Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZPelajar boleh ikuti 6 cara ini supaya bateri telefon cepat penuh
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar boleh ikuti 6 cara ini supaya bateri telefon cepat penuh

Berbanding dahulu, penggunaan telefon pada masa kini boleh dikatakan sesuatu yang penting kerana ia memudahkan urusan hidup kita. Bagi pelajar, mempunyai peranti ini juga adalah satu perkara yang penting bagi urusan pembelajaran secara PdPR.

Namun bagaimana jika peranti ini kehabisan bateri? Pasti semua perkara urusan seharian boleh terganggu bukan?

Nak mengecas pun bukannya sekejap, ia mengambil masa yang agak lama! Bagaimana jika kami katakan waktu pengecasan ini dapat dipendekan?

BACA JUGA: Kekangan hidup, lima beradik kongsi satu telefon pintar jalani PdPR

BACA JUGA: PdPR: Pengajaran perlu disesuaikan dengan keadaan pelajar

Jangan risau! Kerana GPSBestari hari ini akan berkongsi enam cara untuk mengecas telefon anda dengan lebih pantas, jadi bolehlah teruskan urusan harian dengan tenang.

1. Jangan gunakan pengecasan tanpa wayar (wireless charging)

cas telefon menggunakan wayar bagi mendapat masa pengecasan yang lebih pantas, ini boleh menjimatkan masa pelajar
gambar kredit © Aaron Yoo / Flickr

Walaupun kaedah pengecasan tanpa wayar kelihatan agak canggih dan futuristik, sistem pengecasan ini sebenarnya tidaklah terlalu efisien, kerana teknologi ini masih lagi baru.

Apabila anda menggunakan kaedah pengecasan sebegini, sebenarnya telah membuang banyak masa kerana kaedah konvensional dapat mengecas dua kali lebih pantas!

Ini kerana sumber tenaga elektrik dapat terus dialirkan ke telefon pintar, jika anda menggunakan pengecasan tanpa wayar, banyak tenaga elektrik hilang menjadi haba. Jadi penggunaan kabel untuk mengecas adalah lebih pantas dan dapat menjimatkan elektrik.

2. Beli pengecas yang mempunyai teknologi pengecasan pantas

IKLAN

keluarkan duit untuk membeli pengecas yang mempunyai fungsi pengecasan pantas, perkara ini sangat membantu pelajar
Gambar kredit © Ivan Radic / Flickr

Teknologi pengecasan pantas dapat membenarkan lebih tenaga eletrik untuk masuk ke bateri telefon anda sehingga ke peratusan yang tertentu. Anda tidak perlu risau akan keselamatan telefon anda ketika menggunakan pengecasan pantas, kelajuan kelajuan ini akan diperlahankan menjadi normal selepas melepasi nilai peratusan tersebut.

BACA JUGA: ‘Cikgu, saya dah ada telefon. Macam mana nak buka Google Classroom ini’ – Ramai tersentuh dan sebak

Pengecasan standard selalunya mempunyai cas keluar sebanyak 2.5W sahaja, tapi jumlah cas keluar bagi pengecasan pantas adalah 18W sehingga 100W. Inilah sebab kenapa telefon dapat di cas dengan lebih pantas.

Tetapi malangnya pengecasan pantas ini tidak dapat dinikmati oleh semua telefon, jadi pastikan telefon anda mempunyai fungsi fast charging sebelum menggunakan kaedah ini.

3. Hidupkan mod powersaving

hidupkan mod powersaving
gambar kredit brighside

IKLAN

Bagaimana mod power-saving ini berfungsi adalah berbeza mengikut telefon. Namun, secara umumnya mod ini akan merendahkan kecerahan skrin, mengurang penggunaan cip pemprosesan serta penggunaan data internet

Dengan menghidupkan mod ini, telefon anda akan mematikan fungsi yang berjalan di latar. Jadi perkara ini akan membuatkan tempoh pengecasan anda menjadi lebih singkat kerana tenaga elektrik dapat terus mengalir ke bateri tanpa perlu dipecahkan untuk pengoperasian telefon.

5. Bersihkan port pengecasan

bersihkan habuk di port pengecasan
gambar kredit brighside

Jika anda pernahkah melihat apa yang ada di dalam port cas telefon, apa yang akan jumpai adalah pelbagai habuk dan kekotoran yang memasuki kawasan itu sepanjang anda menggunakan telefon tersebut. Perkara ini mungkin boleh menjadi sebab telefon tersebut tidak dapat mengecas dengan laju.

Tidak disarankan untuk menggunakan pencungkil gigi, walaupun dengan menggunakan pencukil gigi juga boleh menghilang kotoran ini. Namun adalah tidak disarankan kerana dikhuatiri barangan tajam akan merosakan port tersebut

5. Jangan biarkan telefon anda panas

IKLAN

hindarkan telefon dari terkena cahaya matahari terlalu lama
gambar kredit brighside

Telefon sebenarnya telah dilengkapi dengan sistem kawalan termal. Sistem inilah yang akan menghalang telefon anda daripada menjadi terlalu panas. Jika anda membiarkan telefon anda berada di bawah matahari terlalu lama, sistem kawalan ini akan bekerja kuat agar dapat menurunkan suhu telefon anda.

KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI TELEGRAM GPSBESTARI 

Untuk menjadikan telefon selalu dalam keadaan sejuk, banyak perkara yang boleh dilakukan bagi mengekalkan suhu telefon anda dalam keadaan normal.

6. Tukar bateri baru

tukar bateri baharu
Gambar Kredit © JulianVilla26 / Wikimedia Commons

Integriti bateri lithium-ion sebenarnya akan menurun dari masa ke masa. Jadi jika telefon anda masih lagi perlahan selepas mengikuti tip diatas, mungkin dengan menukar bateri adalah jawapannya.

Ikuti GPSBestari di Twitter sekarang!

Jika bateri telefon anda boleh ditukar, anda boleh menukar sahaja bateri tersebut. Tetapi, kebanyakan bateri telefon masa kini tidak boleh ditukar, jadi apabila pengecasan telefon anda menjadi perlahan,selalunya ia adalah salah satu tanda jangka hayat telefon hampir tamat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber Brightside

Artikel Berkaitan

MESTI BACA