Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZWindows 11 kini sudah boleh didapati di Malaysia
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Windows 11 kini sudah boleh didapati di Malaysia

Microsoft pada minggu ini telah mengumumkan perisian Windows 11 kini sudah boleh diakses oleh pengguna di Malaysia.

Kemudahan ini boleh didapati menerusi kemudahan naik taraf percuma bagi komputer peribadi (PC) Windows 10 yang layak dan juga dalam PC baharu yang sudah sedia dilengkapi dengan Windows 11.

Memandangkan PC kini memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan, Windows 11 telah direka dengan tahap keselamatan tinggi dan ciri-ciri bertumpukan pengguna, lantas meningkatkan produktiviti dan kreativiti.

Ketua Pegawai Pemasaran, Microsoft Malaysia, Azizah Ali berkata, Windows ialah daya penggerak yang mempelopori inovasi dan perisian ini merupakan platform serta wadah bagi lebih satu bilion orang menjalankan tugas mereka, melakukan aktiviti kegemaran atau berhubung dengan insan tersayang mereka.

“Dengan Windows 11, kami membayangkan semula seluruh pengalaman pengguna untuk mendekatkan anda dengan apa yang anda suka, memastikan seronok bekerja dan mendorong anda untuk mereka cipta.

“Windows 11 akan memberikan ketenangan fikiran dan mencetus rasa keterbukaan, sambil menjamin keselamatan dalam segala yang dilakukan. Kami dengan sukacitanya membawakan Windows 11 serba baharu ke Malaysia,” ujarnya.

IKLAN

Memudahkan pekerjaan dan pembelajaran hibrid masa depan
Microsoft sebelum ini telah membayangkan Windows 11 sebagai sistem operasi untuk dunia pekerjaan dan pembelajaran masa depan.

Windows 11 MS Edge Kids Mode

Perisian ini dibina berlandaskan ciri-ciri asas Windows 10 yang konsisten, serasi dan sudah dikenali yang mudah diuruskan oleh bahagian teknologi maklumat (IT).

IKLAN

Windows 11 direka cipta untuk perlindungan daripada cip ke awan untuk memenuhi cabaran yang dihadapi pengguna dalam persekitaran kerja baharu ini dan juga tempoh selanjutnya.

Bakal memperkasakan produktiviti dan menyuburkan kreativiti
Windows 11 akan memperkenalkan pengalaman baharu kepada para penggunanya, sama ada untuk memudahkan menyiapkan tugasan projek sekolah, bekerjasama menyediakan pembentangan kerja, membina aplikasi baharu atau mencipta idea hebat yang bakal menggegar dunia.

Ciri-ciri Windows 11 seperti Snap Layouts dan Groups menyediakan cara yang lebih berkesan untuk melakukan berbilang tugas dan mengoptimumkan ruang skrin yang tampak kemas dari segi visual. Desktop pula membolehkan pengguna mencipta Desktop tersendiri yang memaparkan set aplikasi berbeza untuk memastikan ruang kerja tertumpu dan teratur.

IKLAN

Windows 11 Snap Screen

Kemudahan mengakses peranti telah dipertimbangkan sejak dari mula lagi dalam pembangunan Windows 11, dan ia menawarkan teknologi bantuan yang sebanding termasuk Narrator (Penutur Kata), Magnifier (Pembesar), Closed Captions (Sari Kata) dan Windows Speech Recognition (Pengecaman Pertuturan Windows) untuk membantu orang kelainan upaya (OKU) dengan kekurangan upaya yang berbeza.

Microsoft juga telah menambah baik pengalaman menaip Windows 11, menerusi sentuhan dan suara di mana pengguna akan melihat lebih banyak ruang antara ikon pada Taskbar, menambah sasaran sentuhan yang lebih besar dan isyarat visual halus untuk memudahkan tetingkap diubah saiz dan digerakkan, di samping menambah gerak isyarat sentuhan.

Windows 11 juga dilengkapi dengan ciri haptic untuk memudahkan lagi pengguna – membolehkan mereka ‘mendengar’ dan ‘merasa’ getaran sambil mereka klik dan edit atau membuat lakaran.

Bagi pembangun perisian, sistem operasi ini juga akan menyediakan platform lebih terbuka untuk mereka menggunakan peralatan, rangka kerja dan bahasa mengikut kesukaan mereka supaya mereka boleh memanfaatkan dan seronok mencipta aplikasi yang luar biasa. Perisian ini juga akan menerima pakai semua aplikasi dan Microsoft akan terus bekerjasama dengan pencipta perisian untuk memastikan mereka selesa di Windows.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA