Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZPelajar UCSI teruja dapat kembali ke kampus
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar UCSI teruja dapat kembali ke kampus

Universiti UCSI sudah bersedia untuk menerima pelajar berkeperluan khas kembali ke kampus bermula 1 Mac ini bagi memulakan sesi pembelajaran secara hibrid bagi semester Januari 2021.

Ia meliputi kumpulan pelajar yang memerlukan kelas praktikal, makmal dan studio serta yang bakal menduduki peperiksaan badan profesional juga pelajar yang memerlukan akses Internet dan persekitaran pembelajaran lebih kondusif.

Universiti turut mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kementerian bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pelajar tahun dua Ijazah Komunikasi Massa, Lyon Low, 21, berkata, sebagai pelajar jurusan perfileman yang memerlukan kelas secara praktikal, pengumuman kerajaan memberi kelegaan kepadanya dan rakan-rakan.

“Bagi sesetengah pelajar yang mengikuti kelas secara teori mungkin tiada masalah untuk terus mengikuti kelas secara dalam talian tapi untuk kami, belajar secara dalam talian sebenarnya agak sukar.

IKLAN

“Hampir setahun kami bergantung kepada kelas dalam talian tanpa berpeluang mencuba sendiri secara praktikal cara mengendalikan kamera serta peralatan lain jadi memang saya lega bila kerajaan beritahu kami sudah boleh pulang ke kampus,” katanya.

Pelajar asal Selangor itu akui, rindukan suasana kampus di mana dia boleh berinterkasi dengan rakan-rakan serta pensyarah termasuk petugas cafeteria di Universiti UCSI secara langsung.

Sementara itu, pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekatronik, Lim Kah Sheng, 22 berkata dia sangat teruja untuk kembali ke kampus selepas terpaksa menjalani kelas secara dalam talian sejak tahun lalu.

IKLAN

“Saya agak teruja memandangkan sekarang pun saya sudah di tahun tiga pengajian jadi kebanyakannya kelas merupakan kelas di dalam makmal.

“Sejujurnya kelas secara dalam talian ini kurang membantu saya kerana kursus saya ini memerlukan latihan secara praktikal untuk lebih faham dan menguasai subjek,” katanya.

IKLAN

Kah Sheng yang berasal dari Pulau Pinang ini berharap kesemua rakan-rakannya akan mematuhi SOP ditetapkan bagi menjamin keselamatan bersama terutama menjaga penjarakan fizikal serta sentiasa memakai pelitup muka.

Bagi pelajar Ijazah Komunikasi Massa, Viviana Angesti, 20 dari Indonesia, setelah hampir setahun menjalani kelas secara dalam talian, perasaannya bercampur baur apabila dibenarkan kembali ke kampus.

“Perasaan saya bercampur aduk. Risau ada, teruja juga ada tapi apabila terbayang dapat kembali bertemu rakan-rakan dan pensyarah, saya rasa seronok.

“Pengalaman menjalani kelas secara dalam talian setiap hari memang terasa berbeza dengan suasana belajar di kampus selama ini. Boleh kata hari-hari saya agak kosong sebab sebelum ini sudah terbiasa dengan kehidupan di universiti dan berinteraksi dengan kawan-kawan,” katanya.  

Artikel Berkaitan

MESTI BACA