Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZPensyarah UIAM hasilkan salap, bantu melegakan gejala ringan Covid-19
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pensyarah UIAM hasilkan salap, bantu melegakan gejala ringan Covid-19

Seramai empat orang penyelidik dari Kulliyyah Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan, Pahang menghasilkan salap yang diberi nama iKool untuk melegakan masalah batuk dan selesema.

Projek Salap iKool yang diketuai oleh Prof Madya Dr Farahidah Mohamed ini menggunakan gabungan bahan semulajadi berasaskan herba dan sintetik, di mana hanya lima peratus sahaja komposisi bahan sintetik, manakala selebihnya adalah bahan asli atau semulajadi daripada minyak pati herba dan sumber galian yang bergred farmaseutikal.

Menurut Dr Farahidah, salap ini menjalani proses kajian pembangunan dan penyelidikan (R&D) selama tiga tahun termasuk pendaftaran di Agensi Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) dan ia juga dikilangkan di IKOP Pharma Sdn Bhd yang terletak di Kulliyyah Farmasi, UIAM Kampus Kuantan.

“Salap iKool ini seratus peratus dihasilkan di makmal R&D di Kulliyyah Farmasi yang mana semua kajian dan penyelidikan dibuat dengan teliti kerana setiap bahan yang digunakan hendaklah memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan amalan farmasi yang ketat.

IKLAN

“Produk ini dihasilkan untuk membantu mereka yang mengalami masalah selesema dan batuk, yang mana sebelum ini memerlukan ubat cecair yang perlu diminum dan akan menyebabkan seseorang itu mengantuk. Jika di bulan Ramadan, ia boleh digunakan untuk melegakan batuk dan selsema tanpa perlu meminum ubat batuk,” ujar beliau.

Produk Salap iKool yang dihasilkan penyelidik UIAM, Kuantan, Pahang.

Tambah beliau lagi, Salap iKool ini dilihat sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang kurang gemar ubat batuk dalam bentuk cecair selain boleh dijadikan sebagai alternatif kerana ia diformulasikan sebagai ubat yang sesuai dalam bentuk sapuan dan tidak akan menyebabkan mengantuk.

IKLAN

“Selain digunakan secara sapuan, ia juga boleh dihidu dan melegakan batuk dengan berkesan. Ikool ini juga boleh memberi kesegaran kerana bau aromaterapinya yang sangat menyegarkan.

“Produk ini juga halal dan selamat serta berbeza dengan kebanyakkan ubat batuk di pasaran,” kongsinya lagi.

IKLAN

Ujar Dr Farahidah, memandangkan negara dalam tempoh pandemik, Salap iKool juga boleh dijadikan sapuan untuk mereka yang mempunyai gejala ringan Covid-19.

“Salap ini mula diperkenalkan di pasaran pada Julai 2020 semasa tempoh Covid-19 dan membantu untuk mencairkan kahak yang tebal serta melegakan hidung tersumbat.

“Peratusan tinggi bahan-bahan semulajadi dan gred farmaseutikal yang diguna dan diformulasikan dengan sempurna telah menjadikan salap ini dapat melegakan gejala seperti sakit tekak, lenguh dan sengal badan, hidung tersumbat serta kesukaran bernafas yang juga secara kebetulan adalah gejala yang dialami pesakit Covid-19,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA