “would of”, tidak seperti banyak pemeriksa lain. Ia juga dapat mengesan kesalahan ejaan “souvenirs”.

IKLAN

After Deadline sangat sesuai untuk para blogger, kerana ia boleh digunakan dengan WordPress dan Windows Live Press. Jangan risau jika anda bukan seorang blogger, kerana ia boleh juga dipasang di Chrome dan Firefox.

4. Ginger
Anda boleh mencuba Ginger secara dalam talian, tetapi ia sebenarnya direka untuk digunakan dengan perisian lain; yang boleh dimuat turun untuk Windows atau iOS, dan boleh digunakan pada peranti mudah alih.

Selain pemeriksa tatabahasa, ia juga menawarkan ciri-ciri “pengubah ayat” yang memberi cara alternatif untuk menulis ayat tadi, dan juga ciri “pelatih peribadi” yang akan membantu anda belajar menulis bahasa Inggeris dengan betul dengan mengenal pasti corak kesalahan yang dibuat.

Ginger juga menawarkan beberapa ciri extra yang tidak ada dalam aplikasi lain, seperti kemampuan untuk meminta Ginger membaca teks yang ditulis, dan juga alat terjemahan – walaupun tidak semua ciri yang ditawarkan adalah percuma.

Jika anda pengguna Mac, iPhone, atau Android, Ginger adalah pilihan yang terbaik. Ia berfungsi dengan baik dengan Apple’s Pages word-processor dan boleh digunakan sebagai papan kekunci di dalam peranti Android – membolehkan anda memeriksa tatabahasa dan ejaan yang ditulis.

Source: dailywritingtips.com

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA