HomeGen ZFoodpanda jadi sumber pendapatan pelajar
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Foodpanda jadi sumber pendapatan pelajar

Keadaan negara yang kian genting dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bertujuan membasmi penularan virus Covid-19 telah memberi persaingan kepada syarikat-syarikat penghantaran makanan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Kemunculan pelbagai jenis syarikat yang menyediakan perkhidmatan makanan seperti Grab Food, Foodpanda, Dah Makan, Lapar dan sebagainya telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk mencari pendapatan dengan melakukan penghantaran makanan.

Peluang ini telah menarik perhatian ramai pelajar khususnya pelajar-pelajar lelaki untuk turut serta bagi menambah pendapatan.

Sehubungan itu, GPS Bestari telah menemubual seorang pelajar lelaki bagi berkongsi pengalaman sebagai seorang penghantar makanan di bawah syarikat Foodpanda.

Muhamad Fauzan Sarikun, 24, dari Jurusan Elektronik Engineering, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, telah bekerja dengan Foodpanda sejak awal tahun 2019.

Memberitahu dirinya mempunyai banyak komitmen, peluang tersebut tepat pada masanya.

IKLAN

“Saya bekerja sebagai penghantar makanan untuk meringankan beban keluarga dan ketika berada di semester lima saya tidak lagi meminta duit belanja daripada keluarga.

“Sumber pendapatan sebagai penghantar makanan saya gunakan untuk membayar sewa rumah, bil telefon, dan perbelanjaan harian.

“Tugas menghantar makanan ini tidak mudah seperti yang disangka, tapi saya memilih untuk melakukannya kerana waktu bekerja sangat fleksibel dan pendapatan pun berbaloi,” katanya.

Ketika ditanya berapakah dia dibayar sehari, Muhamad Fauzan yang tidak lokek untuk berkongsi memberitahu ia boleh mencecah RM300, bagaimanapun ia bergantung kepada jumlah pesanan yang diterima pada hari tersebut.

IKLAN

Begitupun, Muhammad Fauzan tidak menafikan pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sepanjang bergelar penghantar makanan, Foodpanda.

“Bekerja sebagai penghantar makanan ini, tidak boleh lari dengan masalah, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan pelanggan. Ada yang bersikap sambil lewa, ada yang pesan makanan tapi bila dah sampai, panggilan tidak berjawab, lambat jawab telefon dan ada juga yang marah apabila kami lambat hantar pesanan.

“Cuaca yang tidak menentu juga merupakan cabaran kami sebagai penghantar makanan. Menunggang motosikal dalam hujan memberi risiko kepada kami. Selain tidak boleh menunggang motor terlampau laju, kami juga perlu memastikan pesanan pelanggan sampai dengan selamat,” jelasnya lagi.

IKLAN

Mengulas lanjut mengenai status dirinya sebagai pelajar yang bekerja secara sambilan, dia menganggap ia tidak mengganggu jadual pembelajarannya.

“Saya akan memastikan proses pembelajaran tidak terganggu. Saya akan membahagikan masa dengan sebaiknya. Jadual kerja hanya akan dibuat apabila ada masa terluang ataupun pada hujung minggu. Alhamdulillah, sepanjang saya melakukan pekerjaan ini, gred ‘pointer’ saya tidak pernah jatuh dan masih mampu mendapatkan keputusan yang baik pada setiap semester,” ulasnya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Muhamad Fauzan turut menasihati pelajar-pelajar yang bekerja sambilan agar tidak leka sehingga mengabaikan pelajaran.

Pelajaran perlu diutamakan, jadi, bahagikan masa dengan betul dan kalau boleh, habiskan belajar dahulu selepas itu baru fikir nak perkara lain.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA