Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZTip belajar menaip dengan laju, hanya guna 5 aplikasi percuma ini
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
631FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Tip belajar menaip dengan laju, hanya guna 5 aplikasi percuma ini

Boleh menaip dengan laju merupakan satu kelebihan. Dapat menjimatkan masa dan kerja-kerja mengarang menjadi lebih menyeronokkan.

Namun bagi yang kurang mahir, mungkin akan membuatkan kerja menjadi lambat. Bayangkan jika kelajuan menaip dapat ditingkatkan, kerja akan menjadi lebih efisien dan produktif.

Jadi hari ini, GPSBestari ingin berkongsi beberapa aplikasi laman web yang boleh membantu para guru untuk meningkatkan kelajuan menaip, pelajar pun boleh cuba.

1. Keybr
Aplikasi ini akan menunjukkan di mana jari harus berada di atas papan kekunci. Pada permulaan, pengguna akan diberikan latihan yang mudah sahaja, namun kesukaran akan meningkat naik sepanjang latihan dilakukan.

Apa yang menarik mengenai Keybr adalah terdapat pelbagai variasi latihan yang diberikan dan ia akan sentiasa berubah mengikut tahap kemahiran penggunanya. Interface juga agak mudah iaitu pengguna boleh mengetahui tahap kemahiran mereka. Aplikasi ini juga akan memberitahu latihan seterusnya.

©unsplash

2. Ratatype
Bagi seseorang yang masih perlu melihat papan kekunci semasa menaip, Ratatype adalah pilihan yang paling sesuai. Aplikasi ini akan memberikan pengenalan untuk mula menaip tanpa melihat papan kekunci dan akan menunjukkan di mana sepatutnya jari berada di atas papan kekunci.
Aplikasi ini juga akan turut memberitahu posisi duduk yang paling sesuai ketika menaip. Oleh itu, pengguna boleh memulakan latihan menaip dengan selesa.

baca juga: Lajukan komputer anda dengan 4 kaedah ini! Boleh cuba buat sendiri

IKLAN

Baca juga: Ini 6 tip dan trik komputer yang wajib anda tahu!

Ratatype dicipta khusus buat mereka yang baru hendak bermula menaip, jadi ia menawarkan interface yang cantik untuk elak rasa bosan.
Latihan juga akan bermula daripada perkara asas, iaitu memberikan tumpuan kepada cara untuk menekan butang yang betul dan pantas.

Untuk melihat sejauh mana kemajuan yang dibuat, hanya perlu pergi ke profil sahaja.

3. The Typing Cat
The Typing Cat mempunyai interface yang sangat menarik serta menawarkan pelbagai variasi latihan. Pengguna boleh berlatih menerusi permainan yang disediakan di samping mengikuti praktikal standard yang ditawarkan. Ia akan menunjukkan di mana jari perlu diletakkan di atas papan kekunci sepanjang masa. Pengguna akan mengikuti siri kursus dan pelajaran yang komprehensif.

IKLAN

Proses untuk mula juga sangat mudah iaitu hanya perlu buka laman web dan boleh terus mula menaip. Namun jika mahu menyimpan progres kemajuan, disarankan untuk mendaftar.

 

4. TypingClub
Sekiranya anda ingin cuba belajar menaip secara ‘suka-suka’, TypingClub adalah yang terbaik. Aplikasi ini akan mengajar melalui pelbagai latihan yang disediakan.

IKLAN

Aplikasi web ini juga akan membolehkan penggunanya berlatih mengikut kadar kemampuan sendiri dan boleh berhenti berehat pada bila-bila masa sahaja.

Anda boleh mencuba beberapa latihan yang diberikan secara percuma, tetapi ada pilihan langganan premium untuk membuka akses kepada lebih banyak kandungan.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

5. Typing.com
Aplikasi ini menawarkan latihan yang sangat asas tetapi masih menarik untuk para penggunanya. Halaman webnya juga direka dengan baik justeru pengguna akan mendapat pengalaman menaip yang pantas.

Aplikasi ini akan menunjukan di mana sepatutnya jari berada di atas keyboard, dan laporan kemajuan akan muncul di akhir setiap latihan. Latihan yang diberikan juga mempunyai banyak variasi, dengan huruf kadang-kadang akan turun ke bawah dari bahagian atas skrin atau langsung tidak bergerak.

Jadi, sekiranya anda ingin belajar menaip dengan pantas, aplikasi-aplikasi ini adalah antara pilihan yang sangat bagus.

Sumber: Popsci.com

Artikel Berkaitan

MESTI BACA