Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZApa yang menarik dalam jurusan fesyen dan pakaian
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
631FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Apa yang menarik dalam jurusan fesyen dan pakaian

Memilih jurusan fesyen bagi lepasan SPM mempunyai peluang untuk mendapat kerjaya yang menarik, dan ianya lahir dengan mengeluarkan idea rekaan fesyen yang boleh menjadi luar biasa. Mungkin anda terfikir apa yang dilakukan oleh pereka fesyen? Atau mungkin juga anda tertanya-tanya apa itu senireka fesyen?

Anda mungkin akan mempertimbangkan sama ada jurusan fesyen adalah jalan kerjaya yang tepat untuk anda, adakah ia sama seperti kerjaya tukang jahit? anda memerlukan beberapa jawapan untuk soalan ini. Apa yang sebenarnya anda perlu ketahui?

Bagi lepasan SPM mahupun lepasan STPM Jangan risau! Sebenarnya bidang fesyen lebih senang daripada apa yang cuba anda bayangkan. Hanya dengan mempelajari kemahiran dan anda akan berada dilandasan. Secara jujurnya, fesyen sebagai kerjaya adalah pilihan yang tepat tetapi, anda perlu mempelajari  senireka fesyen bagi memastikan tujuan anda yang jelas.

Oleh kerana fesyen adalah seni kreatif, bidang senireka fesyen adalah salah satu pilihan kerjaya yang paling glamor, menarik dan menakjubkan terutama untuk generasi muda kerana kita memerluan pelapis muda. Sekiranya anda mempunyai bakat dan kreativiti, maka dunia rekaan fesyen adalah perkara pilihan tepat untuk anda. Tugas seorang pereka fesyen adalah merancang rekaan pakaian dan fesyen, tetapi tidak semudah yang disangka. Minat untuk merancang pakaian tidak cukup untuk menjadi pereka fesyen yang baik kerana persaingannya sangat sengit. Seseorang memerlukan bimbingan, kepakaran dan pengalaman yang tepat untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya, kerana kemahiran anda dapat digilap dengan latihan yang betul. Bidang Fesyen tidak lagi diragukan terutama dalam pilihan kerjaya kerana mampu memberi masa depan yang cerah kerana populariti.

Fara Azeerin Binti A Karim (Pensyarah fesyen dan pakaian di Kolej Komuniti Raub)

Salah satu faedah terbaik dari jurusan fesyen adalah ia bukan sahaja meningkatkan kemahiran seni anda tetapi juga memberi pengetahuan anda tentang trend. Ini adalah kemahiran penting yang membantu anda mendapatkan pandangan optimis terutama dalam retail dan e-commerce. Bergantung pada sektor industri yang diceburi , terdapat beberapa jenis pekerjaan yang sesuai untuk pelajar jurusan fesyen antaranya adalah:

IKLAN

Pereka Pakaian – Mereka dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan pakaian lelaki, wanita, dan kanak-kanak, termasuk pakaian kasual, semi kasual mahupun formal. Antara pereka fesyen terkenal di Malaysia adalah Dato Rizalman Ibrahim, Rizman Ruzaini, Azura Couture dan ramai lagi.

Baca juga: Pelajar UMK jana pendapatan 5 angka jual busana muslim

Stylist (Penata gaya)

Merupakan bidang pekerjaan baru yang mula mendapat perhatian generasi muda. Penata gaya atau stylist merupakan individu, yang dipertanggungjawabkan untuk memberi nasihat tentang penampilan, memilih dan menyelaraskan pakaian untuk model, pelakon, selebriti di televisyen mahupun di surat khabar, majalah, portal, poster, banner dan sebagainya dan memilih pakaian dan aksesori mengikut tema yang ditetapkan. Antara stylist yang terkenal adalah Tym Fatimah, Ardi Idewani dan Min luna.

IKLAN

Pereka Kasut – Kerjaya ini merupakan kepakaran pereka dalam rekaan atau idea bagi pembuatan kasut ataupun sandal.Pereka kasut perlu menghasilkan reka bentuk baru yang menggabungkan keselesaan, bentuk, dan fungsi. Antara pereka kasut di Malaysia adalah Datuk Jimmy Choo dan Christy Ng.

Pereka Aksesori – Kerjaya yang perlu merancang dan menghasilkan aksesori seperti beg tangan, beg pakaian, tali pinggang, selendang, topi, kerongsang, topi dan sebagainya.

Pereka Kostum – Merupakan individu yang memerlukan kepakaran dalam menghasilkan kostum untuk samada untuk seni persembahan, filem dan produksi televisyen. Permintaan dalam penghasilan kostum makin meningkat tetapi pelapis pereka kostum tidak ramai. Ini antara kerjaya yang teliti tetapi pulangannya amat menguntungkan.

IKLAN

Baca  juga: Pengambilan guru secara one-off redakan keluhan graduan pendidikan mengenai ketiadaan peluang pekerjaan MPPK

Visual merchandising – Merupakan kerjaya di butik retail yang memerlukan idea dalam perancang susun atur visual bagi produk baru. Visual merchandising dipertanggungjawabkan untuk membuat paparan tingkap dan di gedung membeli-belah jenama fesyen bagi tujuan mempromosikan produk agar dapat memaksimumkan jualan.

Hijab stylist- Sama seperti kerjaya Stylist tetapi bezanyanya adalah lebih fokus kepada hijab. Mahir dalam menggayakan lilitan tudung atau hijab tidak kira apa jenis material sekalipun serta padanan aksesori bagi menghasilkan lilitan tudung yang trendy dan kena dengan penampilan si pemakai. Antara hijab stylist terkenal di Malaysia adalah Diyana Zainul Ehsan

Ikuti GPSBestari di Twitter

Artikel Sumbangan: Fara Azeerin binti A Karim (Pensyarah fesyen dan pakaian di Kolej Komuniti Raub)

Artikel Berkaitan

MESTI BACA