HomeGen ZPilihan EditorProjek Kumpulan Tranquila SMS Pasir Puteh dapat sambutan hangat, tak sangka ini...
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Projek Kumpulan Tranquila SMS Pasir Puteh dapat sambutan hangat, tak sangka ini guru pembimbingnya!

“Semua pelajar perlu bijak mengurus diri dan masa. Jangan biarkan diri tertekan dengan masalah-masalah lain,” demikian kata Guru Cemerlang Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sains (SMS) Pasir Puteh, Kelantan, Cikgu Norasma Mohamed Salleh.

Menurutnya, tekanan adalah perkara yang sangat digeruni.

“Lihat zaman sekarang, ramai pelajar yang menghadapi tekanan. Misalnya, menganggap kerja rumah yang diberikan oleh guru sebagai satu beban sehingga membuatkan mereka sendiri tertekan,” ujarnya.

Dalam membantu pelajar mengurangkan stres yang dihadapi, lima pelajar SMS Pasir Puteh, Kelantan menghasilkan projek The Funjoy Project yang bertujuan membantu orang ramai terutamanya pelajar menghadapi tekanan dengan baik.

Menggelarkan diri mereka sebagai Tranquila, projek The Funjoy Project ini telah menyertai program pergerakan inovasi global dikenali ‘Design For Change’.

‘Design For Change’ yang bertemakan ‘Happy People, Happy Planet’ itu memberi penekanan terhadap kesihatan mental manusia.

The Funjoy Project

The Funjoy Project merupakan projek yang dihasilkan Kumpulan Tranquila yang dianggotai lima pelajar hebat iaitu Nasrin Nadhirah Mat Nawi, Raudhah Az-Zahiah Fairul Azam, Elissa Syafira Azhar, Nur Aisyah Amalin Mat Ariffin dan Aiza Safina Mohd Shakra.

Mendapat bimbingan daripada Cikgu Norasma, The Funjoy Project merupakan projek menghasilkan beberapa produk untuk membantu pelajar mengurangkan tekanan dan membimbing mereka supaya mempunyai semangat untuk meneruskan pembelajaran.

IKLAN

“Kami menghasilkan produk berasaskan empat aspek iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan dan juga bau.

“Objektifnya agar pelajar dapat mengurangkan tekanan dengan menggunakan beberapa produk yang tidak terhad kepada satu aspek sahaja. Dengan cara ini, mereka akan lebih seronok menggunakan produk tersebut,” kata salah seorang ahli kumpulan.

Kumpulan Tranquila telah menghasilkan beberapa produk yang dapat menarik minat dan mengurangkan stres pelajar.

Antaranya, produk Mini Ocean Bubbles iaitu produk daripada segi penglihatan.

Produk ini menunjukkan lautan biru kecil yang terdapat di dalam bekas. Apabila digoncangkan, produk ini akan menghasilkan buih-buih kecil yang menarik.

IKLAN

Mini Ocean Bubbles ini amat menarik dengan adanya buih kecil dan warnanya yang menenangkan.

Produk ini juga mudah untuk dihasilkan iaitu dengan menggunakan bahan yang mudah didapati pewarna makanan (biru), air, bekas dan minyak (‘baby oil’).

Sementara itu, Kumpulan Tranquila telah mendapat pelbagai komen menarik daripada pelajar berkenaan produk yang mereka hasilkan itu.

Antara komen berkenaan adalah:

“Wah, hebatnya, saya tenang je apabila memandang buih-buih kecil ini”

IKLAN

“Hilang rasa mengantuk saya lepas bermain dengan produk ini, memang terbaik!”

“Tak sangka produk yang ringkas dapat membantu saya dalam kelas tadi, saya rasa bersemangat kembali nak belajar Kimia”

Hasil pemerhatian yang dibuat, majoriti pelajar mengatakan bahawa produk tersebut membantu mereka dalam menghadapi masalah pembelajaran seperti tidak bersemangat dan juga rasa mengantuk.

Akhir sekali, Kumpulan Tranquila berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak produk yang menarik dalam membantu pelajar mengatasi tekanan.

Bagi mengikuti kepelbagaian inovasi menarik kumpulan ini, anda boleh layari laman sosial mereka di Instagram https://www.instagram.com/tv/COr0scOHQ6i/?igshid=4swfg8cf6z9s; Facebook https://www.facebook.com/profile.php?id=100006999705642 dan saluran YouTube https://www.youtube.com/channel/UCyYfZMAB28hR7JyNAKyT9Qg

 

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA