Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZKemahiranAlamak! Telefon jadi perlahan, ini cara atasinya
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Alamak! Telefon jadi perlahan, ini cara atasinya

Pernah atau tidak, telefon anda menjadi perlahan setelah menggunakanya untuk beberapa bulan.
Pastinya sakit hati bukan? Mahu buka Google Meet pun mengambil masa yang lama.

Sebenarnya, perkara ini adalah disebabkan oleh cache yang terkumpul sepanjang anda menggunakan telefon tersebut.


Fail cache ini sebenarnya bagus kerana ia boleh membantu telefon anda mempercepat prestasi. Tetapi fail ini juga mudah rosak dan jika terlalu banyak akan menyebabkan masalah terhadap prestasi telefon. Jadi ia perlu dibersihkan secara berkala.

Mari ikuti tip yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @zafizi.zain di bawah ini.
Caranya mudah sahaja dan boleh dilakukan sendiri tanpa memerlukan sebarang pengetahuan teknikal pun.

 

Pertama, pergi ke setting telefon

Kemudian, cari bahagian Apps dan klik. Selepas klik bahagian tersebut, anda akan dapat melihat semua aplikasi yang dipasang di dalam telefon.

IKLAN

 

Baca juga: 5 tip pastikan bateri telefon tahan lama

Selepas itu, klik di tempat yang ditunjukan seperti dalam gambar dan pilih sort by size di bawah ini bagi memudahkan anda memilih aplikasi yang mempunyai fail yang paling besar di dalam telefon tersebut.

IKLAN

Pilih aplikasi yang mempunyai saiz yang besar, sebagai contoh, cuba klik pada aplikasi Facebook.

Klik di bahagian storage.

Baca juga: Aplikasi terbaik yang mesti ada dalam telefon pintar pelajar

IKLAN

Kemudian, klik clear cache, ini akan membuatkan bahagian cache menjadi kosong.

Apabila semua file ini ‘dibersihkan’, telefon anda pastinya akan menjadi lebih lancar dan Insya-ALLAH masalah ‘hang’ kini tiada lagi.

Selamat mencuba.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Saksikan video asal yang mapat tontonan lebih dari 444 ribu pengguna TikTok, yang rata-ratanya memberi ucapan terima kasih kerana telah membantu mereka menyelesaikan masalah telefon menjadi lambat dan berat.

@hafizi.zainJom ‘clear’ kan memory phone yang tak perlu. Baru phone jadi laju. #share #tiktokguru #viral #foryou #hafizizain #tiktokmalaysia

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Artikel Berkaitan

MESTI BACA