Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Z“Tak pa anak-anak... Datang je ke sekolah. Tak ada cikgu marah”
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

“Tak pa anak-anak… Datang je ke sekolah. Tak ada cikgu marah”

Sekolah sudah kembali dibuka, pelajar pun kini seronok dapat kembali ke sekolah… Ibu bapa? Sudah tentu ramai yang gembira dengan perkembangan ini.

Namun dalam keseronokan tersebut, perlu di ingat bahawa tidak semua orang belayar di dalam ‘kapal’ yang sama.

Setelah berbulan-bulan tidak menjejak kaki ke sekolah, pastinya ramai di antara pelajar yang mendapati seragam-seragam sekolah mereka kini sudah menjadi semakin sendat serta tidak boleh digunakan lagi.

Ditambah lagi ramai juga ibu bapa yang mengeluh jika terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk membeli seragam baharu yang hanya akan sempat dipakai untuk beberapa bulan sahaja, semua ini dikala mereka sendiri sedang bergelut menghadapi kesempitan kewangan.

Untuk itu, sebelum ini kerajaan ada mengumumumkan bahawa pelajar kini bebas memakai pakaian yang di mahukan bersesuaian, jadi kembalilah bersinar harapan permata-permata ini untuk menuntut ilmu di secara bersemuka di sekolah.

Menurut seorang guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak, Cikgu Mohd Fadli Salleh melalui sebuah perkongsiannya di Facebook, tiada seorang pun cikgu yang akan memarahi para pelajar jika mereka memakai pakaian selain seragam sekolah ketika sesi persekolahan.

Malah semua cikgu amat sebenarnya amat menyukai semangat mereka untuk menimba ilmu walaupun serba kekurangan, jadi semua pelajar tidak perlu merasa malu dan pergilah ke sekolah dengan penuh semangat.

Mari kita ikuti perkongsian penuh guru terbabit di bawah.

IKLAN

*

Murid tahun 6, baju dah tak muat. Datang dengan baju kurung je ke sekolah.

Nak beli baru, sayang. Sebab beberapa bulan lagi dia akan masuk sekolah menengah dah. Musim gawat ni, sebolehnya berjimat.

Tak mengapa anak-anak. Datang je ke sekolah. Tak ada siapa marah. Semua cikgu-cikgu faham situasi sekarang.

IKLAN

Bahkan PK Hem, Cikgu Shafit nampak murid ni pakai baju kurung, terus dia cari stok baju seragam sekolah. Kebetulan ada size murid ni, rezeki dia.

Kat sekolah kami sentiasa kami sediakan stok baju kecemasan untuk murid-murid. Baju baru tau, bukan yang dah guna. Alhamdulillah, memang sangat berguna.

Yang datang pakai selipar ada, pakai kasut sukan ada, nasib baik tak datang pakai high heel mak je.

Tak pa. Tak pa. Datang ja. Cikgu tak marah. Bahkan cikgu suka semangat kamu nak timba ilmu walau serba kekurangan.

IKLAN

Yang mana cikgu boleh bantu, cikgu bantu. Korang belajar je elok-elok, biar besar nanti berjaya dan jadi insan yang berguna.

Dan masa tu, ingatlah momen kamu dibantu hari ni. Masa kau dah besar dan berjaya, korang kena bantu orang lain pula.

Jangan biarkan kitaran kebaikan terputus okeh!

*
Yang cari seragam sekolah murah, nah link ya :
Baju kurung perempuan sekolah rendah :
https://shp.ee/esa6cdj

Baju kurung sekolah menengah :
https://shp.ee/8n6i9bj

Baju lelaki sekolah rendah/menengah :
https://shp.ee/ctwr9ij

Kasut sekolah murah :
https://shp.ee/x8c6w2j
#MFS

Artikel Berkaitan

MESTI BACA