HomeGen Z‘SPM saya 1969…hanya 1A. Itu pun subjek Sejarah’ - Dr Shukri
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘SPM saya 1969…hanya 1A. Itu pun subjek Sejarah’ – Dr Shukri

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah pun diumumkan 10 Jun lalu.

Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, GPSBestari ucapkan tahniah dan semoga terus berjaya di masa akan datang.

Bagi yang tidak mendapat keputusan yang diinginkan, jangan cepat putus asa. Perjalanan anda masih lagi panjang.

Mantan Profesor Madya dan Timbalan Dekan Universiti Sains Malaysia, Dr Shukri Abdullah berkongsi mengenai keputusan SPM dirinya satu ketika dahulu.

Perkongsian yang dimuatnaik di Facebook baru-baru ini dilihat sebagai satu suntikan semangat yang cukup hebat.

“SPM saya 1969…hanya 1A. Yes betul,” kata penceramah motivasi terkenal ini.

Mari ikuti perjalanan pendidikan Dr Shukri yang penuh liku dan wajar dijadikan contoh oleh semua pelajar dalam merangkul sebuah kejayaan yang cemerlang.

IKLAN

Ini ceritanya.

*****

Yang skor tahniah. Yang tidak, bangkit.
Ini cerita saya. SPM saya hampas !!

IKLAN

Ya tahniah, tahniah, tahniah
Saya ucapkan pada anda, ibu bapa dan guru anda atas kejayaan dalam SPM 2020. Continue to work hard for your future.

Yang lain, yang kurang menyerlah
Yang berusaha tapi kurang berhasil.
Yang bersungguh-sungguh tetapi kurang menjadi
Dengar sini.

One great advice from me
Never ever give up on your dream.
Let me tell you briefly my own story.

SPM saya 1969…hanya 1A.
Yes betul.
Tau subjek apa? Sejarah.
STPM saya 1971 prinsipal B, D, E, E.
Tau B subjek apa…Lukisan.
Apply kali pertama masuk UM…Gagal.
Dapat kerja wartawan Utusan Melayu.
Next intake, apply kali kedua USM…Berjaya.
Terkejut. Tak menyangka!!

IKLAN

Entry universiti amat lemah.
Keluar universiti tiga tahun kemudian, terbaik.
Dapat award best student konvo USM 1976
Top Student dan Student Leader
Saya Presiden Persatuan Mahasiswa Islam USM.
Saya dipilih bagi ucapan veledictorian masa konvo.
Apa tu ucapan veledictorian ?
Salah seorang graduan penerima ijazah diberi peluang wakili semua graduan bagi ucapan di majlis konvo.
Sat sat.
Tu budak 1A SPM, tapi top student kat universiti.

Dapat peluang kemudian buat Master di UK
Kemudian buat PhD juga di UK.
Last jadi lecturer universiti.

Maaf ini bukan kisah angkat bakul.
Ini cerita semata-mata nak bagi tahu pada anda yang kecewa dengan keputusan SPM, jika pada sesuatu tahap atau peringkat dalam kehidupan kita prestasi diri jatuh.
Ia jatuh. Tu saja.
Janji bersedia untuk terus berusaha.
Yang jatuh boleh bangkit semula.
Jadi bangkit semula.
Umur anda sekarang umum lingkungan 18-19 tahun.
Many many many years ahead a chance to redeem yourself.

Kadang-kadang ia sekadar ujian kecil dari Allah.
Tarikh nafas dalam,
Pohon kekuatan dari Allah.
Pohon redha ibu bapa.
Teruskan perjuanganmu

Teruskan perjuangan mu.
Teruskan perjuangan mu.
Allahu Akbar.

Sumber: Facebook DrShukri Abdullah

Artikel Berkaitan

MESTI BACA