HomeGen ZTipPelajar boleh ikuti 5 langkah mudah ini untuk elak akaun media sosial...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar boleh ikuti 5 langkah mudah ini untuk elak akaun media sosial anda digodam

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), peratus pengguna media sosial bagi lingkungan umur 15-24 tahun adalah sebanyak 43.1%.

Kesedaran dan kepentingan perlindungan data peribadi harus dititikberatkan lebih-lebih lagi majoriti pengguna media sosial adalah dalam kalangan remaja.

Wabak Covid-19 telah mengakibatkan pelajar untuk menjalani pembelajaran secara dalam talian. Kesemua hasil kerja pelajar berada dalam talian dan penting untuk pelajar mengetahui langkah-langkah bagi memastikan data peribadi dan kerja tidak hilang kemudian hari.

Jika pelajar semua ikuti langkah-langkah yang betul dan sentiasa berwaspada ketika menggunakan media sosial, kebarangkalian untuk akaun anda digodam amatlah tipis.

  1. Gunakan kata laluan yang kuat dan unik

Pengguna kebiasaanya mempunyai pelbagai akaun media sosial untuk pelbagai tujuan. Namun begitu, jika kata laluan anda lemah, keselamatan akaun anda akan terjejas. 

Lebih kompleks kata laluan yang anda gunakan, lebih sukar bagi penggodam untuk memperoleh kata laluan anda. 

IKLAN
  1. Tambahkan pengesahan dua faktor untuk setiap akaun media sosial

Jika anda menggunakan pengesahan dua faktor pada akaun sosial anda, ia akan menambah lapisan keselamatan tambahan. 

Apabila terdapat cubaan memasuki ke akaun anda melalui peranti, lokasi atau pelayar yang baru; kata laluan akan di hantar kepada anda yang mana anda perlu memasukkan kata laluan untuk log masuk ke akaun media sosial anda.

Ini bermakna setiap kali anda log masuk, anda juga perlu memasukkan kod unik yang dihantar pada telefon anda oleh laman web media sosial.

BACA JUGA: Mahu tahu apa sisi positif penggunaan media sosial dalam kalangan remaja? Mohon hadam perkongsian ini

IKLAN

BACA JUGA: Pendidik Malaysia tubuhkan persatuan berdaftar untuk perangi maklumat palsu

  1. Sediakan jawapan keselamatan dan kemas kini tetapan privasi anda

Semua platform media sosial memberi anda pilihan untuk mengehadkan informasi yang dipamerkan ke dalam media sosial.   Anda juga boleh menggunakan soalan keselamatan pada akaun anda.

Kebimbangan inilah yang dibawa bersama ciri baru Instagram di mana pengguna sendiri yang berkongsi jawapan keselamatan kepada khalayak ramai. Kita tidak akan pernah tahu jika terdapat golongan yang mempunyai niat jahat terhadap kita.

  1. Berhati-hati dengan maklumat yang anda kongsi

Elakkan berkongsi maklumat peribadi dalam talian kerana maklumat anda seperti alamat e-mel, nombor telefon dan nombor kad pengenalan anda, boleh digunakan untuk tujuan penipuan.

IKLAN

Lihat profil media sosial anda dan cuba pastikan profil ruangan yang mengandungi data peribadi anda kosong. Kebiasaanya sesiapa yang memerlukan maklumat daripada anda seperti tarikh lahir, alamat e-mel dan nombor telefon adalah mereka yang anda kenal dan percaya.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

  1. Semak permintaan rakan dan sekat akaun palsu

Platform seperti Facebook dan Instagram dipenuhi dengan profil palsu. Akaun palsu itu boleh menjadi penggodam mahupun organisasi mencurigakan yang ingin memantau aktiviti anda.

Jangan terima sebarang permintaan rakan tanpa pengesahan. Jika seseorang mengganggu anda, adalah baik untuk melaporkan dan menyekat profil sedemikian.

Sumber: Security Today

Artikel Berkaitan

MESTI BACA