Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Z4 pergerakan bola sepak yang efektif serta mudah dipelajari
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

4 pergerakan bola sepak yang efektif serta mudah dipelajari

Apabila bermain bola sepak, jangan syok sendiri, kerana cara itu hanya akan memenatkan dan membuatkan anda mudah dieksploit oleh pihak lawan.

Bak kata legenda bola sepak Itali, Andrea Pirlo: “Bola sepak dimainkan dengan otak. Kaki hanyalah sekadar alat.”

Jadi cukup penting untuk anda mempunyai ilmu bola sepak bagi memastikan permainan menjadi lebih tersusun dan menarik.

GPSBestari kongsikan empat pergerakan bola yang mudah untuk dipelajari walaupun anda baru sahaja mula berjinak-jinak dengan bola sepak.

gambar hiasan

Bukan sahaja pergerakan-pergerakan mudah untuk dipelajari, malah ia sangat efektif untuk mengatasi pemain lawan ketika menyerang!

Elastico
Aksi ini sering dilakukan pemain berkelas dunia seperti Cristiano Ronaldo atau Alexis Sanchez bagi mengatasi permainan pertahanan lawan.

IKLAN

Bagi membuat pergerakan ini, perkara yang perlu dilakukan adalah bawa bola menggunakan bahagian luar kaki. Kemudian, selepas pemain pertahanan lawan menghampiri, ubah arah bola dengan menggunakan bahagian kaki dalam untuk melepasi lawan.

Hocus Pocus
Pergerakan ini sebenarnya lebih susah berbanding Elastico kerana melibatkan putaran bola ke bagian belakang kaki.

Cara melakukan pergerakan ini adalah bawa bola ke depan hingga menghampiri pemain lawan, lalu pastikan kaki yang tidak membawa bola berada di hadapan bola tersebut untuk menghalang kaki lawan merebut bola tersebut.

Kemudian, sentuh bola itu dengan menggunakan bahgian dalam kaki dominan. Sebelum bola itu terlepas, sentuh lagi bola itu dengan menggunakan bahagian luar kaki, sehinggalah bola tadi dapat berubah arah.

IKLAN

gambar hiasan

Ziki Zaka
Pergerakan ini dilakukan dengan menggulingkan bola ke belakang menggunakan kaki dominan. Bola tadi kemudian akan dipindahkan ke bahagian dalam kaki lemah. Kaki lemah tersebut lalu melintang ke belakang kaki kuat untuk menghentikan bola. Ketika bola berhenti bergulir, kaki dominan akan digunakan untuk menggerakkan bola dari di ambil lawan. Kemudian, dengan menggunakan kaki lemah, larikan bola tersebut.

Rainbow Flick
Untuk melakukan pergerakan ini, ketika anda berhadapan dengan pemain lawan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghentikan bola lalu angkat bola tersebut ke kaki lemah menggunakan kaki dominan.

IKLAN

Kemudian, tangkap bola itu menggunakan kedua-dua lutut. Lalu, lambungkan bola tersebut dengan menggunakan bahagian betis belakang kaki. Pergerakan ini sangat berguna untuk memastikan bola dapat melepasi tubuh pemain lawan.

Tonton video di bawah bagi melihat tutorial pergerakan-pergerakan di atas:

Walaupun hanya melakukan trik-trik yang mudah ini, ia akan meningkatkan kelincahan permainan serta pasti akan membuatkan akan-rakan anda terpesona dan kagum dengan pergerakan anda.

Siapa tahu, dengan kerja keras pada hari ini, mungkin satu hari nanti, andalah yang akan memimpin Malaysia ke Piala Dunia!

Sumber: Lucubux

Artikel Berkaitan

MESTI BACA