Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZSTPM jalan pintas ke peringkat ijazah
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
631FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

STPM jalan pintas ke peringkat ijazah

Pemilihan hala tuju untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menimbulkan konflik dan perdebatan lebih-lebih lagi kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan.

Nasib yang tidak menyebelahi mereka ini, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada apabila melihat rakan-rakan yang lain berpeluang menyambung pengajian ke alam universiti.

Ramai yang keliru dan gusar memikirkan masa depan mereka. Ada segelintir beranggapan mereka tidak layak untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggi.

Namun, ramai antara mereka yang tidak tahu kelebihan sekiranya menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), apabila rata-rata telah dipengaruhi oleh nama-nama gah universiti terkemuka di negara ini.

Rusly Musa menerangkan mengenai kenapa pelajar perlu memilih pengajian Tingkatan Enam.

Kebanggaan ini membuatkan mereka tidak sedar bahawa STPM juga salah satu program pendidikan yang dicemburui ramai.

IKLAN

Biarpun konsep pembelajaran masih dijalankan di sekolah namun program ini mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh institusi pendidikan lain.

Berhubung isu ini, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran, Pahang, Rusly Musa berkata, STPM adalah salah satu program yang menawarkan tempoh pembelajaran jangka masa pendek iaitu selama setahun setengah sebelum melangkah ke peringkat ijazah.

Laluan pengajian yang boleh diambil oleh pelajar lepasan SPM.

IKLAN

Tempoh yang ditawarkan ini lebih singkat berbanding tempoh pengajian diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS), yang menawarkan program pengajian selama tiga atau empat tahun.

Menurut Rusly, laluan yang lazim digunakan untuk ke program ijazah pertama adalah STPM, Matrikulasi, dan Asasi. Dalam mana-mana sistem pendidikan Malaysia, laluan ini sangat terkenal sebagai batu loncatan untuk terus ke peringkat ijazah.

“STPM adalah program pra-universiti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh digunakan untuk permohonan ke semua Universiti Awam (UA) bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di semua universiti luar negara bagi peringkat ijazah pertama,” ujarnya lagi.

IKLAN

Pilihan laluan yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM.

Dalam kenyataan ini, Rusly menegaskan bahawa kedudukan STPM yang telah diiktiraf oleh Cambrige University telah mengangkat nama STPM sebagai salah satu program terbaik negara.

Oleh itu, para pelajar tidak perlu risau kerana STPM mampu membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang sekali gus memberi peluang kepada pelajar untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang seterusnya.

Gunakanlah peluang yang ada sebaik-baik mungkin demi membuktikan kepada diri sendiri dan orang lain bahawa kelayakan STPM juga mampu membentuk individu yang berjaya pada masa depan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA