Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZInovasiSuka menonton YouTube? Ini shortcut yang perlu anda tahu!
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Suka menonton YouTube? Ini shortcut yang perlu anda tahu!

Nak belajar sekarang ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja! Antara platform yang boleh dijadikan tempat untuk mendapat ilmu adalah melalui video-video pembelajaran di YouTube.

Jadi hari ini, GPSBestari ingin berkongsi beberapa shortcut yang boleh digunakan di laman Youtube bagi menambah ilmu.

Perlu diingatkan bahawa video dan tetingkap YouTube mesti aktif. Sekiranya shortcut ini tidak berfungsi, pastikan anda klik semula video untuk memastikannya dipilih, perkara-perkara yang membuatkan video tidak dipilih termasuklah jika anda menukar tab atau menulis komen di bahagian komen.

Main dan jeda video
Tekan butang K atau Space di keyboard bagi memainkan dan menjeda video.

Pergi ke permulaan video
Tekan butang 0 (kosong) pada keyboard akan membuatkan anda pergi ke bahagian awal video, anda juga boleh menekan butang “Home” juga untuk memulakan semula video.

Pergi ke bahagian akhir video atau video seterusnya
Tekan butang “End” pada keyboard anda untuk pergi ke bahagian akhir video. Sekiranya anda menonton dalam senarai main (playlist), ‘shortcut’ ini akan membuatkan anda pergi ke video seterusnya dalam senarai main tersebut.

IKLAN

Fast forward atau backward
Sekiranya anda ingin maju cepat atau mundur dalam kenaikan lima saat, tekan butang anak panah kiri atau kanan.
Sekiranya anda mahu skip lebih dari lima saat, tekan butang J untuk mundur sepuluh saat atau tekan butang L untuk memajukan 10 saat.

Langkau ke bahagian video yang lain
Menekan butang nombor dari 1 hingga 9 akan membuatkan anda pergi ke bahagian-bahagian yang berlainan dalam video.

Sebagai contoh, jika anda menekan 1, video akan pergi ke bahagian ke 10% dari keseluruhan video, butang 2 akan pergi ke bahagian ke 20% dari keseluruhan video, dan begitulah seterusnya.

IKLAN

Tukar kelajuan video
Untuk mengurangkan kelajuan playback video, tekan Shift serta butang ( , ) (koma).

Untuk meningkatkan kelajuan playback video, tekan Shift serta butang ( . ) (noktah).

Tukar video ke mod skrin penuh atau mod teater
Tekan butang F untuk beralih antara mod skrin penuh dan normal. Jika ingin keluar dari mod skrin penuh anda boleh menekan Esc.

Tekan butang T untuk beralih antara mod teater dan mod biasa.

IKLAN

Hidupkan atau matikan kepsyen dan sari kata
Sekiranya video mempunyai kapsyen atau sari kata, anda boleh menghidupkannya dengan menekan butang C. Menekan C kali kedua pula akan mematikannya.

Naikkan dan turunkan kelantangan suara.
Semasa dalam mod skrin penuh, dengan menekan butang anak panah atas atau bawah akan menaikan dan menurunkan kelantangan video. Sekiranya anda sedang menurunkan kelantangan serta menekan butang anak panah ke bawah secara berterusan, perkara ini akan mematikan terus bunyi.

Semoga perkongsian ini akan meningkatkan lagi pengalaman menonton di YouTube, dan akan membuatkan anda untuk terus bersemangat untuk meningkatkan lagi pengetahuan di mana-mana sahaja.

Sumber: computerhope

Artikel Berkaitan

MESTI BACA