Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZMahu sambung ijazah sarjana, ini 22 perkara yang perlu pelajar peka dan...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Mahu sambung ijazah sarjana, ini 22 perkara yang perlu pelajar peka dan beri perhatian

Sudah tentu dalam kalangan kita berimpian mahu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi yang sudah memiliki ijazah sarjana muda (Degree), anda tentunya bercita-cita mahu menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD).

GPSBestari kongsikan sedikit info berkenaan sebahagian perkara yang perlu pelajar tahu sebelum mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana.

Dengan perkongsian ini, diharapkan pelajar akan lebih bersemangat untuk mengikuti pengajian master dan seterusnya PhD.

Ini 22 infonya.

1) Anda boleh sambung belajar dalam bidang yang lain selain bidang ketika ijazah sarjana muda.

2) Perlu menghadiri penerangan oleh pihak universiti dan wajib fahamkan buku panduan yang diberi supaya tidak terlepas perkara-perkara penting. Setiap proses dalam pembikinan kajian memerlukan masa yang lama. Mohon semak buku tersebut dan rancang sebaiknya.

3) Semua orang akan buat tugasan sendiri dan anda akan membuat pembentangan di hadapan kelas sendiri. Anda perlu belajar sendiri, sebab sudah masuk ke alam kajian bersendirian.

Tidak dinafikan, pelajar master masih boleh belajar secara berkumpulan kerana dengan cara itu lebih banyak anda memperoleh segala maklumat yang telah dibincangkan bersama rakan-rakan terutama musim peperiksaan.

4) Memiliki masa dan waktu yang sangat panjang. Bayangkan dalam satu semester hanya ada empat subjek. Satu subjek tiga jam seminggu. Setiap minggu ada satu kelas sahaja. Kalau ambil pengajian sepenuh masa, pastinya anda mempunyai banyak masa.

Baca juga 9 tip urus kewangan bagi cikgu muda yang baru posting

Baca juga Cikgu Hailmi senaraikan 11 jenis makanan yang mengurangkan kepandaian otak, ini yang dikongsi beliau

5) Adakalanya, banyak buang masa. Sekiranya dahulu kita seorang yang kurang berdisiplin, ketahuilah peluang untuk anda berlengah juga tinggi. Apatah lagi, bagi mereka yang belajar sepenuh masa dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

IKLAN

6) Boleh dikatakan tugasan dan pembentangan setiap minggu pasti ada. Dari situ anda perlu berubah menjadi seorang yang lebih rajin dan bertanggungjawab.

7) Ada tiga pilihan mode pembelajaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masa dan kebolehan masing-masing.

7.1) Kajian sepenuhnya (full research): Boleh sambung PhD sebab ada kajian.

7.2) Kerja kursus (course work): Belajar semua subjek yang diwajibkan bagi sesuatu kursus dan menulis artikel/mini kajian adalah untuk mendapatkan sijil sarjana. Perlu buat kajian terlebih dahulu, baru boleh sambung PhD.

7.3) Campur (mix): Belajar beberapa subjek ditambah dengan penulisan tesis untuk mendapatkan sijil sarjana. Anda boleh sambung PhD terus.

Pengajian sepenuh masa: Dua hingga tiga tahun
Pengajian separuh masa: Dua hingga empat tahun

8) Kita boleh tukar mode pembelajaran di sepanjang perjalanan menggapai segulung ijazah sarjana. Tidak semestinya kita tetap dengan pilihan pertama kita.

IKLAN

9) Ambil kerja kursus sahaja, dan tidak perlu risaukan sangat pasal kemampuan anda. Akan tetapi, bagi mereka yang mengambil kajian, lebih baik mulakan menulis tesis awal agar penulisan tidak tertangguh dan tidak risau.

10) Cari tajuk kajian pada semester satu dan cari penyelia. Anda harus rajinkan diri berkenalan dan minta pendapat para pensyarah. Sebab segala informasi dan maklumat dapat dibincangkan dengan baik.

11) Seterusnya, pelajar mahu habiskan seawal yang mungkin. Finish what you’ve started. Anda fikir hendak mencari kerja.

12) Pergi kursus menulis dalam format tesis.

13) Ambil semester pendek untuk terus menulis cadangan kajian atau sambung menulis.

14) Walaupun pelajar sepenuh masa, anda harus mencuba mencari kerja supaya dapat bermotivasikan diri dan menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

15) Rajinkan diri ke perpustakaan agar dapat segala input dan bahan rujukan yang lebih banyak.

IKLAN

16) Selain daripada bekerja untuk membayar duit yuran, pelajar boleh memohon pinjaman MARA atau PTPTN serta lain-lain. Penerangan untuk cara memohon boleh cari di Google.

17) Kalau ada duit lebih, bolehlah beli printer sendiri. Kalau sudah tidak gunakan lagi, boleh jual semula. Printer penting untuk siapkan tesis.

18) Keluarlah dari bilik dan sertai program universiti. Walaupun anda yang paling tua di situ, sebab banyak lagi ilmu yang boleh dapat selain daripada pengalaman.

19) Disiplin fokus.

20) Jangan malu bertanya dan minta bantuan. Usahakan berkawan dengan kawan yang lebih baik dan pandai.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

21) Selalu baiki niat dan kembalikan semangat “Kenapa aku mahu sambung belajar? Ada yang mahu mencapai cita cita, ada yang mahukan untuk kepuasan diri dan ada yang atas permintaan ibu bapa. Apa pun, kalau hilang diri, cepat-cepat ‘pulang ke pangkal jalan’.

22) Pelajar mungkin menangis kerana terasa susah sangat dengan fasa hidup yang baharu ini. Anda mungkin rasa hilang (lost) beberapa kali. Dan adakalanya putus asa.

Tetapi pengalaman ini akan menjadi suatu titik tolak baharu dalam kehidupan. Anda akan lihat kebaikan yang banyak hadir selagi mana senyum dan bersangka baik dengan ujian dari Tuhan.

Jadi teruskan kejayaan selagi nyawa dikandung badan. Semoga segala pengorbanan dirahmati oleh ALLAH SWT.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA