Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZPelajar hilang telefon? Jangan risau, ikuti cara ini untuk mencarinya semula
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar hilang telefon? Jangan risau, ikuti cara ini untuk mencarinya semula

Hari ini, kita banyak bergantung pada telefon pintar kita untuk urusan harian, para pelajar pula, pastinya mereka menggunakan telefon pintar untuk mengikuti kelas PdPR.

Jadi sudah pasti jika telefon hilang bakal menimbulkan rasa cemas, bukan sahaja tidak dapat mengikuti kelas PdPR, malah banyak perkara seperti nombor telefon ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan akan hilang.

Jadi perlu mencari semula telefon tersebut secepat mungkin. Oleh itu, GPSBestari akan menunjukan cara-cara mencari telefon khas untuk pengguna Android.

Tahukah anda bahawa peranti Android mempunyai aplikasi penjejak sendiri iaitu Find My Device. Pelajar boleh menjumpainya dengan membuka Settings dan menekan Google, kemudian pilih Find My Device. Di sini, tekan suis di bahagian untuk mengaktifkannya.

Apa yang perlu dilakukan adalah, pergi ke google.com/android/find di mana-mana pelayar internet, atau buka aplikasi Find My Device pada peranti Android yang lain.
Log masuk ke akaun Google dan lihat peta yang menunjukkan lokasi asal telefon tersebut hilang. Ataupun tapi sahaja “where is my phone?” di google search, ia akan membuka peta yang menunjukkan lokasi telefon tersebut.

Selain mendedahkan lokasi telefon, aplikasi ini turut memberi pilihan lain seperti, membunyikan telefon. Dengan fungsi ini, walaupun telefon anda diletakkan ke mod senyap, ia tetap akan berbunyi dan deringan tersebut akan terus berbunyi selama lima minit, yang akan memberi anda banyak masa untuk mencarinya sehingga ditemui.

Pilihan lain adalah butang Recover. Ia membawa terus ke halaman Find My Device, di mana anda dapat mengunci dan memadam memori dari jauh. Gunakan pilihan Secure Device untuk log keluar dari akaun Google pada peranti yang hilang, pilihan ini akan mengunci telefon tersebut. Anda juga dapat memberikan pesanan yang akan muncul di skrin telefon tersebut, jika anda merasakan orang yang menjumpainya akan mengembalikan semula telefon itu kepada anda.

Sepanjang telefon tersebut dikunci, tidak ada sesiapa pun yang dapat mengakses data yang ada di telefon itu, kecualilah jika orang yang mencurinya mempunyai kepakaran menggodam yang tinggi.

Yang terakhir, pilihan Erase Device juga ada jika telefon anda dicuri dan anda ingin memastikan data dan aplikasi di dalamnya tidak dapat diceroboh buat selama-lamanya.

Namun, dengan mengunci telefon, selalunya sudah cukup untuk memastikan data tidak dapat dicerobohi, tetapi jika anda yakin bahawa tidak akan mendapatkan telefon semula, pilihan Erase Device adalah pilihan yang paling terbaik.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Artikel Berkaitan

MESTI BACA