HomeGen ZAktivitiPRUPEL dan Pusat Islam USIM jalin kerjasama, agih 1,800 bubur lambuk kepada...
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

PRUPEL dan Pusat Islam USIM jalin kerjasama, agih 1,800 bubur lambuk kepada staf dan pelajar

NILAI – Jika diimbau pada tahun lepas, tiada edaran bubur lambuk dibuat kerana seluruh dunia menghadapi pandemik Covid-19. Namun pada tahun ini, kerinduan menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk berjaya direalisasikan dalam suasana norma baharu.

Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun ini bergabung tenaga menyediakan juadah bubur lambuk kepada 1,800 staf dan pelajar yang mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kampus, baru-baru ini.

Pengarah PRUPEL, Mohd Salehudin Sukor berkata, edaran bubur lambuk itu sudah menjadi kemestian dan tradisi bagi mereka.

IKLAN

“Alhamdulillah pada tahun ini, PRUPEL bekerjasama dengan Pusat Islam dan dapat menyiapkan juadah tersebut dalam suasana norma baharu yang mana akan diedarkan di Pusat Islam ketika waktu berbuka puasa dan juga di pintu masuk utama,” jelasnya.  

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun semangat staf untuk bekerjasama apabila datang bulan Ramadan bagi menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk perlu dipuji.

IKLAN

“Saya turut meninjau penyediaan dan pengagihan bubur lambuk bagi memastikan staf yang terlibat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, bersarung tangan dan memakai apron untuk memastikan juadah yang disediakan bersih dan selamat,” katanya yang turut membantu mengagihkan bubur lambuk di pintu masuk utama USIM.  

Penyelaras program, Tengku Azwani Tengku Azmi berkata, bubur lambuk yang disediakan masih lagi mengekalkan resipi dan ramuan khusus sama seperti tahun sebelumnya.

IKLAN

“Edaran bubur lambuk adalah untuk mengeratkan ukhuwah yang terjalin antara kakitangan dan pelajar USIM. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan suasana seronok bekerjasama sambil beramal ibadat dalam kalangan kakitangan.

“Bagi pihak PRUPEL dan Pusat Islam, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program edaran bubur lambuk ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA