HomeGen ZPenyelidik UKM hasilkan inovasi tingkat penguasaan kosa kata Bahasa Arab
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Penyelidik UKM hasilkan inovasi tingkat penguasaan kosa kata Bahasa Arab

BANGI – Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19, kaedah pembelajaran secara atas talian merupakan suatu keperluan.

Namun begitu,kaedah pembelajaran bahasa Arab masih bersifat konvensional dan kekurangan usaha ke arah pendigitalan dalam talian.

Oleh yang demikian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam membangunkan satu aplikasi pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan teknologi realiti terimbuh (augmented reality – AR) melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan yang diberikan nama sebagai AR-Faseh.

Penyelidikan yang diketuai oleh Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam UKM, Dr Lily Hanefarezan Asbulah ini dibangunkan melalui Geran Dana Penyelidikan Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2021.

Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam UKM, Dr Lily Hanefarezan Asbulah.

Kajian ini turut dibantu tiga lagi penyelidik iaitu Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Sains Maklumat UKM, Dr Tan Siok Yee; Timbalan Dekan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mus’ab Sahrim dan Pengarah Urusan Syarikat Wariscan Sdn Bhd, Hilman Nordin yang memberikan konsultansi, latihan serta bimbingan dalam bidang realiti terimbuh daripada perspektif industri terhadap perjalanan projek ini.

Menurut Dr Lily Hanefarezan, aplikasi ini dilihat berpotensi meningkatkan kefahaman kosa kata bahasa Arab dan tahap minat murid melalui teknik paparan objek yang menarik menggunakan pendekatan objek tiga dimensi (3D), animasi, audio dan video melalui imbasan kamera peranti ke arah imej tertentu yang telah direka.

IKLAN

“Aplikasi ini juga dirangka berdasarkan penggunaan kosa kata bahasa Arab yang kerap digunakan dalam kehidupan seharian dan disaring berdasarkan sumber autentik (korpus Arab).

“Selain itu, aplikasi ini dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab serta boleh dijadikan sebagai sokongan bahan bantu mengajar secara interaktif di sekolah-sekolah bagi aspek kosa kata bahasa Arab yang perlu dikuasai,” ujar beliau.

Teknologi AR yang digunakan pula dilihat mempunyai kelebihan untuk menggabungkan objek maya ke dalam dunia realiti dan membolehkan pengguna berinteraksi dengan objek maya tersebut secara nyata.

Ini selaras dengan objektif Geran Dana Penyelidikan Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2021 yang diterima iaitu untuk mempertingkatkan inovasi pendigitalan dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknolgi digital melalui kepakaran in house.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

Berkongsi mengenai kelebihan inovasi yang dibangunkan UKM ini, Dr Lily Hanefarezan menjelaskan aplikasi AR-Faseh ini membolehkan murid mempelajari kosa kata bahasa Arab secara kendiri di era pandemik Covid-19 walaupun mereka tidak dapat hadir bersemuka dalam kelas dan bertemu dengan guru masing-masing.

Ujar beliau, aplikasi ini juga boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play dalam masa terdekat dan dimanfaatkan sebagai sokongan bahan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah, mahupun komuniti awam yang berminat untuk mempelajari bahasa Arab.

Walaupun projek inovasi ini baru bermula pada 1 Mei 2021, namun ia telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi Terbaik apabila dipilih sebagai pemenang tempat kedua di Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (kNOvasi 2021).

IKLAN

Pada masa yang sama, projek inovasi ini juga memperolehi pingat emas dalam Siri Bicara Tuntas bagi Kategori Teknologi Memuncul dalam Pembelajaran Tanpa Sempadan selain berjaya didaftarkan sebagai harta intelek untuk kategori hak cipta.

Tambah Dr Lily Hanefarezan, projek ini mempunyai masa depan yang cerah kerana transformasi pendidikan sekarang telah beralih kepada pemerkasaan pendidikan secara digital.

“Melalui penyelidikan yang dihasilkan, aplikasi AR-Faseh ini dilihat berpotensi menghasilkan nilai komersial yang tinggi dan boleh dipasarkan ke peringkat global.

“Selain itu, aplikasi ini bukan sahaja boleh memanfaatkan penggunaan teknologi AR malah di masa akan akan datang projek inovasi ini boleh diperkembangkan ke arah teknologi reality maya (virtual reality) sekali gus menarik minat murid untuk terus mempelajari bahasa Arab tanpa jemu dan menyeronokkan,” tuturnya lagi.

Kelebihan AR-Faseh
1. Memfokuskan kosa kata bahasa Arab yang kerap digunakan dalam aktiviti seharian.
2. Perkataan yang digunakan dalam AR-Faseh disaring berdasarkan sumber autentik menggunakan korpus Arab.
3. Ciri teknologi AR yang digunakan mampu meningkatkan motivasi, minat pelajar serta menjimatkan masa.
4. Dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab
5. Membabitkan kos penyelidikan RM10,000
6. Boleh dijadikan bahan bantu mengajar interaktif mengenai kosa kata bahasa Arab sama ada di sekolah atau komuniti awam yang berminat mempelajari bahasa Arab.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA