Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZMahu jadi atlet skateboard negara, ini yang Fasha Nur lakukan dalam realisasikan...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Mahu jadi atlet skateboard negara, ini yang Fasha Nur lakukan dalam realisasikan impian besarnya…

Bergelar anak kepada pemain papan selaju tempatan iaitu Muhammad Faisal Taib atau Apai Cheras, Fasha Nur Mellyssa Muhammad Faisal, 14, mengakui menyukai sukan papan selaju setelah melihat kehebatan dan kepakaran ayahnya ketika bermain sukan tersebut.

Fasha Nur yang merupakan pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) berkata, papan selaju bukanlah satu sukan yang mudah.

“Bila melihat ayah menjadi jurulatih kepada bakat-bakat muda, saya mula tertarik untuk bermain juga dan akhirnya skateboard menjadi hobi tetap,” katanya.

Anak kepada pasangan Apai Cheras dan Viviane P Nandu @ Fatimah Hamidon ini berkata, walaupun sekadar hobi, latihan tetap dijalani sama seperti atlet sukan yang lain.

“Ayah selalu pesan, jika hendak berjaya kena berlatih bersungguh-sungguh. Biarpun ia sekadar hobi, ini tidak bermakna perlu dilakukan sekadar ‘biasa-biasa’ sahaja,” ujarnya jujur.

Apai Cheras (kiri) bersama anaknya, Fasha Nur.

Anak keempat daripada tujuh adik beradik ini memberitahu, latihan dijalaninya setiap hari Isnin, bermula jam 4 petang hingga 7 malam.

“Saya terikat dengan pembelajaran secara dalam talian. Jadi, tidak boleh terlalu fokus pada sukan ini. Sekiranya ada masa terluang, saya akan bermain dan berlatih dengan ayah di kawasan parkir (basement) Pasar Besar Cheras, Kuala Lumpur.

Baca juga Tip memilih papan selaju/skateboard yang bersesuaian

Baca juga Ustazah Munera cipta inovasi SUAR IL-WI bantu murid mahir jawi. Tak sangka, ini kata guru dan ibu bapa…

“Bukan saya seorang sahaja yang berlatih, tetapi ada beberapa lagi rakan yang turut serta dengan masing-masing mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” jelasnya.

Sambung Fasha Nur lagi, dalam adik beradiknya, bukan dia seorang sahaja yang mempunyai hobi dalam sukan papan selaju ini, sebaliknya abang, kakak dan adiknya turut meminatinya.

IKLAN

“Fifi Nur Amira, Farah Nur Diana dan Muhammad Fazril Shah merupakan kakak dan abang yang cukup berbakat serta mahir dalam sukan ini. Begitu juga dengan adik-adik, Muhammad Fadzryan Shah, Muhammad Fedriyan Shah dan Felicia Adrianna Nur Qirani yang turut meminati sukan lasak ini.

“Sangat seronok bila semuanya mempunyai hobi yang sama. Kami saling bertukar idea dan pandangan bila berbual tentang skateboard. Ayah dan ibu turut memberi pendapat sekiranya kami kurang jelas tentang sukan ini,” tuturnya.

Apabila memilih untuk menjadi seorang pemain skateboard, Fasha Nur berkata, seseorang

itu harus menanggung risiko tercedera di peringkat awal pembabitan.

“Ayah kata, cedera perkara biasa dan semua pemain perlu melihatnya sebagai satu proses pembelajaran. Pesan ayah lagi, jangan mudah mengalah dan berputus asa jika tidak dapat melakukan triks asas dalam sukan papan selaju.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Sukan ini memang memerlukan konsistensi dan latihan yang berterusan. Jadi, pemain perlu bersedia dari segi mental dan fizikal jika benar-benar mahu serius dan bergelar seorang atlet yang mampu memberi saingan pada kejohanan yang disertai,” jelasnya yang menjadikan ayahnya, Joe Ipoh, Pa’din dan Fuad sebagai idola.

IKLAN

Jatuh cinta dengan sukan papan selaju

Walaupun sudah lama meminati sukan ekstrem ini, tetapi baru dua bulan kebelakangan ini Fasha Nur memberi tumpuan sepenuhnya.

“Ini adalah sukan lasak yang mana aktivitinya sangat mencabar dan mempunyai gaya serta identiti tersendiri.

“Ketika di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur, saya hanya melihat dari jauh ayah melatih bakat-bakat baru. Bila di sekolah menengah, barulah saya sertai sukan ini,” katanya.

Menurut Fasha Nur lagi, dia berhasrat menjadi atlet sukan papan selaju negara suatu hari nanti dan akan berlatih bersungguh-sungguh demi merealisasikan impiannya itu.

Sementara itu, Apai Cheras melahirkan rasa gembira kerana semua anak-anaknya meminati sukan lasak tersebut.

Sekurang-kurangnya, sukan ini mempunyai pelapis muda yang bakal meneruskan kesinambungan dan legasinya.

“Sepanjang penglibatan dalam sukan ini, saya tidak pernah memaksa atau menggalakkan mereka (anak-anak) untuk sama-sama meminati aktiviti ini.

IKLAN

Apai Cheras berharap agar Fasha Nur dapat merealisasikan cita-citanya untuk bergelar atlet skateboard Malaysia kelak.

“Mereka yang datang dan minta diajar serta diberi latihan,” ujarnya yang berharap Malaysia mempunyai seramai mungkin atlet sukan papan selaju yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan mampu berdiri sebaris dengan nama-nama besar dalam kalangan pemain papan selaju profesional.

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA