HomeGen ZPisahkan anak daripada gajet, Ustazah Aminah kongsi 6 tip mudah untuk mak...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pisahkan anak daripada gajet, Ustazah Aminah kongsi 6 tip mudah untuk mak ayah lakukan

Bila sebut tentang gajet, sudah pasti semua orang mengatakan bahawa peralatan elektronik itu sememangnya sangat penting pada masa kini.

Selain sebagai keperluan, ia juga turut digunakan untuk pelajar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Persoalannya di sini, hari ini dapat dilihat gajet seakan ‘sukar dipisahkan’ dari pemiliknya.

Tambahan pula, jika tuan empunya gajet itu adalah pelajar, sudah pasti ia akan menganggu pembelajaran pelajar tersebut.

Guru Cemerlang, Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi laman Facebooknya pada 11 Oktober lalu, ada berkongsi tip berkaitan gajet.

“Sebagai ibu bapa, kita seharusnya bertindak daripada sekarang dengan memisahkan anak-anak daripada gajet masing-masing.

“Ada masa-masa tertentu untuk mereka bermain gajet. Justeru, saya kumpulkan tip di bawah ini untuk mak ayah lakukan agar anak mereka tidak terikat dengan gajet. Semoga membantu,” katanya.

Ikuti tip bermanfaat Ustazah Aminah ini untuk semua.

1) Anak-anak kena faham tujuan gajet itu diberikan kepada mereka. Gajet adalah untuk PdPR, bukan untuk hiburan. Jika penggunaannya sudah tersasar jauh, anak-anak perlu disedarkan tentang perkara itu. Jangan leka dengan gajet sehingga abaikan PdPR dan tidur lewat malam kerana bermain game. Situasi ini mengingatkan saya kepada kata-kata seorang ilmuan, manusia akan rosak jika terlalu taasub dengan hiburan dan melayari internet tanpa batasan.

Gajet ini seperti pisau yang menghiris dan melukai anak-anak kita. Selalulah ibu bapa meminta petunjuk dan hidayah daripada ALLAH agar anak-anak diberikan kesedaran dan rasa tanggungjawab.

IKLAN

2) Selesai PdPR, rancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Pisahkan mereka daripada gajet dan perbanyakan komunikasi, cari tajuk penting untuk dibualkan dan wujudkan kemesraan.

Tiada apa yang mampu menarik anak-anak untuk bercakap dengan ibu bapa melainkan mereka mendengar ungkapan yang indah, menyenangkan dan baik daripada kita.

Kurangkan menghukum, mengarah atau terlalu tegas. Jadilah kawan bagi anak-anak remaja, bercakap dari hati ke hati.

IKLAN

Baca juga Ini tip pengurusan kewangan yang perlu diketahui oleh pelajar universiti

Baca juga Mahu sambung ijazah sarjana, ini 22 perkara yang perlu pelajar peka dan beri perhatian

3) Berjemaah setiap kali waktu solat. Bila solat berasingan, adakah kita yakin anak-anak akan laksanakan. Dalam masa 5 hingga 10 minit biar anak-anak depan mata kita solat berjemaah dan latih mereka untuk menyebut kalimah-kalimah toyyibah, zikir pada ALLAH dan baca surah-surah lazim.

4) Waktu petang ajak anak-anak keluar bersenam, berjoging, main bola dan sebagainya. Sesekali bawa mereka menikmati keindahan alam di tepi pantai, jeram ataupun sungai.

IKLAN

Kehidupan anak-anak hari ini sangat berbeza dengan zaman kita dulu, mereka tidak lagi merasai nikmat zaman kanak-kanak yang sangat indah dan menyeronokkan.

5) Selesai solat Maghrib berjemaah, jadikan membaca al-Quran sebagai rutin satu keluarga sementara menunggu Isyak. Galakkan anak-anak membaca dan menghafaz ketika ini.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

6) Tidur awal, bermula pukul 10 hingga 10.30 malam. Anak-anak yang ketagihan gajet akan berjaga hingga pagi untuk bermain game.

Ibu ayah yang saya kasihi…Anak-anak kita bakal pemimpin masa hadapan, jika zaman remaja mereka dicorakkan dengan habit yang bertentangan dengan fitrah, kemungkinan besar ia memberi kesan negatif kepada anak-anak ini bila mereka dewasa nanti. Jarakkan anak-anak daripada gajet, penuhi hidupnya dengan perkara yang bermakna.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA