Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZGuru muda wajib tahu, panduan asas dalam pengurusan kewangan
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Guru muda wajib tahu, panduan asas dalam pengurusan kewangan

Sebagai seorang guru muda, pengetahuan dalam kewangan seharusnya menjadi satu elemen yang sangat penting untuk dikuasai, kerana pada waktu ini sudah tidak sama lagi dengan waktu ketika sedang belajar.

Penggunaan wang pun sudah menjadi semakin tinggi, terutamanya apabila sudah bekerja, banyak perkara yang memerlukan perhatian yang lebih, seperti wang untuk ibu bapa, bil rumah, bil kereta, minyak dan sebagainya.

Dengan tanggungjawab dan komitmen yang semakin meningkat seiring dengan pertambahan usia, keperluan wang juga akan turut bertambah. Namun adakah pengetahuan dalam pengurusan kewangan turut meningkat?

Oleh itu mari ikuti perkongsian berkenan pengurusan asas kewangan yang perlu diketahui, boleh dibahagikan kepada lima segmen yang mudah iaitu simpanan, pelaburan, perancangan cukai, perbelanjaan perubatan dan perlindungan nyawa.

1. Mulakan tabiat simpanan meskipun jumlah kecil

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan wang. Menurut Institut Penyelidikan Khazanah, hanya 11% rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang cukup untuk menghadapi kegawatan ekonomi. Hal ini amat mengejutkan kerana ia bermakna terdapat ramai daripada kita yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Untuk memastikan kewangan anda stabil, anda perlu berdisiplin dengan menyimpan sejumlah wang dari gaji anda setiap bulan. Contohnya jika anda boleh menyimpan RM100 sebulan, anda perlu melakukannya secara konsisten. Meskipun jumlah itu kecil, adalah penting untuk bermula hari ini agar anda dapat melihat keuntungannya di kemudian hari.

Jika anda merasakan sukar untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada gaji bulanan untuk simpanan, cuba cara lain seperti simpanan automatik atau dengan menyimpan setiap wang kertas RM5 yang anda terima – ini juga satu cara “memaksa” diri anda untuk menyimpan.

IKLAN

2. Tambahkan simpanan anda melalui pelaburan
Apabila anda memiliki wang simpanan yang mencukupi (lazimnya jumlah gaji bulanan di antara tiga dan enam bulan), tiba masanya untuk mengambil satu langkah ke hadapan dan meningkatkan wang anda melalui pelaburan.

Terdapat pelbagai jenis pelaburan di pasaran, seperti pelaburan jangka pendek dan juga panjang, unit amanah dan Skim Persaraan Swasta (SPS). Anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti toleransi risiko (risk appetite), masa yang anda ada untuk memantau pelaburan anda, dan juga matlamat hidup dan keutamaan – sama ada anda sedang menyimpan untuk perubahan gaya hidup, perkahwinan, pendidikan, rumah baru atau persaraan. Artikel ini menunjukkan beberapa idea bagi pelaburan bermodal RM10,000.

Anda juga perlu merancang persaraan seawal mungkin. Skim Persaraan Swasta bertujuan melengkapkan skim simpanan persaraan konvensional (KWSP) dan ia direka bagi memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Hampir semua rakyat Malaysia tidak mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi untuk keperluan persaraan mereka. Dengan jangka hayat dan taraf kehidupan yang kian meningkat, anda perlu melihat semula bagaimana pelan persaraan anda boleh menampung gaya hidup selepas bersara.

3. Maksimumkan pulangan cukai pendapatan anda

IKLAN

Pengecualian cukai pendapatan adalah satu cara yang membantu mengurangkan tekanan kewangan harian. Secara amnya, pengecualian diberi kepada mereka yang menanggung ibu bapa yang berumur atau anak-anak yang bersekolah. Namun, kita selalu terlepas pandang akan topik pemaksimum pelaburan untuk meraih faedah dari pulangan cukai ini. Dengan merancang pelaburan anda dan mengisi borang pengecualian cukai dengan betul, anda boleh memaksimumkan pulangan anda, lebih-lebih lagi dengan perluasan pengecualian cukai untuk gaya hidup, yang kini termasuk bayaran keahlian gimnasium dan bil bulanan Internet.

Apabila anda memiliki wang simpanan yang mencukupi (lazimnya jumlah gaji bulanan di antara tiga dan enam bulan), tiba masanya untuk mengambil satu langkah ke hadapan dan meningkatkan wang anda melalui pelaburan.

Terdapat pelbagai jenis pelaburan di pasaran, seperti pelaburan jangka pendek dan juga panjang, unit amanah dan Skim Persaraan Swasta (SPS). Anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti toleransi risiko (risk appetite), masa yang anda ada untuk memantau pelaburan anda, dan juga matlamat hidup dan keutamaan – sama ada anda sedang menyimpan untuk perubahan gaya hidup, perkahwinan, pendidikan, rumah baru atau persaraan. Artikel ini menunjukkan beberapa idea bagi pelaburan bermodal RM10,000.

Anda juga perlu merancang persaraan seawal mungkin. Skim Persaraan Swasta bertujuan melengkapkan skim simpanan persaraan konvensional (KWSP) dan ia direka bagi memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Hampir semua rakyat Malaysia tidak mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi untuk keperluan persaraan mereka. Dengan jangka hayat dan taraf kehidupan yang kian meningkat, anda perlu melihat semula bagaimana pelan persaraan anda boleh menampung gaya hidup selepas bersara.

IKLAN

4. Utamakan kesihatan
Kita melakukan pelbagai perkara untuk memastikan kita berada dalam keadaan fizikal yang baik, sama ada bersenam di gimnasium atau pergi mendaki bukit di hujung minggu.

Namun begitu, walau sebaik manapun kita menjaga diri sendiri, kadang-kala perkara yang tidak diinginkan masih boleh berlaku seperti jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dengan peningkatan kos perubatan, pastikan anda mempunyai pelan untuk waktu kecemasan, sama ada kad perubatan perseorangan atau polisi perubatan dari majikan anda. Melalui pelan perubatan bulanan, anda akan memiliki satu perlindungan perubatan yang lengkap untuk saat kecemasan dan tujuan rawatan.

5. Rancang masa depan untuk yang tersayang
Jika anda pencari nafkah utama keluarga, adalah tanggungjawab anda untuk memastikan keluarga anda boleh berdikari apabila anda tiada lagi di sisi mereka. Ini amat penting lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak yang kecil atau ibu bapa yang lanjut usia, kerana mereka bergantung hidup kepada anda untuk sokongan kewangan. Pelan perlindungan nyawa yang lengkap memastikan keluarga anda menerima sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya kekal atau jika anda meninggal dunia.

6. Latih diri
Pendidikan kewangan bukanlah suatu subjek di sekolah tetapi ianya merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan diamalkan. Anda boleh mempelajari tentang pengendalian kewangan dari blog, laman web, buku-buku, dan rakan-rakan atau keluarga yang lebih arif. Lebih banyak anda pelajari, lebih banyak akan anda ketahui tentang topik kewangan.

Semoga perkongsian ini membantu meningkatkan pengetahuan kewangan para guru dan menghindarkan diri dari beban-beban kewangan yang tidak sepatutnya.

Sumber: .aia.com.my

Artikel Berkaitan

MESTI BACA