Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZKemahiran13 “Shortcut” dalam Windows yang perlu diketahui bagi memudahkan tugas anda
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

13 “Shortcut” dalam Windows yang perlu diketahui bagi memudahkan tugas anda

Tidak kisahlah anda seorang pelajar mahupun telah berkerjaya, pengetahuan mengenai komputer memang sangat penting untuk diketahui pada masa kini.

Jika anda seorang pengguna sistem pengoperasian Windows, dengan mengetahui “shortcut” atau pintasan ini, ia bakal memudahkan kerja dan seterusnya meningkatkan lagi produktiviti anda.

gambar papan kekunci

GPSBestari kongsikan beberapa pintasan yang ada di dalam Windows untuk membantu memudahkan tugasan harian anda.

1) Ctrl + C : Untuk membuat salinan (Copy)
Anda telah menulis beberapa ayat yang anda suka di dalam Microsoft Word, kini anda ingin menggunakan ayat yang sama lagi di perenggan yang lain.
Dengan mengetahui pintasan ini, anda dapat menjimatkan banyak masa daripada menulis ayat yang sama kerana dengan menekan butang ini, anda mampu menyalin ayat-ayat yang telah ditulis dalam masa kurang dari satu saat sahaja!
Salin dengan mudah apa sahaja yang anda suka dan perkara yang disalin akan sentiasa berada di dalam sistem sehingga anda memilih untuk menyalin perkara lain.

2) Ctrl + V : Untuk menampal (Paste)
Selepas selesai menyalin ayat-ayat, gunakan pintasan ini untuk menampal semula apa yang disalin tadi.
Perkara-perkara yang disalin tidak hanya terhad untuk ayat-ayat, malah anda juga boleh menggunakan pintasan 1 dan 2 ini untuk menyalin perkara-perkara yang berupa teks, fail, gambar atau folder. Walau apa pun, ini adalah ciri yang sangat berguna untuk menyatukan semuanya.
Sekiranya anda ingin menampal teks biasa dan sederhana tanpa format asal, hanya perlu menekan butang Shift sebagai tambahan, iaitu Ctrl + Shift + V.

IKLAN

3) Ctrl + X : Untuk memotong (Cut)
Anda telah menulis sebuah teks, tetapi kemudian merasakan teks tersebut lebih sesuai di perenggan yang lain. Tidak perlu risau, gunakan pintasan ini, ia akan memadam ayat tadi dan anda boleh meletakannya di mana-mana sahaja yang anda mahu.
Seperti pintasan 1, pintasan ini juga tidak terhad untuk teks sahaja malah boleh digunakan untuk memindahkan jadual, gambar serta fail-fail yang berada di dalam komputer.

4) Ctrl + A : Untuk pilih semua (Select All)
Pasti anda mahu menyalin semua teks yang terdapat di dalam dokumen anda, dengan gigih anda menyeret tetikus untuk memilih semua perkataan bermula daripada ayat pertama hinggalah ayat yang terakhir.
Daripada meluangkan masa anda menyeret tetikus ke seluruh halaman, gunakan pintasan ini untuk memilih semuanya dalam masa kurang dari satu saat.

5) Ctrl+Z : Untuk kembali kepada asal (Undo)
Mungkin anda pernah mengalami situasi begini di mana anda secara tidak sengaja telah memadam semua teks yang telah ditulis sepanjang malam.
Perasaan kecewa dan marah pasti ada, mana tidaknya, sekelip mata sahaja kerja yang memerlukan masa yang lama hilang.
Mahu buat balik pula memerlukan masa yang lama.
Jadi pintasan Ctrl + Z boleh menjadi penyelamat anda. Apa sahaja program yang anda jalankan, fungsi ini membantu anda kembali ke ‘input’ terakhir anda. Oleh itu, jangan risau tentang kesilapan kerana pintasan ini akan menjimatkan masa anda.

IKLAN

6) Alt + Tab : Untuk menukar paparan skrin
Pintasan ini sebenarnya telah lama wujud dan telah disempurnakan dengan penambahbaikan dan naik taraf Windows. Cukup sekadar tekan Alt + Tab dan anda akan beralih ke tab atau skrin seterusnya.
Dengan menekan butang Alt + Tab, anda boleh melihat dan memilih antara beberapa paparan skrin aplikasi yang sedang dijalankan.

7) Ctrl + Alt + Del : Untuk memulakan pengurus tugas (Task Manager)
Ketika aplikasi sedang digunakan mula menjadi perlahan dan tiada langsung tindak balas, anda boleh menggunakan Ctrl + Alt + Del!
Apabila anda menekan ketiga-tiga butang bersama-sama, sebuah tetingkap baru dipanggil pengurus tugas akan muncul.
Kemudian, anda boleh menyemak program dan aplikasi mana yang menjadikan komputer anda perlahan dan mematikan aplikasi tersebut menggunakan pengurus tugas.

8) Alt + F4 : Untuk menutup aplikasi
Cukup dengan menekan Alt + kekunci fungsi F4 dan aplikasi yang anda gunakan sekarang akan ditutup.
Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya anda menyimpan dulu tugasan anda sebelum menggunakan pintasan ini. Ia juga berfungsi untuk aplikasi apa saja termasuklah penyemak imbas, permainan dan aplikasi khusus.

IKLAN

9) Ctrl + F : Untuk mencari perkataan
Anda tahu ada menulis satu perkataan di dalam karangan, kemudian bila anda ingin mencarinya dalam ribuan perkataan lain, tidak jumpa langsung!
Gunakan Ctrl + F! Pintasan ini akan membuka sebuah bar di mana anda boleh memasukkan kata kunci dan ia akan menunjukkan semua hasil dalam dokumen yang sesuai dengan permintaan anda.

10) Ctrl +H : Untuk cari dan tukar perkataan
Anda baru sahaja menyelesaikan sebuah karangan, kemudian apabila membaca semula, anda menyedari bahawa terdapat kesalahan ejaan pada nama Perdana Menteri sepanjang karangan tersebut!
Tidak perlu risau. Pintasan Ctrl + H sangat berguna di sini. Dengan menggunakan pintasan ini, anda hanya perlu mencari kata kunci tetapi mengganti semua kegunaannya dengan yang lain.
Cukup dengan menekan butang dan kotak akan dibuka. Anda hanya boleh memasukkan perkataan yang perlu anda cari dan ganti. Ini berfungsi untuk kebanyakan jenis dokumen.

11) Ctrl + Roda Tatal Tetikus : Zum Masuk / Keluar
Teks terlalu kecil? Ataupun anda sedang melihat sebuah infografik yang memerlukan zum masuk untuk dibaca dengan jelas? Gunakan pintasan ini.
Sekiranya anda berada di dalam dokumen, pintasan ini akan menjadikan fail dan folder anda kelihatan lebih besar.

12) Win + D : Tunjukkan paparan desktop
Pintasan ini adalah untuk meminimumkan semua aplikasi anda dengan cepat.
Tidak kira berapa banyak tab dan tetingkap yang terbuka, pintasan ini meminimumkan semuanya dan menunjukkan kepada anda desktop.

13) Win + Prt Sc : Untuk menyimpan tangkapan layar (Screenshot)
Jika anda pernah tertanya-tanya apakah fungsi butang Prt Sc di papan kekunci anda, ia adalah untuk membuat tangkapan layar, tetapi tidak menyimpan tangkapan tersebut.
Dengan menekan butang tambahan Win bersama-sama Prt Sc, ia akan membolehkan anda mengambil dan menyimpan tangkapan skrin secara automatik.
Tangkapan layar yang dibuat telah disimpan dalam format PNG di dalam folder bernama “Screenshot”.
Screenshot ini pula terletak dalam folder Document anda.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA