Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZNak jadi peguam tetapi tidak tahu laluan yang betul? Mohon hadam info...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
631FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Nak jadi peguam tetapi tidak tahu laluan yang betul? Mohon hadam info penting ini

Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang peguam, pastinya terfikir apakah laluan yang perlu dilalui untuk mencapai impian tersebut.

Laluan yang boleh adik-adik masuki adalah melalui pra-universiti seperti mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), A-Level, matrikulasi dan juga diploma.

Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu dilepasi bagi membolehkan pelajar-pelajar mengambil bidang tersebut iaitu sekurang-kurangnya lima kredit lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

Ini kerana lima kredit lulus ini merupakan syarat utama yang ditetapkan oleh Badan Peguam Malaysia sebelum melayakkan anda mengambil kursus undang-undang.

Dibawah ini GPSBestari kongsikan laluan yang boleh diambil oleh pelajar-pelajar jika mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.

Baca juga: Ajar anak membaca sejak dari kecil, ibu bapa mesti ambil tahu 8 tip ini

Baca juga: Panik semasa temu duga dalam talian? Dr Zulkifli kongsi tip penting yang boleh dipraktikkan

1. STPM
Jika kalian tidak tahu, STPM sebenarnya adalah sama tahap dengann GCE, A level di United Kingdom (UK) dan diterima untuk kemasukan di kebanyakan universiti terkemuka di luar negara.

IKLAN

Jadi sekiranya anda mengambil keputusan untuk mengambil STPM selepas SPM, keputusan minimum yang perlu diperoleh adalah CGPA 2.80 dan MUET Band 4 selain lulus temu duga oleh universiti.

Walau bagaimanapun ia bergantung kepada syarat kelayakan mengikut universiti, di mana ia berbeza-beza mengikut universiti.

 

2. A Levels
Kursus ini juga dikenali sebagai Advanced Level dan ia merupakan kursus pra-universiti yang ditawarkan oleh kolej-kolej Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Ia juga merupakan kelayakan yang diterima oleh majoriti universiti terkemuka dalam dan luar negara.

Pelajar A-Level boleh menggabungkan sehingga empat mata pelajaran. Jika ingin mengambil kursus undang-undang, pelajar digalakkan untuk memilih mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Asing, dan Matematik / Ekonomi / Pengajian Perniagaan / Psikologi.

IKLAN

3. Matrikulasi
Pelajar lepasan matrikulasi sebenarnya boleh melanjutkan pelajaran di beberapa negara diseluruh dunia kerana ianya diiktiraf oleh beberapa universiti di UK, Australia dan New Zealand dan Indonesia.

Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan, mereka sebenarnya boleh mengambil mana-mana aliran ketika di matrikulasi. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan untuk kursus undang-undang bergantung juga kepada universiti.

Sebagai contoh Universiti Malaya (UM) tidak menerima pelajar daripada aliran matrikulasi (kejuruteraan). Oleh itu, anda perlu membuat semakan syarat kelayakan mengikut aliran sebelum membuat permohonan ke matrikulasi.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

4. Asasi
Berbanding dengan laluan STPM dan matrikulasi, jika seseorang pelajar memilih untuk melanjutkan pengajian ke program asasi, mereka perlu memastikan pemilihan institusi adalah tepat sama ada institusi awam mahupun swasta. Ini kerana, jika anda merujuk kepada e-panduan dalam permohonan UPUOnline, majoriti universiti hanya menerima kelayakan matrikulasi/asasi dari UM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sahaja.

Jadi, sekiranya anda telah memilih asasi lain selain UM atau UiTM, anda perlu memastikan ia adalah kursus perundangan, supaya selepas sahaja tamat pengajian anda akan terus menyambung pengajian di universiti yang sama. Antara universiti yang menawarkan Asasi perundangan adalah UiTM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Manakala jika ingin melanjutkan pelajaran ke universiti swasta pula, pelajar boleh mengambil mana-mana program asasi kerana mahasiswa undang-undang tidak tertakluk pada mana-mana bidang tertentu. Namun, pastikan program asasi tersebut telah mendapat kelayakan dari MQA, jangan main masuk sahaja!

5. Diploma
Jika anda merupakan pelajar diploma, tidak kira sama ada aliran sains mahupun sastera, selepas menamatkan pengajian, anda boleh sahaja memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan.

Tapi anda perlu juga menyemak kelayakan minimum universiti yang ingin dipohon kerana tidak semua universiti menerima pelajar diploma daripada aliran sains. Sebagai contoh, UM dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hanya menerima pelajar di bawah aliran sastera sahaja.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui laluan mana yang ingin diambil jika bercita-cita untuk menjadi seorang peguam.

Sumber: Afterschool

Artikel Berkaitan

MESTI BACA