Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZSemak jadual waktu peperiksaan SPM, STAM, UBPA di sini
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Semak jadual waktu peperiksaan SPM, STAM, UBPA di sini

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Rabu memaklumkan bahawa Jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 boleh mula disemak bermula 17 November 2021.

KPM menerusi satu kenyataan media turut memaklumkan jadual waktu peperiksaan-peperiksaan tersebut boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.go.my.

IKLAN

“KPM menasihati semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi,” kata KPM dalam kenyataan tersebut.

IKLAN

Bagi pencegahan penularan wabak Covid-19, KPM turut menyarankan agar semua calon menyemak garis panduan yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

IKLAN

Tekan link di bawah untuk semak jadual:
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
3. Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)

Artikel Berkaitan

MESTI BACA