Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZTipPerkongsian guru luar negara ini menarik untuk dilaksanakan, 5 tip kelas lebih...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Perkongsian guru luar negara ini menarik untuk dilaksanakan, 5 tip kelas lebih seronok

Bagi seorang guru, kadangkala pasti sedih apabila ada pelajar yang tidak menumpukan perhatian ketika di dalam kelas. Apa tidaknya, penat mengajar tapi ada yang buat kerja sendiri ataupun tertidur.
Oleh itu, GPSBestari ingin berkongsi beberapa tip dari sebuah portal luar negara yang para cikgu kita boleh cuba bagi meningkatkan minat dan perhatian pelajar ketika di dalam kelas.

1. Hentikan sebentar kelas
Guru-guru tidak boleh mengharapkan pelajar untuk terus mendengar sepanjang masa. Perlu juga beri masa untuk berehat ketika pembelajaran supaya mereka tidak menjadi bosan serta kekal fokus.

Ketika waktu rehat, guru-guru boleh mencuba beberapa aktiviti yang dirasakan perlu. Selepas itu, sambung semula pelajaran. Selain itu, guru-guru juga boleh cuba menggunakan cara mengajar yang berbeza, perkara ini pastinya akan menambah keseronokan belajar.

2. Variasi pembelajaran dengan permainan
Permainan merupakan antara aktiviti yang boleh meningkatkan penglibatan pelajar. Ini kerana ia akan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Kaedah ini boleh digunakan ketika waktu mengulangkaji hingga latihan menghafal.

Banyak pilihan percuma yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan ini, antaranya adalah Kahoot!, Quizit, dan lain-lain

3. Asingkan pelajar menjadi beberapa kumpulan
Dengan mengasingkan pelajar dalam beberapa kumpulan, pastinya para pelajar akan dapat mencari maklumat dengan lebih cepat dan mengelakkan aktiviti membuang masa.
Belajar secara berkumpulan juga akan mendorong mereka untuk berfikir secara kreatif dan membina kemahiran komunikasi yang kuat serta dapat membantu dalam menyempurnakan pemahaman pelajaran.

4. Jangan duduk sahaja, bangun dan bergerak
Kebanyakan kanak-kanak sebenarnya tidak suka jika mereka hanya berada di satu tempat pada jangka masa yang lama. Mereka perlu mendapatkan masa untuk bangun dan bergerak.

Semasa sedang mengajar, jika anda mendapati ada pelajar yang kelihatan lesu, hentikan sebentar pelajaran tersebut. Pastikan pada waktu ini mereka boleh membuat apa yang mereka suka, ataupun arahkan sahaja satu kelas berdiri dan bersenam. Selepas itu pastinya mereka akan terasa lebih segar dan lebih menumpukan perhatian.

5. Gunakan pendekatan Hands-On
Tidak kira apa subjek yang diajar, gunakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk memvariasikan pembelajaran. Berikan kepada pelajar tugasa-tugasan yang berorientasikan tindakan.

Sebagai contoh, berikan mereka sebuah projek seni dan kraf, ia akan membuatkan pelajar berasa seronok mereka tidak hanya perlu mendengar, tapi boleh juga menyentuh ‘pelajaran’ mereka.

Dengan ini pastinya pelajar akan memberikan tumpuan yang lebih dan menjadi subjek kegemaran mereka sepanjang persekolahan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu para guru untuk meningkatkan perhatian dan minat pelajar.

Sumber: https://www.miracle-recreation.com

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Artikel Berkaitan

MESTI BACA