Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZKerjayaIngin menjadi seorang pemain e-sukan profesional? Ini 8 perkara yang boleh anda...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ingin menjadi seorang pemain e-sukan profesional? Ini 8 perkara yang boleh anda lakukan

Jika dahulu bermain permainan video dilihat satu perkara yang membuang masa, namun kini tidak lagi, aktiviti ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai kerjaya dan memberikan pendapatan yang lumayan.

Ia tidak menhairankan kerana kini banyak kejohanan-kejohanan e-sukan yang diadakan dan ganjarannya juga sangat besar, malah pada bulan lepas sahaja seorang rakyat Malaysia yang berpangkalan di China telah membawa pulang RM21.7 juta setelah muncul naib juara pada kejohanan e-sukan DOTA di romania

Bagi seseorang yang amat suka dengan permainan e-sukan mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi pemain profesional, sama ada ingin menyertai kejohanan secara solo atau berpasukan, kami sediakan beberapa pelan tindakan yang boleh diikuti untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya.

Kenal pasti motivasi
Amat penting untuk bermain e-sukan atas sebab yang betul. Rasa suka untuk bersaing, mendapat kepuasan ketika bermain, dan rasa menyumbang kepada pasukan dan komuniti adalah antara alasan yang betul untuk bermain.

Dalam jangka panjang, motivasi positif adalah perkara yang akan membuatkan pemain sentiasa mahu kekal dalam e-sukan. Pemain yang didorong oleh wang tunai, kemasyhuran dan kejayaan pantas, sebaliknya, mungkin akan cepat rasa putus asa sebelum dapat menjadi seorang yang profesional.

Pilih permainan (game)
Langkah seterusnya ialah mencari permainan yang sesuai dengan diri sendiri.

Terdapat dua arah di sini: sama ada memilih permainan yang baru keluar atau permainan yang memang sudah dikenali.

Aspek penting dalam memilih permainan yang ditubuhkan sebagai e-sukan ialah infrastruktur dan sumber sedia ada untuk menyokong permainan yang profesional. Tajuk-tajuk yang sudah lama wujud seperti League of Legends, Dota 2 dan Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) mempunyai pangkalan pemain yang besar dan selalu mempunyai kejohanan-kejohanan e-sukan dengan hadiah yang lumayan. Keburukannya pula ialah ia adalah pemain baru perlu berusaha dengan lebih kuat untuk memecahkan dominasi pemain sedia ada.

Apabila memilih permainan yang bar, para pemain mempunyai peluang yang sama untuk menaikkan diri mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga risiko jika permainan menjadi gagal, mungkin anda perlu beralih permainan yang lain. Oleh itu, dinasihatkan untuk mencuba beberapa permainan dan kekal dengan yang paling diminati.

Sertai komuniti dalam permainan
Menjadi seorang pemain profesional bukan hanya bergantung pada bakat individu sahaja, seorang pemain juga mesti mengetahui apakah budaya yang ada di dalam permainan tersebut.

IKLAN

PEMAIN E-SUKAN PROFESIONAL | BACA JUGA : Risau anak autism? Cikgu ini kongsi intervensi awal yang dilakukan bagi membantu perkembangan anaknya

PEMAIN E-SUKAN PROFESIONAL | BACA JUGA : Stres dalam kalangan guru dan pelajar. Ini cara yang perlu anda lakukan daripada terus tertekan!

Oleh itu, sebelum meluangkan terlalu banyak masa untuk mempelajari perkara-perkara penting permainan, luangkan juga sedikit masa melawati forum dan tempat lain di mana pemain lain berkumpul. Perkara ini akan memberikan petunjuk yang lebih baik mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilalui.

Gunakan peralatan yang sesuai
Pastikan anda bermain menggunakan peralatan yang betul, seperti gaming mouse dan juga mechanical keyboard yang sesuai dengan diri sendiri.

Walaupun apa jua peralatan yang dipilih, pastikan hanya menggunakan alat yang sama setiap kali bermain kerana ianya akan membentuk kebiasaan yang sangat penting ketika sedang mengikuti kejohanan e-sukan.

Sentiasa berlatih
Jika mahu menjadi juara, maka latihan adalah sesuatu yang sangat penting

Perkara pertama yang boleh dilakukan adalah dengan menguasai mekanik permainan. Tumpukan pada pembelajaran kemahiran khusus permainan sehingga ia menjadi sebati dalam memori otot anda.

IKLAN

Semasa anda mengasah kemahiran, lakukan juga penyelidikan berkenaan strategi ketika bermain. Seorang pemain e-sukan yang bagus adalah seseorang yang mempunyai banyak strategi, seperti apa yang perlu dilakukan jika terlibat dalam sesuatu situasi tertentu.

Banyak yang boleh dipelajari daripada menonton pemain pemain terbaik. untuk itu boleh cari video-video rakaman dan strim langsung untuk mempelajari strategi yang baik dan rujukan tentang cara bermain.

Akhir sekali, apabila merasakan tahap permainan anda menjadi semakin baik, rakam dan tonton semula ulang tayang perlawanan sendiri, ia akan membolehkan anda lebih memahami gaya permainan anda dan belajar daripada kesilapan.

Naik tangga ranking
Jika ingin menjadi seorang pemain profesional, anda perlu sentiasa mempunyai keinginan yang kuat untuk menang. Ini bermakna mendahului papan mata dalam kumpulan, mendaki tangga ranking, dan menjadi pasukan terakhir yang masih berdiri dalam sesebuah kejohanan.

Biasakan juga diri dengan hierarki peringkat persaingan, kerana setiap e-sukan mempunyai sistem tersendiri untuk membawa pemain baharu ke dalam kumpulan. Sebagai contoh, dalam CS:GO, pemain yang memasukinya biasanya bermula dari permainan umum kepada ‘match-up’ dan kemudian masuk ke liga dan kejohanan.

PEMAIN E-SUKAN PROFESIONAL | BACA JUGA : Sambutan Aidilfitri Sekolah Rendah Islam Al-Azhar disambut sederhana tapi meriah

IKLAN

PEMAIN E-SUKAN PROFESIONAL | BACA JUGA : 5 Teknik pengurusan masa ketika PdPR, adik-adik boleh lakukan

Mendaki tangga ranking juga membolehkan seorang pemain baru mencipta nama yang akan membantu mereka mencari tempat dalam pasukan amatur, yang seterusnya boleh menjadi batu loncatan kepada pasukan profesional.

Bersaing untuk dapatkan perhatian
Bermain dengan baik tidak cukup, anda juga perlu ada hubungan dengan pemain lain untuk berjaya.

Sebaik sahaja sudah berada di lobi yang lebih kompetitif, mulakan membuat hubungan, memanfaatkan kedudukan anda sebagai lawan yang berkualiti untuk berhubung dengan pemain yang lebih baik.

Membina hubungan dengan pemain yang lebih baik boleh membawa kepada perkara yang lebih besar, seperti jemputan ke saluran Discord peribadi, di mana anda akan berpeluang bermain dalam stream eksklusif dan bergaul dengan pemain elit. Persekitaran seperti ini adalah tempat pemain cenderung mendapat perhatian oleh pasukan profesional.

Hidup yang seimbang
Pemain profesional mesti belajar cara untuk mengimbangi aktiviti bermain dengan aktiviti luar. Ini kerana pendekatan holistik untuk memastikan kualiti latihan yang bagus adalah termasuk pemakanan yang betul, senaman dan kehidupan sosial yang aktif, yang meningkatkan fokus mental dan mencegah keletihan.

Mengekalkan gaya hidup sihat akan membolehkan anda kekal bermotivasi dengan lebih lama untuk meningkatkan kemahiran yang akhirnya akan menarik pasukan profesional.

Semoga perkongsian ini membantu mencapai cita-cita anda untuk menjadi seorang pemain e-sukan yang berjaya.

PEMAIN E-SUKAN PROFESIONAL | IKUTI GPSBESTARI DI TWITTER DAN INSTAGRAM

Artikel Berkaitan

MESTI BACA