Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZLajukan komputer anda dengan 4 kaedah ini! Boleh cuba buat sendiri
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Lajukan komputer anda dengan 4 kaedah ini! Boleh cuba buat sendiri

“Aih, baru je bukak komputer ni, dah slow dah!”

Pernah tak mengeluh seperti di atas? Ya, tengah bersemangat nak selesaikan tugasan yang cikgu beri, tiba-tiba komputer jadi perlahan, merosakkan mood betul!

Tahukah anda walaupun komputer baru sahaja dipasang dengan sistem pengoperasian yang baru, ia tetap boleh menjadi perlahan juga.

Ini kerana terdapat pelbagai proses yang dijalankan oleh komputer tersebut yang menyebabkan ia menjadi perlahan.

gambar hiasan

Ditambah pula dengan perkakasan (hardware) yang digunakan hanya sekadar mencapai syarat minimum sistem pengoperasian yang digunakan.

Tapi jangan risau, sebenarnya ada cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kelajuan komputer anda.

Hari ini GPSBestari ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dilakukan supaya komputer (windows 10) anda boleh berjalan dengan lancar

1. DISABLE BACKGROUND APPS
Perkara pertama yang harus anda lakukan.

Dalam windows 10 terdapat banyak apps yang sedia ada (dan yang anda muat turun) beroperasi di belakang tabir walaupun anda tak memerlukannya.

Ini bukan sahaja menjadikan komputer anda perlahan malah juga mempercepatkan bateri laptop cepat habis.

Kesimpulannya, kita bagi disable.

Caranya mudah sahaja:

Klik pada butang ‘Start‘ (logo window) yang terletak di penjuru kiri bawah.
Taip ‘Background apps‘, automatik ruangan search muncul dan menampakkan benda yang dicari – window 10 search background apps

IKLAN

Klik pada pilihan ‘Background apps system setting’.
Disable kesemua sekali background apps menggunakan butang toggle off atas setting background apps ini – background apps

Kemudian barulah anda perlahan-lahan skrol ke bawah tengok mana satu yang anda ingin biarkan on.
Jika anda lihat senarai apps tu pasti ada apps yang tak pernah guna langsung.

2. BAGI DISABLE FILE-SHARING UPDATES
Apakah ‘File sharing updates’?

Ini merupakan fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh Microsoft.

Anda boleh update window 10 daripada mana-mana komputer lain yang menggunakan window 10 di seluruh dunia.

Maksudnya, untuk update window 10 kita tak perlu lagi berharap sepenuhnya pada server Microsoft.

Bila server utama down kita still boleh update.

Masalahnya, komputer kita juga boleh jadi sumber untuk update.

Perkara ini akan menambah beban komputer dan pada masa yang sama mencuri internet anda (untuk upload fail).

IKLAN

Setting asal untuk file-sharing update ini adalah dalam keadaan on.

Untuk off kan, caranya seperti berikut:

Klik pada ‘Start > Setting > Update & security > Windows Update
Dalam ruangan Windows Update klik pada pilihan ‘Advance Option‘

Dalam ruangan ‘Advance option’ skrol sedikit ke bawah untuk mencari pilihan ‘Delivery Optimization‘

Dalam ruangan ‘Allow downloads from other PCs’ tukarkan kepada OFF.3. KURANGKAN PROGRAM DI STARTUP
Program dalam senarai startup ini akan mula berjalan setiap kali anda ON komputer.

Dan ia akan terus berjalan walaupun anda tidak menggunakannya sehinggalah anda mematikan komputer.

Inilah antara penyebab kenapa window anda lambat.

Jika anda tak guna, matikan ia. Buang daripada senarai program di Startup.

IKLAN

Caranya seperti berikut:

Tekan butang keyboard Control + Shift + Esc secara serentak untuk memunculkan paparan ‘Task manager‘.

Dalam ‘Task manager’ pilih tab ‘Startup’:

Anda boleh lihat di sini semua program yang akan berjalan setiap kali anda ON komputer.

Lihat satu persatu dan bagi disable mana yang anda rasa tak perlu.

Contoh yang boleh matikan (disable) adalah seperti ‘autoupdate’ dan aplikasi yang anda pasang (install).

Yang tak boleh disable adalah seperti audio yang mana digunakan untuk operasi Window 10 anda sebab nanti tiada bunyi.

4. SET PERFORMANCE OPTION
Window 10 memang nampak cantik. Dengan segala efek, kelutsinaran dan dengan bayang-bayangnya. Tapi untuk semua kecantikkan ini komputer anda terpaksa korbankan prestasinya.

Jika anda lebih suka yang cepat dan simple, padam semua efek ini.

Caranya adalah melalui tab performance Option.

Klik pada ‘Start’ kemudian taip ‘control panel system‘:Klik pada pilihan ‘system control panel‘. Paparan berikut akan muncul:Pada pilihan menu sebelah kiri, Klik pada ‘strong>Advance system setting‘.Di bawah tab ‘Advance’, klik pada butang ‘Settings…‘
Dalam pilihan yang diberikan, pilih ‘Adjust for best performance‘ kemudian klik ‘Ok’.

Sumber: Bromodem

Artikel Berkaitan

MESTI BACA