HomeGen ZKomputer ditenggelami air, ikuti 5 langkah ini untuk dapatkan semula data anda
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Komputer ditenggelami air, ikuti 5 langkah ini untuk dapatkan semula data anda

Banjir yang melanda di sekitar Lembah Klang dan beberapa buah negeri di Pantai Timur baru-baru ini telah mengakibatkan kemusnahan yang amat dahsyat.

Kita sendiri boleh melihat rumah, kereta, peralatan dan barangan peribadi ditenggelami air.
Bagi pelajar yang sedang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), kebanyakan kerja disimpan di dalam komputer.

Apabila dilanda banjir, kemungkinan untuk memperbaiki komputer seperti sedia kala amatlah tipis.

Secara teori, pelajar-pelajar mangsa banjir masih lagi berpeluang untuk menyelamatkan kerja-kerja penting yang disimpan di dalam cakera keras dalam komputer masing-masing.

Ini kerana air sahaja tidak akan memusnahkan cakera keras, walaupun air boleh merosakkan komponen elektronik tetapi data itu sendiri disimpan secara magnetik.

Kali ini, GPSBestari akan kongsikan cara untuk menyelamatkan data yang di simpan di dalam cakera keras computer anda.

BACA JUGA: Tip selamatkan barang elektrik dan elektronik yang tenggelam ketika banjir

IKLAN

BACA JUGA: Pengurusan pendidikan penting dalam mendepani akhlak remaja di era digital

1. Bertindak pantas kepada cakera keras yang rosak air
Bertindak pantas adalah penting untuk mengurangkan kemungkinan kerosakan air pada cakera keras. Tindakan yang cepat adalah kunci kepada pemulihan yang berkesan. Langkah pertama yang perlu lakukan ialah dengan segera mengeluarkan cakera keras daripada komputer. Semakin lama cakera keras ditenggelami air, bahagian cakera yang kering boleh rosak. Jika cakera keras dihidupkan, matikan ia dengan serta-merta.

2. Jangan cuba pasang cakera keras.
Dilarang sama sekali memasang atau menghidupkan cakera keras untuk lihat sama ada ia masih berfungsi atau tidak.

Tindakan pemasangan dan menghidupkannya boleh memburukkan lagi keadaan. Memasang cakera keras yang rosak disebabkan air bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan berlarutan pada cakera, tetapi juga pada komputer anda atau peranti lain.

IKLAN

Jika cakera keras rosak akibat air dan dihidupkan, adalah mustahil untuk anda mendapatkan semula semua data. Jangan keringkan cakera keras dengan pengering rambut atau di bawah matahari.

Ini kerana haba yang berlebihan boleh merosakkan cakera dengan lebih teruk. Ramai yang tidak sedar air pada komponen cakera keras menyebabkan lebih banyak kerosakan jika ia dibiarkan kering kerana ia meninggalkan kekotoran yang menjadikannya lebih sukar untuk dibersihkan.

3. Bilas perlahan-lahan dengan air bersih kemudian simpan di dalam beg Ziploc.
Bilas cakera keras anda perlahan-lahan dengan air bersih. Kemudian simpan dalam beg Ziploc atau bekas lain yang tertutup untuk memastikan ia tidak kering.

IKLAN

Tindakan pertama anda mungkin untuk mengeringkan cakera keras, tetapi sebenarnya yang terbaik adalah membiarkannya basah.

4. Berikan cakera keras kepada pakar pemulihan data.
Bukan semua pakar mampu mengendalikan pemulihan data dan bukan setiap kedai membaik pulih komputer mempunyai peralatan atau bilik bersih yang akan memberikan anda hasil yang terbaik.

Anda disarankan untuk membawa cakera keras yang rosak akibat air kepada pakar pemulihan data. Jika berkesempatan, hantar cakera keras dalam masa 24 jam. Ini boleh mengurangkan risiko komponen cakera keras anda rosak.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Tiada cara dan jaminan untuk mengelak daripada kerosakkan cakera keras anda tetapi ia masih boleh dilindungi daripada kehilangan data.

Sumber: Guardian Computer

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA