Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZMeningkatkan kemahiran menulis bahasa Inggeris pelajar Tingkatan Lima, Guru Cemerlang kongsi teknik...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Meningkatkan kemahiran menulis bahasa Inggeris pelajar Tingkatan Lima, Guru Cemerlang kongsi teknik sebenar!

Ramai dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah hari ini menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Masalah ini berlaku disebabkan ramai pelajar tidak tahu cara untuk belajar bahasa Inggeris secara berfokus dan selalu mengulangi masalah yang sama semasa mereka menulis.

Salah satu kemahiran yang sering mengalami kesukaran ialah kemahiran menulis dan mereka tidak tahu bagaimana hendak membaiki penulisan masing-masing.

Teknik penulisan

Penulisan merupakan satu teknik yang hanya boleh dikuasai dengan latihan yang mencukupi dan padat.

Sebelum membuat latihan penulisan, pelajar disarankan mempunyai ilmu tatabahasa ( grammar) dan kosa kata ( vocabulary) yang mencukupi supaya mereka dapat menulis dengan baik.

Biasanya, tatabahasa dan kosa kata ini dapat dikuasai dengan baik jika pelajar menjadikan membaca sebagai amalan harian.

Pelajar yang rajin membaca mempunyai kemahiran menulis yang baik disebabkan otak mereka secara tidak langsung menyerap idea -idea bahasa apabila proses pembacaan itu berlaku.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Disebabkan kurang amalan membaca dalam kalangan pelajar sekarang, maka ia menjadi amat sukar untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik terutamanya kemahiran menulis.

Begitu juga seorang pelajar yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik tidak semestinya dapat menulis dengan baik.

Salah satu cara yang pelajar boleh gunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris adalah dengan membuat pembacaan berfokus kepada kemahiran penulisan.

Teknik pembacaan berfokus

Teknik pembacaan berfokus ini melibatkan beberapa perkara yang pelajar perlu lakukan.

Pertama sekali, pelajar perlu mengamalkan teknik ini secara berterusan dengan membaca selama satu jam setiap hari.

Jangka masa satu jam yang ditetapkan ini adalah untuk pelajar melakukan pelbagai aktiviti kendiri semasa proses bacaan tersebut.

Rata-rata di setiap sekolah, pelajar sentiasa diberikan contoh karangan bahasa Inggeris untuk mereka pelajari dan memahami penulisan dengan menggunakan teknik-teknik yang dipraktikkan dalam contoh tersebut.

IKLAN

Tetapi apa yang berlaku, kebanyakan pelajar hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk membaca karangan tersebut dan aktiviti pembacaan berhenti di situ.

Ada juga dalam kalangan pelajar yang suka menghafal karangan bahasa Inggeris, tetapi hafalan ini tidak akan membantu mereka di masa hadapan apabila mereka perlu menggunakan kemahiran menulis semasa di universiti atau alam pekerjaan.

Dalam teknik pembacaan berfokus ini pelajar dicadangkan untuk meneroka contoh-contoh karangan selama satu jam dengan melakukan beberapa aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis secara langsung dan kemahiran membaca secara tidak langsung.

Dalam tempoh satu jam yang dicadangkan, pelajar perlulah melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut

1) 15 minit pertama

Pelajar perlulah membaca karangan yang dipilih dengan memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Berikan tumpuan kepada perkataan, ayat, lengok bahasa dan juga tatabahasa yang digunakan.

Semasa membaca, pelajar perlulah sentiasa bertanya sama ada mereka memahami perkataan dan ayat yang terdapat dalam karangan tersebut.

Pelajar juga perlu memahami bahawa sesuatu perkataan atau ayat yang mereka belajar perlulah difahami dalam bahasa Inggeris dan bukannya mengalih bahasa ke bahasa ibunda sebab penggunaan bahasa tersebut hanya boleh digunakan dengan baik jika pelajar memahami maksud, definisi dan penggunaannya dalam bahasa Inggeris.

Dalam tempoh 15 minit pertama ini juga, pelajar perlu membaca, mencari perkataan dan ayat yang sukar difahami dan menulis perkataan dan ayat tersebut dalam sebuah buku khas untuk pembacaan berfokus.

IKLAN

Jika pelajar ingin memperbaiki tatabahasa, maka pelajar perlu menggunakan 15 minit pertama ini meberi tumpuan kepada aspek tatabahasa dalam karangan tersebut dengan cuba memahami bentuk ‘tenses’ yang digunakan di setiap ayat dalam karangan tersebut.

Baca juga Debaran peperiksaan…5 persediaan ini mampu bantu pelajar skor cemerlang dalam semua subjek

Baca juga 7 panduan yang boleh cikgu guna untuk mengemas meja di sekolah. Mudah, senang dan menarik!

2) 15 minit kedua

Dalam proses kedua pembacaan berfokus ini, pelajar memerlukan sebuah kamus untuk membuat rujukan. Dengan adanya kamus digital pada masa sekarang, proses ini akan menjadi lebih mudah.

Dalam 15 minit yang kedua ini, pelajar perlu menggunakan kamus untuk mencari perkataan-perkataan yang tidak difahami dan menulis maksud dan contoh ayat yang diberi dalam kamus untuk mereka lebih mudah membaca dan fahami.

Pelajar boleh merujuk kepada beberapa sumber dan pilih sumber yang membantu mereka untuk mudah memahami perkataan tersebut.

3) 15 minit ketiga

IKLAN

Proses seterusnya berlaku pada 15 minit yang ketiga, di mana pelajar boleh membuat latihan penulisan pendek dengan menggunakan kefahaman yang mereka perolehi daripada pembacaan karangan serta maksud-maksud perkataan yang mereka cari.

Pelajar boleh menggunakan perkataan yang baru mereka belajar untuk membuat ayat atau menulis satu atau dua perenggan pendek.

Selain itu, pelajar juga boleh cuba untuk imitasi teknik penulisan dengan berlatih menggunakan tatabahasa yang betul dalam latihan penulisan.

Bahagian ini akan membantu pelajar memahami dan mengingati apa yang dipelajari daripada contoh karangan dengan lebih baik.

4) 15 minit keempat

Ini adalah 15 minit yang terakhir di mana pelajar perlu membaca balik contoh karangan yang telah dibaca di awal serta membaca semula semua nota-nota, contoh-contoh ayat dan perenggan yang telah ditulis supaya pelajar boleh mengingati apa yang dipelajari dengan lebih baik.

Amal setiap hari

Teknik pembacaan berfokus ini perlu diamalkan setiap hari. Selepas ia diamalkan bagi satu tempoh masa sekurang-kurangnya satu atau dua bulan pelajar dapat melihat perbezaan yang ketara dalam kualiti penulisan mereka.

Bukan sahaja penulisan tetapi pelajar juga dapat memahami apa juga bahan bacaan bahasa Inggeris dengan lebih mudah.

Contoh karangan yang dipilih untuk pembacaan berfokus ini perlulah merupakan karangan yang sesuai dengan aras kefahaman pelajar dan dapat dihabiskan dalam tempoh masa satu jam.

Jika contoh karangan yang dipilih adalah terlalu sukar maka pelajar bolehlah menggunakan dua hari untuk membaca karangan tersebut di mana bahagian awal boleh dilakukan pada hari pertama dan bahagian seterusnya pada hari kedua.

Pembacaan berfokus ini telah banyak membantu pelajar yang saya ajar selama ini di mana semasa pembelajaran kendiri di rumah, mereka diminta amalkan pembacaan ini selama satu jam sebelum tidur.

Ramai pelajar yang mengamalkan teknik ini telah mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Maklumat Penulis

Mohana Ram Murugiah merupakan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, SMK Perempuan Methodist Ipoh, Perak.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA