Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZPelajar UPM anjur The Furry Friends and Pals Care Fund, bantu selamatkan...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar UPM anjur The Furry Friends and Pals Care Fund, bantu selamatkan haiwan terbiar   

OLEH: RAHMAWATI NURDIN

Penularan wabak Covid – 19 yang melanda negara kita telah menyebabkan kes pengabaian haiwan terbiar semakin meningkat, terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Sehubungan itu, seramai 29 pelajar kursus Kokurikulum Berkredit Pembangunan Kesukarelawanan Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program The Furry Friends and Pals Care Fund secara maya dengan kolaborasi Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA), Selangor untuk menyelamatkan haiwan-haiwan berkenaan.

Program yang dijalankan dengan tema Every Life Deserves Love and Care bertujuan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan kemahiran insaniah mereka dalam menganjurkan program kesukarelawanan dan menanam nilai keprihatinan terhadap isu kebajikan haiwan terbiar di sekeliling mereka.

Pengarah program, Kaviarasan A/L Jiwa berkata, beliau sedih melihat banyak haiwan terbiar dan berasa bertanggungjawab membantu haiwan-haiwan tersebut.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

“Terdapat banyak haiwan yang terbiar akibat pandemik Covid-19 ini dan saya amat sedih apabila melihat haiwan hidup dalam kelaparan dan kesengsaraan. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar program ini dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada binatang yang amat lemah ini,” katanya.

Kaviarasan

Terdahulu, selari dengan tema program Every Life Deserves Love and Care, aktiviti webinar yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat telah dijalankan secara dalam talian bersama tetamu jemputan khas iaitu seorang pegawai SPCA, Kelvin Cheah Kheng Tatt dan Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika.

Pelbagai isu yang membelenggu haiwan-haiwan terbiar telah dibincangkan bersama tetamu jemputan berkenaan.

Selain itu, pelajar juga mengadakan pertandingan The Furry Friends and Pals Pets Fashion Photography Competition dan aktiviti Movie Night secara maya.

IKLAN

Setiap aktiviti program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kumpulan mahasiswa, ahli keluarga, pencinta haiwan dan orang awam.

Baca juga SK Pantai Remis teruskan tradisi tahunan, anjurkan sambutan kemerdekaan walaupun secara dalam talian 

IKLAN

Baca juga Pakar Sejarah Tokoh Terbilang, Prof Datuk Dr Ramlah Adam sifatkan mata pelajaran Sejarah menarik untuk dipelajari

Malah,program ini turut mendapat sokongan daripada Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof Madya Ts Dr Nur Izura Udzir yang hadir semasa majlis penyerahan sumbangan, baru-baru ini.

“Saya bangga dengan usaha sebegini kerana kesukarelawanan bukan hanya terhad kepada bantuan sesama manusia, tetapi juga merangkumi bantuan sesama makhluk, termasuk binatang dan alam sekitar.

Dr Nur Izura

“Saya berharap pengalaman yang diperoleh menerusi program yang diadakan ini mampu membentuk dan menggilap diri pelajar agar menjadi individu yang berketerampilan dan holistik dan terus bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan pada masa akan datang,” ujarnya.

Program berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 4,608 dan sumbangan telah diserahkan kepada Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA), Selangor.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA