HomeGen ZKepakaran diiktiraf: Naib Canselor UTeM dilantik sebagai Felo Akademi Sains Malaysia
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Kepakaran diiktiraf: Naib Canselor UTeM dilantik sebagai Felo Akademi Sains Malaysia

Akademi Sains Malaysia (ASM) mengiktiraf kepakaran Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim dalam bidang Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar dengan pelantikan beliau sebagai Felo Akademi Sains Malaysia baru-baru ini.

Pelantikan beliau sebagai Felo Akademi Sains ini berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 pada 24 April yang lalu.

Dr Raha yang juga Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melahirkan rasa kesyukuran di atas pencapaian berprestij ini.

Katanya, pencapaian ini menzahirkan pihak ASM benar-benar mengiktiraf pencapaian serta sumbangan beliau dan UTeM dalam bidang Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar.

IKLAN

Tambah beliau, beliau berharap sumbangan ini memberi impak kepada lonjakan kecemerlangan dalam bidang berkaitan Sains yang bukan hanya di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa juga.

“Selari itu pengiktirafan ini turut membuka lembaran yang lebih luas lagi untuk beliau dan UTeM terus aktif memberikan sumbangan kepakaran berhubung kajian strategik dan aktiviti bersama dengan ASM,” ujarnya.

IKLAN

ASM ditubuhkan oleh kerajaan pada 1995 dengan matlamat utama untuk menggalak dan meningkatkan kecemerlangan bidang sains, kejuruteraan dan teknologi untuk kemajuan negara dan faedah manusia.

IKLAN

Felo ASM terdiri daripada saintis, jurutera, ahli teknologi dan ahli sains sosial yang berkaliber yang membuat sumbangan bermakna dalam bidang masing-masing.

 

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA