HomeBuletinPSKG 2021-2025 mampu lonjak kualiti pengajian tinggi
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

PSKG 2021-2025 mampu lonjak kualiti pengajian tinggi

CYBERJAYA – Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2021-2025 mampu melonjak kualiti pendidikan tinggi di negara ini seterusnya menarik minat pelajar dan masyarakat umum untuk menyambung pelajaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata kini satu daripada kriteria yang dilihat pelajar untuk menyambung pengajian ialah kebolehpasaran dalam pasaran kerja selepas bergraduat.

Katanya, peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan yang meningkat pastinya menjadi indikator yang mampu menarik minat masyarakat dari dalam dan luar negara untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

“Secara langsung atau tidak akan mencerminkan kualiti pendidikan dan program pengajian yang ditawarkan di IPT tempatan sama ada sejajar dengan keperluan industri atau sebaliknya.

“Perkara ini wajar diberikan perhatian serius oleh IPT untuk menggubal kurikulum atau program yang boleh meningkatkan kebolehpasaran graduan mereka selaras dengan PSKG 2021-2025,” katanya.

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai PSKG 2021-2025 yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, baru-baru ini.

IKLAN

Ketika pelancarannya, Noraini dilaporkan berkata, kerangka strategi berkenaan bagi meraikan pembentukan ekosistem serampang empat mata antara graduan, pakar akademik, industri dan kerajaan serta komuniti dalam landskap sistem pendidikan tinggi negara.

PSKG 2021-2025 menggariskan empat strategi utama iaitu pengukuhan kecemerlangan bakat, peluasan kerjaya pelajar, pemantapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pemerkasaan hubugan industri.

IKLAN

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, kebelakangan ini, wujud trend dalam kalangan agensi penarafan IPT yang menggunakan kebolehpasaran graduan sebagai satu daripada kriteria indikator dalam penilaian penarafan yang mereka jalankan.

Katanya, hal itu kerana mereka sedar, kini, kelayakan atau kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengambil kira kebolehpasarsan graduan sudah tidak relevan.

“Jadi, langkah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam melancarkan pelan strategik itu merupakan satu inisiatif bertepatan dengan keadaan semasa dan akan datang.

“Masyarakat akan menilai secara menyeluruh perkara ini sebelum memilih program dan IPT kerana selain mahukan kelayakan akademik yang baik, mereka juga mampu memperoleh pekerjaan kerana kualiti program yang ditawarkan selari dengan apa yang diperlukan majikan,” katanya.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA