Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZRupa-rupanya, ini rahsia Easwaran peroleh A+ Tasawwur Islam SPM 2020. Ahmad Fedtri...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Rupa-rupanya, ini rahsia Easwaran peroleh A+ Tasawwur Islam SPM 2020. Ahmad Fedtri Yahya terharu!

PETALING JAYA – Ramai terkejut apabila Easwaran A/L Vasudavan mendapat A+ bagi subjek Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, baru-baru ini.

Merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1, Easwaran, 18, yang mendapat keputusan penuh 9A SPM 2020 tular sekelip mata disebabkan kecemerlangan yang luar biasanya dalam subjek tersebut.

Ditanya tentang rahsia kejayaan, Easwaran berkata, program-program keagamaan di TV3 dan TV9 banyak membantunya dalam mendapatkan panduan dan info untuk menghadapi peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan.

“Walaupun terpaksa belajar secara maya, ia bukanlah satu alasan untuk kita sukar meraih keputusan cemerlang.

“Saya yakin, jika kita ada teknik yang betul ketika belajar dan bersungguh-sungguh mencari maklumat, semuanya akan menjadi mudah,” ujar anak kedua daripada empat beradik ini.

IKLAN

Easwaran memperoleh A+ bagi subjek Tasawwur Islam selain Sejarah dan Matematik, manakala A bagi Bahasa Melayu dan Biologi; serta masing-masing A- untuk Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Kimia dan Bahasa Tamil.

Dalam pada itu, Easwaran memberitahu, keputusan cemerlang A+ Tasawwur Islam telah dikongsikan kepada idolanya iaitu seorang personaliti televisyen popular, Ahmad Fedtri Yahya atau lebih dikenali sebagai Abang Jejak Rasul.

Terharu dan gembira dengan kejayaan Easwaran iaitu seorang pelajar berbangsa India yang meminati bahasa Melayu dan berkaitan agama, Fedtri telah berkongsi kejayaan itu menerusi laman sosialnya sehingga mendapat lebih 20K tanda suka 700 komen positif.

“Program Jejak Rasul banyak memberi inspirasi dan panduan kepada saya sepanjang menjawab soalan dalam subjek Tasawwur.

IKLAN

“Begitu juga dengan program lain seperti Halaqah dan Tanyalah Ustaz.

“Jadi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada program-program tersebut kerana banyak membantu saya sepanjang di Tingkatan Lima sebelum ini,” tutur Easwaran.

IKLAN

Terdahulu, mata pelajaran Tasawwur Islam adalah satu bidang pengajian yang menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam.

Ia bertumpu kepada aspek-aspek utama yang sering dikaitkan dengan suasana semasa dalam konteks Malaysia hari ini.

Pengolahan mata pelajaran ini dibuat berasaskan kepada bidang-bidang utama iaitu Asas Pemikiran Islam, Pandangan Hidup Islam, Institusi Islam, Ekonomi  Islam, Falsafah  Perundangan Islam dan Penyelesaian Masalah.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA