Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZKemahiran17 tip wajib tahu jika anda hendak mula bermain catur
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

17 tip wajib tahu jika anda hendak mula bermain catur

Catur merupakan satu permainan yang sangat bagus untuk dipelajari terutama untuk pelajar sekolah.

Ini kerana permainan catur dapat menyokong pengembangan kemahiran berfikir aras yang lebih tinggi, seperti daya penyelesaian masalah, membuat keputusan, berfikir kritis, merancang dan kreatif.

Permainan ini juga boleh membantu meningkatkan kemampuan kognitif secara umum dan membantu pencapaian di sekolah, terutamanya dalam subjek matematik.

Anda mungkin tertanya-tanya, apakah yang perlu diketahui untuk bermula bermain catur ini.

Sebenarnya, terdapat banyak perkara yang mesti. Ini merangkumi pelbagai kaedah untuk belajar dan berlatih, hinggalah cara untuk memenangi permainan.

Jadi, hari ini GPSBestari akan berkongsi beberapa tip untuk membolehkan anda menjadi seorang pemain catur yang baik:

1. Ketahui bagaimana setiap buah catur bergerak
Bagi sesetengah orang, mungkin ini adalah pengetahuan umum namun penting untuk asas permainan.

Setiap buah catur mempunyai keupayaan yang berbeza dan hanya boleh bergerak mengikut keupayaan mereka. Mari kita lihat peraturan pergerakan bagi setiap buah catur di bawah:

-Pawn hanya boleh bergerak ke hadapan sahaja, namun ada dua pengecualian untuk peraturan ini: (1) hanya pada langkah pertama, Pawn dapat menggerakkan dua kotak ke depan; (2) untuk memakan buah catur lawan, Pawn boleh bergerak untuk menyerang secara menyerong.
-Knight hanya bergerak dalam bentuk L.
-Bishop hanya bergerak secara menyerong, dan boleh bergerak sepanjang petak yang ada.
-Castle boleh bergerak dalam garis lurus sahaja, hadapan, belakang atau ke tepi.
-Queen adalah buah yang paling kuat dan boleh bergerak ke semua arah dan bilangan petak tidak terbatas.
-King hanya boleh bergerak satu petak sahaja ke semua arah.

2. Nilai buah catur tidak sama
Anda mesti menentukan buah mana yang anda boleh dan tidak boleh dikorbankan. Contohnya, dalam kebanyakan situasi, anda tidak mahu kehilangan Knight untuk menyelamatkan Pawn. Anda boleh mengunakan sistem di bawah ikut untuk menentukan buah mana yang patut dipertahankan.

IKLAN

Queen = 9 points
Castle = 5 points
Bishop = 3 points
Knight = 3 points
Pawn = 1 point

Namun, dalam situasi tertentu bergantung pada strategi anda, mengorbankan buah catur yang lebih berharga mungkin adalah lebih baik.

3. Gerakan dua petak ketika mula
Seperti disebutkan tadi, Pawn dapat bergerak sehingga dua kotak ke depan pada langkah pertama dalam permainan. Oleh itu, mulailah dengan menggerakkan Pawn anda (di hadapan raja atau permaisuri) dua kotak ke depan. Ini membolehkan Bishop dan Queen memasuki permainan. Oleh kerana para Bishop hanya boleh bergerak secara menyerong, mereka memerlukan bukaan untuk menyerang medan perang.

4. Pastikan Knight and Bishop berada di hadapan
Knight dan Bishop perlu berada di hadapan Pawn supaya mereka dapat menyerang dan melindungi buah catur anda, ini sangat penting. Oleh itu, anda perlu menggerakan mereka terlebih dahulu ketika di awal permainan.

5. Sentiasa mengikut rancangan
Jangan buang masa dengan berusaha membuat terlalu banyak gerakan dengan Pawn anda. Cuba untuk tidak terlalu menyeramkan Pawn lawan tetapi perlu lebih fokus pada strategi anda..

6. Guna Castle sebaik mungkin
Pindahkan King ke kawasan selamat dengan menggerakan Castle anda. Lakukan ini pada awal permainan dan jika lawan anda lupa melakukan perkara ini, anda boleh melancarkan serangan terhadap King mereka. Pergerakan ini dapat dilakukan dengan menggerakkan King dua kotak ke arah Castle sementara Castle akan bergerak ke belakang King.

* pergerakan ini adalah satu-satunya pergerakan yang melibatkan dua catur boleh bergerak dalam satu-satu masa.

IKLAN

7. Kekalkan dominasi di bahagian tengah
Kawasan terbaik untuk mendapatkan kawalan awal adalah empat petak di tengah. Kerana kawasa ini merupakan ‘pintu gerbang’ ke seluruh papan permainan dan membolehkan anda memindahkan buah anda ke mana sahaja yang anda mahukan.

8. Pelan Serangan ‘Middlegame’.
Setelah Pawn, Knight, Bishop dan Castle anda dimainkan, anda telah memasuki fasa yang dikenali sebagai ‘middlegame’. Pada ketika ini, anda seharusnya sudah memikirkan strategi untuk mematikan buah lawan anda, tanpa menjejaskan posisi permainan anda.

9. Gerakan Pawn ke hadapan untuk dinaikan pangkat
Anda dan lawan hanya tinggal beberapa kepingan catur sahaja, ini bermaksud ‘permainan akhir’ sudah semakin hampir. Setiap Pawn sangat penting pada masa itu. Sekiranya anda berjaya memajukan Pawn ke petak yang paling jauh dari anda, Pawn tersebut boleh dinaikan menjadi Queen, yang akan memberikan anda kelebihan yang besar!

10. Gunakan King untuk menyerang fasa akhir permainan
Dalam fasa akhir permainan, gunakan raja anda untuk menyerang sebaik mungkin, selagi King itu masih jauh daripada jangkauan lawan anda, terutama sekali Queen.

11. Bersikap Strategik!
Sebelum menggunakan buah catur anda, perhatikan pergerakan akhir lawan dan cari sebab kenapa dia melakukan pergerakan tersebut. Adakah pergerakan itu sebuah perangkap? Apa yang dia rancangkan? Apakah pergerakan tersebut mampu mempengaruhi keputusan perlawanan ini? Setelah menjawab soalan-soalan ini, barulah anda boleh fikirkan pergerakan anda, fikir dengan mendalam setiap strategi sebelum anda bergerak dan cuba dapatkan kemungkinan yang timbul hasil daripada pergerakan tersebut.

12. Tenang
Berfikir dengan tenang adalah kunci utama untuk memenangi permainan Catur. Sekiranya anda terfikir tentang satu langkah yang baik, jangan terus bertindak! Tunggu dan fikirkan lagi apakah langkah yang lebih baik. Ambil sebanyak masa anda perlukan dan tetap fokus.

IKLAN

13. Cari corak permainan anda
Anda mungkin merasakan strategi A berbanding strategi B. Sebagai contoh,anda merasa paling selesa apabila bermain secara bertahan. Atau, mungkin anda mempunyai naluri yang sangaat baik ketika menyerang, bermainlah dengan kekuatan dan berusaha memperbaiki kelemahan anda.

14. Kaji taktikal permainan
Kombinasi taktikal dalam permainan catur yang mengikuti corak permainan terkenal sering disebut sebagai ‘tema’ atau motif ‘. Kaji corak ini untuk memahami dengan lebih baik bagaimana tema motif ini berfungsi dalam situasi yang berbeza.

15. Jangan menyerah
Semasa belajar permainan catur, jangan biarkan kesilapan membuat anda mahu berhenti. Teruskan bermain, dan tetap positif. Kesilapan ketika bermain tidak seharusnya membuat anda ingin menyerah tetapi sepatutnya menjadi pembakar sehingga mendapat kemenangan.

16. Berlatih, berlatih … dan terus berlatih
Catur adalah permainan kebolehan, kemahiran, dan juga strategi. Maknanya, ia memerlukan kerja keras yang tinggi dan latihan yang banyak untuk berjaya! Sekiranya anda benar-benar ingin menjadi seorang pemain yang hebat, anda perlu meluangkan masa untuk belajar, berlatih, dan juga bermain.

17. Sentiasa berseronok!
Catur adalah satu permainan yang sangat mencabar. Jadi anda mungkin terlupa untuk berseronok ketika bermain! Perlawanan yang baik adalah perlawanan yang membolehkan anda tersenyum, ketawa, dan menikmati keseronokan permainan yang kompetitif!

 

Diharapkan perkongsian di atas yang dapat membantu anda untuk bermula bermain catur, serta dapat mengembangkan kemahiran dan meningkatkan corak permainan anda.

Sekiranya anda sangat meminati permainan catur ini, adalah penting anda belajar dan berlatih sambil berseronok. Semoga berjaya!

Sumber: gamesver

Artikel Berkaitan

MESTI BACA