Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZKreativiti guru dan pelajar SMS Pasir Puteh dalam inovasi dipuji ramai. Apa...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Kreativiti guru dan pelajar SMS Pasir Puteh dalam inovasi dipuji ramai. Apa yang mereka buat?

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam apa juga aspek kerjaya yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Jika dilihat pada masa sekarang, banyak pertandingan reka cipta yang berteraskan kreativiti dan inovasi dianjurkan bagi memupuk semangat pelajar, pekerja dan organisasi kerajaan serta swasta.

Justeru, semua pihak perlu merebut peluang berkenaan untuk mengukuhkan, mempercepatkan dan meningkatkan kapasiti dalam bidang inovasi.

Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Pasir Puteh, KELANTAN misalnya, telah menghasilkan beberapa bahan inovasi untuk membantu pelajar dan guru menjalani pembelajaran dengan lebih bermutu.

Bahkan, mereka juga berasa lebih seronok dan teruja untuk belajar apabila adanya pembaharuan ketika mengikuti pembelajaran.

Sehingga kini, antara produk inovasi yang telah dihasilkan ialah A-Box, GT-E, C’Luma Track, INC2, Memoria dan Sq Pics.

Baru-baru ini, sebanyak empat inovasi telah melakar kejayaan apabila berjaya mendapat anugerah pada pertandingan Darulaman International Innovation, Competition And Exhibition 2021 (DilCE’21).

Inovasi yang dipertandingkan adalah GT-E, InC2, Arabian Box dan C’Luma Track.

Inovasi GT-E dan InC2 meraih anugerah emas manakala Arabian Box dan C’Luma Track anugerah perak.

Inovasi yang dihasilkan 20 pelajar Tingkatan Tiga (dibahagikan kepada empat kumpulan) itu telah membuka peluang yang luas kepada mereka untuk terus menghasilkan bahan inovasi yang terbaik dan bermutu tinggi selepas ini.

Bimbingan hebat

Pasukan inovasi SMS Pasir Puteh tersebut mendapat bimbingan hebat daripada dua guru iaitu Dr Salbiah Mohamed Salleh dan Norasma Mohamed Salleh.

Gandingan dua adik beradik yang cukup berpengalaman luas dalam bidang inovasi dan penyelidikan ini banyak membuka peluang kepada pelajar untuk mencipta dan menghasilkan alat bantu mengajar yang memudahkan sesi pengajaran serta pemudahcaraan (PdPC).

Mereka juga banyak menghasilkan produk inovasi sendiri dan mendapat pengiktirafan sehingga ke persada antarabangsa.

IKLAN

Hasil daripada bimbingan keduanya, para pelajar lebih bermotivasi dan mendapat keseronokan dalam menghasilkan inovasi walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.

Pengalaman yang begitu berharga ini tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Cabaran utama

Memandangkan kita masih berada dalam situasi pandemik Covid-19, guru pembimbing dan pelajar menghadapi sedikit kesukaran untuk berhubung dalam penghasilan inovasi.

Komunikasi massa merupakan pilihan terbaik dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk berkomunikasi antara guru dan murid.

Aplikasi seperti Google Meet, Whatsapp dan Telegram turut digunakan untuk memantau hasil perkembangan inovasi pelajar.

Ada kalanya capaian internet di sesuatu kawasan itu bermasalah. Ini memberikan sedikit kesukaran kepada guru pembimbing dalam memantau penghasilan inovasi.

IKLAN

Namun, untungnya, ada produk inovasi yang dihasilkan telah siap sepenuhnya beberapa bulan lalu. Ketika berada di sekolah (pembelajaran bersemuka) telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam penghasilan bahan inovasi.

Baca juga Covid-19: Jurang pendidikan yang perlu diperhalusi – Pensyarah Kanan UiTM, Nurul Fatma

Baca juga Lukis Jalur Gemilang sepanjang 12 meter, ramai tidak sangka pelukisnya adalah si cilik 6 tahun. Luar biasa!

Jadi, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, fokusnya hanya kepada penghasilan video dan pengumpulan bukti (evidens) seperti penulisan kajian, poster, pamplet dan pendaftaran harta intelek.

Penambahbaikan produk juga turut dilakukan untuk menghasilkan produk inovasi yang lebih berkesan dan lebih menonjol daripada produk lain.

Potensi komersialisasi produk juga diberi keutamaan bagi memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna.

IKLAN

Sokongan daripada pelbagai pihak

Pelajar SMS Pasir Puteh mendapat sokongan penuh daripada pihak sekolah dan guru-guru dalam penghasilan semua produk.

Jutaan penghargaan diberikan kepada pengetua SMS Pasir Puteh, Noriha Mohamad kerana banyak memberi dorongan kepada guru dan pelajar dalam menghasilkan inovasi bermutu tinggi.

Tidak lupa juga kepada pentadbir seperti Penolong Kanan Pentadbiran, Aziz Derashid; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hashimah Harun dan Penolong Kanan Kokurikulum, Mohd Asri Yusof yang turut memberi sokongan hebat kepada pelajar.

Galakan daripada ibu-bapa turut membuka peluang dan minda anak-anak untuk menyertai pertandingan inovasi yang dianjurkan.

Baca juga Cikgu Salbiah kongsi 10 pesan abah yang sangat menyentuh hati. Tak sangka, arwah disayangi ramai kerana ‘perkara ini’. Warganet sebak!

Baca juga Michael Yam Kong Choy dilantik sebagai Canselor UOW Malaysia KDU

Ibu bapa yang sangat komited dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang banyak memberikan sumbangan dalam penghasilan inovasi ini, banyak membantu anak-anak pelajar dan guru dalam mencipta alat bantu mengajar yang memudahkan sesi pembelajaran.

Jika mempunyai masalah dalam menghasilkan produk seperti bahan-bahan keperluan tidak mencukupi, guru-guru SMS Pasir Puteh bersedia untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk fizikal atau kewangan.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Itulah prinsip yang dipegang oleh pelajar SMS Pasir Puteh. Jika tidak berusaha, manakan dapat mencapai kejayaan.

Demi membantu pelajar di luar sana agar dapat meneruskan pembelajaran dengan baik, pelajar SMS Pasir Puteh akan terus menghasilkan produk yang menarik untuk membantu para pelajar dan guru.

Pasukan inovasi yang kini bernaung di bawah kelab elit sekolah iaitu Young Innnovators Circle (SMSP YIC) diharapkan dapat melebar sayap lebih jauh ke persada antarabangsa.

*****Terima kasih Husna Insyirah Mohd Yuzlan (pelajar SMS Pasir Puteh) atas sumbangan artikel ini.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA