HomeGen ZPelajar UPM hasilkan produk berasaskan Eucalyptus
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar UPM hasilkan produk berasaskan Eucalyptus

SERDANG – Pelajar Kolegiat Kolej 14, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Fakulti Pertanian, UPM berjaya menghasilkan pembersih tangan, cecair pencuci tangan dan minyak eucalyptus daripada ekstrak daun Eucalyptus yang ditanam di kampus UPM.

Penghasilan produk itu adalah cetusan idea pelajar kolej yang ingin membantu orang ramai dalam penyediaan produk penjagaan diri yang diperlukan terutama ketika pandemik ini.

Bagi merealisasikan hasrat pelajar itu, Pengetua Kolej 14, UPM, Dr Daljit Singh mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran daripada penyelidik UPM iaitu Dr Dzarifah Zulperi, Dr Mohd Hakiman Mansor, Dr Mohd Firdaus Anuar dan Dr Keeren Sundara Rajoo untuk membantu pelajar terbabit.

“Ekstrak eucalyptus mempunyai banyak kebaikan dan fungsi sebagai penghalau serangga, aromaterapi dan sebagainya. Selain pembersih dan pencuci tangan, kami juga menghasilkan produk minyak eucalyptus menggunakan bahan semula jadi,” katanya.

IKLAN

Beliau berkata, terdapat dua produk minyak eucalyptus iaitu campuran ekstrak eucalyptus dengan minyak zaitun dan juga campuran ekstrak eucalyptus dengan minyak kelapa sawit, matahari dan kanola.

IKLAN

“Campuran ekstrak eucalyptus dalam minyak kelapa sawit merupakan cubaan pertama dalam penyelidikan itu untuk mendapatkan kadar yang sesuai untuk dijadikan minyak untuk sapuan pada badan.

“Penghasilan dua jenis minyak eucalyptus menggunakan minyak yang berbeza daripada segi nilai harganya adalah untuk menyediakan produk yang berkos lebih rendah tatapi mempunyai manfaat yang sama,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, Ketua Felo Kolej 14, UPM, Azman Kamaruddin berkata pihaknya bercadang untuk memberi produk tersebut kepada institusi dan pihak yang berkeperluan sebagai salah satu khidmat komuniti oleh Kolej 14.

“Penghasilan produk ini merupakan inisiatif permulaan Kolej 14 untuk menggalakkan penjanaan pendapatan oleh pelajar di samping mengajar pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan kritikal dalam bidang keusahawanan pada masa hadapan,” katanya.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA