Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZKisah Adi Putra, ‘Kanak-kanak Genius’ jadi inspirasi
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Kisah Adi Putra, ‘Kanak-kanak Genius’ jadi inspirasi

Satu ketika dahulu negara telah digemparkan dengan kebijaksanaan seorang kanak-kanak yang tidak tercapai dek akal apabila dia mampu menyelesaikan segala permasalahan yang melibatkan Matematik.

Kemahirannya dalam menguasai algebra, trigonometri, dan indeks telah mencetuskan perspektif mengagumkan dalam kalangan masyarakat.

Siapa sangka, Adi Putra Abdul Abdul Ghani, 22, pernah mendapat perhatian ramai apabila dia berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua buah universiti terkenal dunia, iaitu University of Oxford dan Harvard University seawal usia enam tahun.

Dia juga pernah melanjutkan pengajian di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak, pada 2006, selama empat bulan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti belajar apabila laras pembelajaran yang disediakan tidak selari dengan tahap pemikirannya ketika itu.

Adi Putra kini menubuhkan syarikatnya sendiri bagi membantu masyarakat untuk menguasai ilmu matematik.

IKLAN

Setelah itu, Adi Putra mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam (UIA) selama dua tahun namun dia tidak berjaya memegang sijil sah peringkat A-level walaupun dia telah berjaya menamatkan pengajiannya.

Biarpun, kejayaannya menghabiskan pengajian di UIA tidak diiktiraf disebabkan umurnya yang terlalu muda, namun kanak-kanak pintar ini terpaksa akur kerana dirinya tidak pernah mengharapkan pengiktirafan itu memandangkan dirinya memang memasang niat untuk menimba ilmu.

IKLAN

Susulan itu, dalam usaha berkongsi ilmu dan kepakarannya, Adi Putra telah menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Adimatik Genius Solutions bagi membantu masyarakat untuk menguasai ilmu matematik.

Mungkin ramai yang tidak tahu walaupun Adi Putra tidak mempunyai kelulusan akademik namun bersandarkan nama dan populariti yang dimiliki, dia kini mampu menjadi seorang tenaga pengajar dalam usaha melaksanakan tanggungjawabnya menyampai ilmu.

IKLAN

Biarpun perubahan zaman menjadikan nama ‘kanak-kanak pintar’ ini tidak lagi menjadi bualan ramai, kisah Adi Putra ini wajar dijadikan inspirasi kepada semua pelajar dalam proses meneruskan pelajaran.

Bukan tahap IQ yang menjadi ukuran, namun usaha dan kegigihan yang berterusan mampu mengubah segala-galanya.

Oleh itu setiap pelajar perlu sedar bahawa tidak ada yang mustahil mampu dicapai sekiranya mereka memiliki matlamat untuk berjaya.

Sumber: Iluminasi.com

Artikel Berkaitan

MESTI BACA