Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZPelajar Tingkatan Satu hingga Tiga, ini tip cemerlang skor markah dalam subjek...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga, ini tip cemerlang skor markah dalam subjek Pendidikan Islam. Mohon hadam

Ramai pelajar mengeluh sukar untuk skor markah dalam subjek Pendidikan Islam.

Rata-rata menyatakan bahawa soalan yang paling susah dijawab adalah soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Menurut Ustazah Norhana Mohamed Salleh dari Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang, dalam soalan Pendidikan Islam Menengah Rendah, soalan KBAT sebenarnya terdapat dalam setiap bahagian iaitu bahagian al-Quran, Hadis, Aqidah, Fekah, Sirah dan Akhlak.

“Apabila diteliti, pelajar-pelajar sebenarnya menghadapi masalah dalam memahami kehendak soalan.

“Contohnya seperti soalan berikut:

Allah SWT Maha Pemurah terhadap semua makhluk ciptaanNya termasuk manusia yang beriman dan tidak beriman. Buktinya Allah SWT memberikan nikmat kepada semua makhlukNya di muka bumi ini.

“Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT yang bersifat ar-Rahman, bagaimanakah cara anda menyuburkan sifat pemurah dalam kalangan rakan sebaya anda di sekolah?” katanya.

Apabila pelajar membaca soalan ini, Ustazah Norhana berkata, pelajar keliru untuk menulis jawapannya.

IKLAN

“Mereka akan memberikan jawapan yang tidak tepat seperti sebab Allah bersifat pemurah, kesan pemurah Allah dan hikmah bersifat pemurah terhadap diri sendiri. Maka mereka akan kehilangan markah untuk soalan ini,” jelas beliau.

Terdapat beberapa tip yang perlu difahami dan diikuti pelajar dalam memastikan jawapan yang diberikan menepati kehendak soalan.

Mari kita ikuti, perkongsian Ustazah Norhana seperti diberitahu kepada wartawan GPSBestari ini.

1) Jika kata tanya soalan ‘bagaimanakah’ maka jawapannya berkaitan langkah atau cara.

Contoh soalan:
Allah SWT Maha Pemurah terhadap semua makhluk ciptaanNya termasuk manusia yang beriman dan tidak beriman. Buktinya Allah SWT memberikan nikmat kepada semua makhlukNya di muka bumi ini. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT yang bersifat ar-Rahman, bagaimanakah cara anda menyuburkan sifat pemurah dalam kalangan rakan sebaya anda di sekolah?

Gambar hiasan daripada Pexels.

IKLAN

Contoh Jawapan:
Mengadakan tabung kebajikan agar dapat membantu rakan yang ditimpa musibah. Contohnya tabung khairat kematian. Kesimpulannya kita hendaklah membudayakan sifat pemurah dalam kalangan rakan di sekolah supaya kehidupan dirahmati Allah SWT.

2) Jika kata tanya soalan adalah ‘mengapa’, maka jawapannya berkaitan punca.

Contoh soalan:
Al-Quran adalah kalamullah yang menjadi pembela manusia di akhirat.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan mengapa masih ramai yang meragui ajaran al-Quran?

Contoh jawapan:
Tidak takut dengan balasan Allah SWT di akhirat menyebabkan mereka lebih memntingkan keseronokan dunia sehingga tiada masa untuk mengamalkan ajaran al-Quran. Kesannya mereka akan dimurkai Allah SWT. Kesimpulannya kita sebagai umat Islam hendaklah meyakini kebenaran ajaran al-Quran supaya hidup terpandu ke arah jalan yang benar.

IKLAN

3) Soalan ‘apa yang akan berlaku?” maka jawapannya berkaitan kesan/akibat.

Contoh soalan:
Pengajaran ayat : Kita hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah SWT sepanjang masa agar hidup kita lebih tenang.
Berdasarkan pernyataan di atas, ramalkan bagaimana zikir dapat membentuk sahsiah keperibadian seorang muslim.

Contoh jawapan:
Zikir akan menjadi perisai daripada gangguan syaitan yang menghasut kita melakukan dosa dan maksiat. Kesannya diri akan terhindar daripada melakukan kemungkaran. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan zikir supaya dilindungi Allah SWT.

Gambar hiasan daripada Pexels.

“Jika tip ini diikuti insya-ALLAH semua soalan KBAT akan dijawab dengan cemerlang oleh semua pelajar.

“Bagaimanapun, para pelajar masih memerlukan maklumat tentang soalan yang ditanya supaya jawapan yang diberikan menepati peraturan pemarkahan,” nasihatnya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA