Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZIPTBerfikir secara kritikal: 5 langkah untuk fikirkan solusi
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Berfikir secara kritikal: 5 langkah untuk fikirkan solusi

Setiap hari ada saja masalah yang timbul, semua orang cuba untuk membuat keputusan yang betul, namun membuat keputusan yang tepat setiap masa adalah sangat mustahil. Sebenarnya ada satu perkara yang harus semua orang buat sebelum membuat sebarang keputusan, iaitu dengan berfikir secara kritikal.

Ada banyak kaedah yang boleh diguna untuk berfikir secara kritikal, GPSBestari hari ini akan berkongsi lima langkah untuk berfikir secara kritikal.

BACA JUGA:Amalan membuat keputusan dalam kalangan pengetua dan guru besar, Cikgu Osman kongsi tipnya!

BACA JUGA: Buntu pilih laluan pengajian? Ikuti saranan ini untuk bantu pelajar buat keputusan

1: Fikirkan persoalan
Dalam erti kata lain, tahu apa yang dimahukan. Perkara ini tidaklah semudah kata-kata. Sebagai contoh, anda sedang memikirkan sama ada untuk mencuba diet baru, mungkin sebab mahu memulakan diet baru itu dipengaruhi oleh perkara yang tidak jelas, seperti ada terdengar khabar angin yang mengatakan berat badan akan turun 10Kg dalam masa dua minggu, kemudian terus mempercayainya.

Namun jika anda mempunyai matlamat yang jelas akan apa yang ingin dicapai dengan diet baru tersebut, tidak kira apa pun faktornya, sama ada mahu menurunkan berat badan ataupun mendapatkan nutrisi yang seimbang.
Fikirkan semua perkara tersebut kemudian cari apa sebenarnya yang dimahukan, dan selepas itu tentukan apakah perubahan itu sememangnya keperluan atau sebaliknya.

2: Sentiasa mencari maklumat
Pada zaman sekarang, banyak maklumat yang boleh dicari dengan mudah, jadi dengan mempunyai idea yang jelas tentang soalan tadi akan menentukan perkara apa yang relevan

IKLAN

seorang lelaki sedang mencari maklumat menggunakan komputernya
© Unsplash

Jika diet itu adalah untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang, pergilah berjumpa orang yang pakar bagi mendapatkan nasihat mereka, ataupun cari testimoni daripada orang-orang terdahulu.

Maklumat yang cukup boleh membantu supaya pertimbangan yang sewajarnya dapat dilakukan.

BACA JUGA: Sumbangan besar DidikTV, mudah diakses, bantu suasana PdPR lebih menarik

3: Gunakan maklumat tersebut
Perkara ini hanya boleh dicapai jika perkara-perkara yang kritikal difikirkan ketika membuat keputusan. Tanya diri; “apakah semua maklumat tersebut boleh dipercayai?”,
“Adakah saya telah membuat penilaian yang tepat atas semua maklumat yang diterima?”

IKLAN

Sebagai contoh, anda menerima sepucuk surat berbentuk e-mel daripada seorang putera raja dari Africa yang ingin menghadiahkan wang jutaan ringgit, namun dia memerlukan sedikit bantuan sebelum wang tersebut dapat disalurkan.
Perkara pertama yang patut berada difikirkan pada ketika itu adalah: “adakah putera raja itu berkata benar?” Berdasarkan apa yang ada di dalam e-mel tersebut, adakah logik saya akan menerima wang tersebut?”

4: Fikirkan Implikasi
Bayangkan anda sedang memangkah kertas undian dalam satu pilihanraya, apa yang jadi adalah anda memilih seorang calon yang membawa manifesto gaji minimum bakal dinaikan sehingga RM2500.

sentiasa ambil tahu keadaan orang lain
© unsplash

Memang menarik manifesto tersebut! Namun apa yang akan jadi selepas itu? Bagaimanakah keadaan ekonomi Malaysia pada masa hadapan jika tiba-tiba semua gaji pekerja naik dengan mendadak? Pastinya harga barang akan turut naik, jadi penting juga untuk memikirkan tentang akibat yang tidak diingini.

IKLAN

5: Ambil tahu cara fikir orang lain
Antara perkara yang boleh difikirkan ialah kenapa mesti ada orang yang tertarik dengan perkara yang tidak sukai. Walaupun mempunyai perbezaan pendapat, namun jika anda cuba mengambil tahu tentang sebab di sebalik tindakan mereka, persoalan mengapa mereka berfikiran sedemikian mungkin akan terungkai.

Semua perkara di atas sedikit sebanyak akan membuka panca indera untuk melihat semua kemungkinan dan alternatif ada, semua faktor ini akan memberikan gambaran menyeluruh agar keputusan yang tepat dapat dibuat.

Ikuti GPSBestari di Twitter

Lima langkah di atas hanyalah salah satu cara untuk berfikir secara kritikal. Sudah semestinya akan ada juga keputusan yang tidak boleh diselesaikan menggunakan pemikiran begini.

Namun ia sangat membantu untuk memastikan semua orang dapat membuat keputusan yang lebih tepat. Pemikiran kritikal akan membuatkan seseorang sentiasa mahu mengumpulkan maklumat yang lengkap terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber: Video TED-Ed

Artikel Berkaitan

MESTI BACA