Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZLemah dalam Fizik? Ibu bapa dan pelajar boleh cuba cara ini untuk...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Lemah dalam Fizik? Ibu bapa dan pelajar boleh cuba cara ini untuk analisis tahap pencapaian subjek tersebut. Berkesan!

Tutor Fizik, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepenuh masa, Cikgu Ajwad Ghali menerima banyak pertanyaan berkenaan subjek Fizik.

Katanya, ada ibu bapa yang datang dan minta cadangan dan panduan untuk membantu anak mereka yang lemah dalam mata pelajaran tersebut.

“Kongsi mereka, anak-anak tidak mahir dalam menguasai Fizik. Mohon cikgu bantu,” kata Cikgu Ajwad kepada GPSBestari.

Ujar guru ini lagi, calon SPM 2021 adalah golongan (pelajar) yang paling terkesan ketika ini kerana kurang mendapat peluang belajar secara bersemuka di sekolah berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Ibu bapa pastinya risau tentang keadaan anak-anak terutamanya berkaitan sama ada mereka memahami atau tidak sepanjang mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Kerana itu, saya kongsikan beberapa cadangan yang boleh dilakukan ibu bapa dan pelajar bagi menganalisis tahap pencapaian subjek Fizik.

“Saya berharap panduan ini dapat membantu calon peperiksaan untuk skor mata pelajaran tersebut nanti,” katanya.

Cikgu Ajwad sering menganjurkan kelas Fizik SPM physicsotherapy bagi membantu calon peperiksaan skor subjek Fizik.

Mari ikuti empat panduan daripada Cikgu Ajwad ini.

1) Ambil tahu markah Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3

Ada pelajar yang markah keseluruhannya rendah kerana keputusan Kertas 1 rendah. Ada yang berpunca daripada Kertas 2.

Dalam silibus KSSM (silibus baru), Kertas 3 ditukar format. Pelajar perlu menjalankan eksperimen di dalam makmal dengan jumlah markah sebanyak 15 markah.

Kertas 1 – 40 markah
Kertas 2 – 100 markah
Kertas 3 – 15 markah

Jumlah markah keseluruhan ialah 155.

IKLAN

Kenapa perlu tahu markah?

Sebagai contoh, soalan Kertas 2 melibatkan maksud dan markahnya hanyalah satu (1) markah. Tetapi ramai pelajar menghabiskan masa mencari maksud bagi konsep dalam Fizik untuk dihafal. Sedangkan soalan lain menyumbang lebih banyak markah. Beri keutamaan kepada perkara yang perlu difokuskan.

2) Utamakan soalan yang banyak markah dalam Kertas 2

Kertas 2 Fizik terbahagi kepada tiga bahagian (A, B can C).

Bahagian A – Lapan soalan dan markah juga berbeza dan bertambah mengikut nombor soalan.

Contoh:
Soalan nombor satu (empat markah); soalan nombor dua (lima markah); soalan nombor tiga (enam markah) dan soalan nombor empat hingga lapan (masing-masing sembilan markah).

Baca juga 6 tip mengajar lebih efektif ketika pandemik, cikgu-cikgu boleh lakukan ini di rumah

Baca juga Hentikan ‘body shaming’ dengan segera!

Jika anda seorang yang mengambil masa untuk berfikir, fokus kepada soalan nombor empat hingga lapan dahulu kerana markahnya banyak.

IKLAN

Selain itu, waktu mula menjawab, otak masih segar. Gunakan waktu tersebut untuk menjawab soalan yang mempunyai banyak markah terlebih dahulu.

Lima soalan ini mewakili 45/60. Hampir 3/4 markah di Bahagian A.

3) Pilih soalan Bahagian B yang dirasakan boleh memberi markah yang banyak

Bahagian B – 20 markah (perlu pilih antara soalan sembilan dan 10)

Nombor sembilan adalah soalan topik Tingkatan Empat dan nombor 10 topik Tingkatan Lima.

Soalan Bahagian B, akan ada soalan pengiraan yang memberikan lima markah daripada 20 markah.

Manakala soalan eseinya pula melibatkan kemahiran pelajar memilih ciri-ciri yang sesuai.
Maklumat akan diberi dalam bentuk gambar ataupun jadual. Baca kedua-dua soalan sebelum pilih. Takut nanti sudah jawab, baru perasan soalan yang berikutnya lebih mudah.

Bahagian C pula adalah soalan nombor 11 yang wajib dijawab.

IKLAN

Soalan Bahagian C bermula dengan soalan perbandingan dan hubungan melibatkan lima markah.

Esei Bahagian C pula melibatkan modifikasi.

Dalam silibus sebelum ini, selalunya soalan melibatkan pengiraan dalam Kertas 2 dalam lingkungan 16 markah daripada keseluruhan 100 markah Kertas 2.
Dengan limitasi masa menjawab, rasanya hal ini tidak akan berubah.

4) Jawab Kertas 1 bagi soalan yang senang dahulu, yang susah tinggalkan

Kertas 1 adalah soalan objektif. Jangan ambil masa yang lama menjawab soalan yang susah, kerana soalan susah atau senang, untuk Kertas 1 ia menyumbang hanya satu markah.

Soalan melibatkan pengiraan pula, selalunya tidak pernah lebih daripada 10 soalan daripada 40 soalan Kertas 1.

Jika sebelum ini dalam silibus KBSM, jumlah soalan ialah 50 dan perlu disiapkan dalam tempoh masa satu jam suku.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Hari ini dalam masa yang sama, soalan yang diberikan ialah 40 soalan sahaja. Jadi, pelajar sepatutnya ada lebihan masa untuk menjawab dengan lebih tenang.

Akhir sekali, Cikgu Ajwad menitipkan sedikit pesanan untuk calon SPM 2021.

“Tip ini bagi mereka yang lemah. Kalau sudah biasa skor 100 peratus, teruskan dengan cara anda,” jelasnya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA