HomeGen ZSuka guna WhatsApp yang telah di modifikasi? Jangan, ini bahaya yang mungkin...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Suka guna WhatsApp yang telah di modifikasi? Jangan, ini bahaya yang mungkin menanti!

Mungkin anda pernah mendengar akan kewujudan aplikasi-aplikasi WhatsApp yang telah dimodifikasi di pasaran.

Bagi yang belum tahu, aplikasi-aplikasi tersebut akan membolehkan penggunanya menggunakan beberapa fungsi yang tidak ditawarkan oleh aplikasi original.

Antara nama-nama yang terkenal adalah GB WhatsApp, YoWhatsApp, WhatsApp base dan banyak lagi.

Fungsi yang ditawarkan pula adalah, kebolehan untuk menukar gambar latar, menutup hide dan seen, membuka ‘story’ yang disembunyikan, membaca semula mesej yang dipadam serta beberapa lagi yang berbeza mengikut versi WhatsApp yang digunakan.

Semuanya nampak menggiurkan, namun tahukah anda bahawa penggunaan aplikasi-aplikasi tersebut sebenarnya akan memberi risiko kepada anda dan peranti masing-masing dan kami kongsikan beberapa risiko tersebut di bawah.

IKLAN

BACA JUGA: Nak beli telefon ‘second-hand’ tapi takut ditipu? Baca tip ini dulu!
BACA JUGA: KPM kaji kebenaran murid bawa dan guna telefon bimbit di sekolah

1. Merosakkan Peranti
Menurut penyelidikan oleh Internet Research Institute, peranti yang menggunakan WhatsApp yang diubah suai adalah lebih mudah untuk diserang malware dan spyware yang mungkin akan membawa virus yang boleh merosakkan peranti dan data pengguna.

IKLAN

2. Tidak enkripsi
Aplikasi WhatsApp rasmi mempunyai sistem penyulitan yang memastikan semua perbualan dalam akaun WhatsApp selamat dan tiada sesiapa membacanya, kecuali pengirim dan penerima sahaja.

Namun jika anda menggunakan WhatsApp MOD, aplikasi ini selalunya tidak mempunyai penyulitan dan mudah dibocorkan kepada pihak ketiga yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan privasi pengguna.

IKLAN

3. Tidak dapat memperbaharui
Mengemas kini ke WhatsApp MOD adalah sukar kerana ia tidak automatik seperti dalam WhatsApp rasmi. Selalunya pengguna perlu pergi ke pautan yang mungkin mengandungi perisian hasad.

4. Kemungkinan untuk di ‘ban’
Penggunaan WhatsApp yang diubah suai mungkin boleh menyebabkan akaun anda disekat.

Ini berdasarkan tindakan WhatsApp menyekat jutaan penggunaanya yang di dapati menggunakan WhatsApp yang tidak sah.

Apa kata anda, adakah fungsi-fungsi ekstra yang ditawarkan dalam WhatsApp yang telah di modifikasi berbaloi dengan risiko yang mungkin akan anda hadapi?

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA