HomeGen ZTipKanak-kanak alami trauma bencana, ibu bapa boleh ikuti 5 langkah membantu mereka...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Kanak-kanak alami trauma bencana, ibu bapa boleh ikuti 5 langkah membantu mereka untuk pulih

Bencana alam yang melanda seluruh negara baru-baru ini pastinya akan memberi kesan mendalam terhadap jiwa mangsa banjir terutamanya kanak-kanak.

Mereka mengalami tekanan dan kebimbangan akibat pengalaman banjir dan juga tinggal di pusat pemindahan sementara di mana ia sekaligus mengubah rutin harian.

Bagi kebanyakan kanak-kanak, ini boleh mengakibatkan tahap kebimbangan dan trauma emosi yang tinggi serta boleh membawa kepada perubahan dalam tingkah laku juga mengakibatkan insomnia dan hilang selera makan.

Dalam apa juga jenis bencana alam sama ada banjir, gempa bumi, runtuhan salji, atau tsunami, adalah penting untuk keluarga dan mereka yang rapat memberikan sokongan dan tempat perlindungan yang sesuai untuk proses pemulihan semula.

BACA JUGA: UMP tubuh bilik gerakan untuk bantu mangsa banjir

BACA JUGA: KPT sambut baik keputusan kelonggaran PdP akibat banjir

Jadi, GPSBestari akan kongsikan beberapa kaedah untuk membantu kanak-kanak pulih daripada trauma bencana alam ini.

IKLAN

1. Dengar rintihan mereka
Kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa banjir sering merasakan keluarga dan orang disekelilingnya tidak mendengar rintihan atau masalah mereka. Anak-anak ini juga merasakan tidak mahu membebankan keluarga dengan kebimbangan yang mereka alami.

Walaupun anak anda kelihatan normal, beritahu mereka anda mengambil berat mengenai perasaan mereka dan sudi mendengar luahan hari mereka. Apabila kanak-kanak mendapat peluang untuk bercakap tentang perasaan dan pengalaman mereka sendiri, ini membantu proses pemulihan dengan lebih cepat.

Ibu bapa juga dinasihatkan meluangkan masa bersama anak-anak ketika tempoh genting ini. Cuba untuk bermain bersama mereka dan meluangkan masa mendengar apa yang ingin mereka katakan.

2. Libatkan kanak-kanak dalam aktiviti pembersihan
Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembersihan dan pemulihan rumah ataupun tempat tinggal dapat mengurangkan trauma yang dialami.

IKLAN

Contoh bantuan yang diberikan kepada mereka untuk pulih daripada trauma adalah dengan melibatkan mereka dalam aktiviti pembersihan komuniti. Secara tidak langsung ini dapat membantu membuang pemikiran negatif yang sering dikaitkan dengan banjir dan sebaliknya menggantikannya dengan pemikiran positif hasil sokongan keluarga dan komuniti.

3. Tumpukan perhatian jika sedang bergelut
Pantau tingkah laku anak anda dan perhatikan dengan teliti untuk memastikan sama ada terdapat perubahan pada diri mereka. Cuba untuk tidak mengkritik dan menghukum jika terdapat sebarang perubahan dalam tingkah laku dan cuba berbual tentang perasaan dan apa yang sedang difikirkan tentang apa yang telah berlaku.

Elakkan berkata apa-apa yang boleh menakutkan dan menjatuhkan semangat. Sebaliknya, beritahu dan yakinkan mereka selamat dan anda menyayangi mereka.

IKLAN

4. Sentias berterus-terang
Bencana yang melanda boleh berlaku sekali lagi dalam masa akan datang. Pendidikan tentang alam sekitar amat penting kepada kanak-kanak supaya mereka mengetahui setiap tindakan yang dilakukan mempunyai implikasi.

Ibu bapa turut memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa banjir.

5. Tetapkan rutin harian
Kanak-kanak memerlukan rutin harian supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan. HaI ini bertambah sukar jika anda terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara atau jika sekolah mereka ditutup.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Namun, ibu bapa boleh cuba mengekalkan rutin yang boleh dikawal seperti waktu makan dan tidur. Usaha ini dapat membantu mengurangkan sebarang kebimbangan yang mungkin dirasai oleh kanak-kanak. Ia juga akan membantu mengatasi sebarang kebosanan yang mungkin mereka hadapi.

Sumber: The Conversation

Artikel Berkaitan

MESTI BACA