HomeGen ZPenglibatan alumni rancakkan pembangunan universiti
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Penglibatan alumni rancakkan pembangunan universiti

SINTOK – Penglibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada institusi pengajian tinggi (IPT) amat penting untuk mengekal dan merancakkan pembangunan institusi selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, langkah Pusat Alumni UUM yang membangunkan sistem Alumni Management Information System atau AMIS ini sangat tepat sebagai usaha menyokong pemerkasaan teknologi maklumat dalam pengurusan universiti.

“Sistem ini diharap dapat dijadikan sebagai platform untuk pengemaskinian data 146,810 alumni UUM supaya lebih teratur dan efisien,” ujar beliau ketika melancarkan AMIS secara dalam talian pada 15 Julai.

Dr Ahmad Bashawir

Katanya, sehingga Februari 2021, hampir 4,000 alumni telah mengemas kini maklumat kerjaya melalui sistem berkenaan dan diharap bilangannya akan terus bertambah sekali gus dapat membantu pihak universiti membangunkan pelbagai strategi untuk dimanfaatkan warga kampus.

Dr Ahmad Bashawir menambah, perkongsian pengalaman mereka juga diharap dapat membantu pelajar malah sumbangan dalam bentuk kewangan dan lain-lain pastinya dapat melestarikan pembangunan universiti ini kelak.

IKLAN

“Pengurusan UUM berharap alumni yang berjaya ini akan menjadi ikon atau inspirasi kalangan pelajar universiti kerana ramai yang telah mencipta nama dan merangkul kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Alumni sebeginilah yang menjadi tokoh teladan yang berkesan dan mudah diterima oleh pelajar untuk membantu mereka secara tidak langsung agar prestasi UUM sentiasa melangkau ke hadapan termasuk memperbaiki kedudukannya pada peringkat yang tinggi di Asia mahupun di dunia,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Hendrik Lamsali yakin, sekitar tempoh tiga tahun lagi, pastinya pencapaian dan impak AMIS dapat dilihat.

IKLAN

“Untuk mencapai objektif AMIS ini, besar harapan agar alumni dapat memberi sokongan dengan bersama-sama UUM untuk melonjakkan kepada status Universiti Pengurusan Terkemuka di dunia kelak,” jelasnya.

Dengan pelancaran AMIS oleh Naib Canselor UUM ketika negara dilanda wabak Covid-19 ini, dapat memantapkan lagi usaha membangunkan universiti dalam pelbagai aspek untuk bersaing dengan lebih baik di persada dunia.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA