Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZKemahiran8 tip buat nota mudah dibaca, pelajar perlu ikut
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

8 tip buat nota mudah dibaca, pelajar perlu ikut

Semasa mengikuti pelajaran, tidak kira di mana sahaja, perkara yang wajib dibuat agar semua yang dipelajari dapat diingat adalah dengan membuat nota.

Jangan lupa Ikuti GPSBestari di twitter

Nota adalah perkara yang sangat penting kerana ia juga berfungsi sebagai ‘buku teks kedua’, yang mengandungi segala informasi akan sesuatu subjek, tetapi dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami.

Cara untuk buat nota pun sebenarnya ada teknik sendiri, jika tidak segala catatan yang ditulis adalah sia-sia sahaja kerana tiada sebarang informasi dapat diekstrak ketika diperlukan kelak.

Jadi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, GPSBestari berkongsi 8 tip untuk membuat nota yang boleh diamalkan oleh semua pelajar.

IKLAN

1. Jangan tulis penuh
Tidak perlu untuk tulis semua perkataan yang diucapkan oleh guru, kerana ini bukan pertandingan siapa dapat tulis semua, dia menang.
Masa yang digunakan untuk bercakap adalah berbeaza dengan masa yang digunakan untuk menulis. Takut pula, semasa sedang asyik menulis, semua hujah, serta isi-isi penting terlepas pandang.

BACA JUGA: 12 tip cara belajar dan skor A subjek Kimia, sangat mudah jika tahu teknik sebenar!

BACA JUGA:  Hati sebak lihat pelajar terima dua helai tudung sekolah baru. Tak sangka ini kata cikgu…

IKLAN

2. Tumpukan perhatian
Pastinya semua orang pernah mengelamun semasa guru sedang mengajar di hadapan kerana keletihan. Jadi rehat yang secukupnya adalah perlu bagi memastikan daripada tertidur ketika guru mengajar.
Pengambilan kopi juga mungkin boleh dijadikan solusi bagi memastikan diri sentiasa kekal fokus. Jadi perhatian yang tinggi sangat diperlukan supaya semua isi dapat dicatat.

3. Buat penanda dan highlight
Jika ada perkataan atau ayat yang dirasakan sebagai penting, selalunya para guru akan menekankan perkara tersebut berkali-kali. Jadi sangat penting untuk sentiasa memasang telinga sepanjang kelas agar tidak tertinggal perkara-perkara yang ditekankan tadi.
Gunakan pen penanda untuk mewarnakan perkataan yang di ulang-ulang tadi. Kemudian, adalah lebih baik jika perkataan yang ditanda tadi digunakan banyak kali di dalam perbincangan kelas agar mudah ingat.

4. Gunakan singkatan
Jika semua perkataan ditulis dengan menggunakan ejaan yang lengkap, anda pastinya akan ketinggalan dan banyak terlepas isi-isi penting.
Jadi boleh juga menggunakan ayat-ayat serta perkataan sendiri. Sebagai contoh, perkataan awak dieja sebagai awak, perkataan atas-talian dieja sebagai on9. Tapi perlu diingat kan supaya hanya menggunakan singkatan dan singkatan itu yang boleh difahami.

IKLAN

5. Jauhkan gangguan
Ini adalah perkara yang paling penting, semasa kelas yang dilakukan secara atas talian, tab-tab sosial media selalunya akan dibiarkan terbuka.
Perkara ini mungkin akan meganggu konsentrasi ketika di kelas jika loceng notifikasi sosial media berbunyi.
Perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah mendaftar keluar sosial media, dan hanya buka balik jika guru memerlukan anda berbuat sedemikian

6. Tanya soalan jika tidak faham
Jangan hanya tulis, tapi pastikan juga apa yang ditulis dapat difahami. Jika anda sebarang kemusykilan terus tanya kepada guru semasa kelas berlangsung. Jika jawapan yang diterima masih belum dapat merungkai persoalan. Boleh sahaja menghubungi guru selepas waktu kelas tamat.

7. Kongsi dan bandingkan nota
Dua adalah lebih baik daripada satu. Begitu juga dalam kes ini, jika nota yang dibuat dapat dibandingkan dengan nota yang dibuat oleh rakan-rakan yang lain, anda pastinya dapat melihat jika ada sebarang maklumat yang tertinggal di dalam nota anda, ataupun nota mereka adalah lebih mudah untuk difahami, boleh la menggunakan nota mereka.

8. Utarakan pendapat
Proses pembelajaran tidak seharusnya berlaku dalam satu hala. Jadi jangan takut untuk sentiasa bertanya dan memberikan pendapat tentang apa yang dipelajari.
Bandingkan apa yang didengari dalam kehidupan seharian dan bagaimana ia boleh berkait. Perkara ini bukan sahaja dapat menguatkan lagi ingatan akan apa yang dipelajari, ia juga akan membantu meningkatkan daya pemikiran kritikal, di mana ia sangat penting untuk membantu seseorang membuat keputusan

Sumber: lse.ac.uk

Artikel Berkaitan

MESTI BACA