Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZBuat video YouTube: 5 tip tampil berani di depan kamera walaupun anda...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Buat video YouTube: 5 tip tampil berani di depan kamera walaupun anda seorang pemalu

Nak suarakan pendapat dekat YouTube, tapi takut tergagap-gagap pula bila di depan kamera atau takut bila tengah rakam video nanti tak tahu pula nak cakap apa!

Pastinya ramai yang bercita-cita membuat video untuk dimuatnaik di YouTube, tetapi disebabkan rasa malu, terus tak jadi.

Jangan risau, hari ini GPSBestari kongsikan beberapa tip untuk anda tampil yakin dan berani ketika membuat kandungan video untuk YouTube.

BACA JUGA: Kurang faham kelas ‘online’, Youtube dijadikan rujukan

BACA JUGA: Suka menonton YouTube? Ini shortcut yang perlu anda tahu!

1) Cakap dengan diri sendiri

sentiasalah berlatih untuk bercakap dimana sahaja
Gambar hiasan © freepik

Teknik ini boleh dikatakan sebagai satu latihan agar kita boleh bercakap secara jelas di depan kamera. Caranya adalah dengan sentiasa bercakap dengan diri sendiri, tidak kira di mana sahaja anda berada, cuba banyak bercakap dengan diri sendiri.

Pastikan juga anda mengeluarkan semua perkataan dengan jelas. Untuk permulaan, anda boleh sahaja keluarkan apa yang bermain di dalam kepala ataupun cakap sahaja tentang apa kemahiran yang anda ada. Ini dapat membantu menjadikan pertuturan anda menjadi lebih semula jadi dan tidak kelihatan dibuat-buat.

IKLAN

2) Berbual dengan lensa kamera

sentiasalah prakis untuk memandang lens kamera
Gambar Hiasan | by Gianandrea Villa © Unsplash

Masuk pula ke langkah yang kedua, selepas berlatih bercakap bersendirian, kali ini cuba praktis bercakap di depan kamera pula. Apabila anda bercakap di depan kamera, penting untuk anda sentiasa memandang lensa, jangan pandang ke arah skrin. Mungkin pada awal-awal akan terasa janggal, tetapi bayangkan sahaja lensa kamera itu adalah mata orang.

BACA JUGA: Video, kaedah pemantapan PdPR yang berkesan- JPN, Sabah

Anda pasti tidak suka jika orang yang bercakap di depan anda langsung tidak memandang bukan? Rasa macam dia tengah bercakap dengan orang lain walaupun sebenarnya sedang bercakap dengan anda. Jadi, buat banyak latihan memandang lensa ketika bercakap kerana perkara ini mampu membina ‘hubungan’ anda dengan penonton.

IKLAN

3) Pencahayaan

pastikan pencahayaan adalah sesuai
Gambar hiasan | Sigmund © Unsplash

Pencahayaan juga sangat penting bagi memastikan kamera mampu menangkap imej yang terbaik! Untuk pencahayaan ini, sebenarnya boleh sahaja dapatkan di mana-mana, kerana pencahayaan yang terbaik adalah datang daripada cahaya semula jadi. Jadi gunakan sahaja apa yang ada. Meskipun begitu, jangan pula rakam video daripada pencahayaan terus matahari, gunakan pencahayaan natural bagi mendapatkan kesan yang lebih normal.

KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI TELEGRAM GPSBESTARI 

Beza pencahayaan terus dan pencahayaan natural adalah pencahayaan terus menggunakan cahaya di bawah matahari, manakala pencahayaan natural menggunakan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap dan sebagainya.

IKLAN

4) Posisi apabila bercakap depan kamera

posisi yang sesuai ketika merakam adalah penting
Gambar Hiasan © Unsplash

Dengan berdiri apabila bercakap, anda akan nampak lebih menyerlah dan yakin. Namun sebenarnya, perkara ini tidak sama bagi semua orang, jadi anda boleh menggunakan pelbagai posisi sama ada berdiri ataupun duduk di atas sofa.

Kemudian lihat semula video-video tersebut, tentukan mana satu yang menampakkan anda lebih bertenaga dan menyerlah. Ingat, apa yang sesuai untuk orang lain, tidak semestinya sesuai untuk anda.

5) Jangan terlalu cerewet
Benar, untuk mendapatkan keputusan terbaik rasa cerewet itu adalah penting, namun jika anda terlalu inginkan kesempurnaan, percayalah anda tidak akan mampu pergi jauh. Jadi jangan tunggu apabila sudah yakin dengan kemampuan bercakap baru hendak bermula, risau nanti langsung tiada video yang anda akan buat, kerana kesempurnaan itu akan datang secara beransur-ansur, jadi banyak berlatih dan terus sahaja membuat video.

Ikuti GPSBestari di Twitter sekarang!

Semua tip di atas boleh dipraktikkan supaya anda akan kelihatan lebih yakin apabila berbicara di hadapan kamera. Jangan risau dulu tentang cara untuk rakam dan edit video, kerana Sugu Pavithra dulu pun tak pandai edit video, namun boleh dapat subscribers sehingga 800 ribu orang! Tapi janganlah diabaikan terus tentang hal tersebut, kena juga belajar nanti. Barulah anda dapat menghasilkan kandungan-kandungan yang berkualiti dan menarik untuk ditonton.

Sumber: Saiful Nang Academy

Artikel Berkaitan

MESTI BACA