Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZJangan percaya mitos-mitos mengenai sukan ini! Mulakan hidup sihat
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Jangan percaya mitos-mitos mengenai sukan ini! Mulakan hidup sihat

Kesihatan merupakan satu anugerah tuhan yang mesti dijaga dengan sebaiknya. Antara satu cara agar ia dapat dijaga adalah dengan bersukan.

Jika kesihatan terjaga, pastinya konsentrasi ketika mengikuti pelajaran akan lebih fokus kerana badan cergas, otak cerdas.

Untuk memastikan kesihatan dapat dijaga, ada banyak aktiviti sukan yang boleh dilakukan sama ada bersendirian mahupun berkumpulan.

Ikuti GPSBestari di twitter

Antara aktiviti yang boleh dilakukan secara bersendirian adalah berjoging. Tapi mungkin adik-adik terasa malas untuk joging ini sebab terpengaruh dengan pelbagai mitos yang berlegar dalam kalangan masyarakat.

Namun sebenarnya, apa yang penting adalah kena ambil tahu teknik yang betul dan jangan sesekali mudah percaya dengan sebarang mitos di bawah.

#1 “Saya tak boleh lari laju,”
Sebenarnya dua perkara ini adalah perkara yang sangat berbeza. Jangan hairan dengan sukan larian yang selalu menjadi tumpuan utama di TV, kerana itu adalah sukan lari pecut.

Jika baru hendak berjinak-jinak dengan aktiviti kardiovaskular ini, janganlah meletakan target untuk berlari seperti Usain Bolt. Mulakan dengan berjalan perlahan, kemudian tingkatkan kelajuan. Ini pun sudah dikira sebagai senaman joging.

IKLAN

BACA JUGA: Tertekan dengan pembelajaran dalam talian, ikuti 5 cara ini untuk kurangkan stres

BACA JUGA: Semua graduan layak memohon sebagai pendidik atau sebaliknya

2. Berjalan kaki tidak dikira bersenam
Sebenarnya, kerap berjalan kaki bermakna anda mempunyai tahap aktiviti fizikal yang tinggi. Ia juga akan meningkatkan kesihatan tubuh.

Anda akan mendapat manfaat kesihatan sekiranya berjalan kaki sehingga cukup untuk
mengeluarkan sedikit peluh. Jika tengok jadual agak sibuk, pastikan sekurang-kurangnya 150 minit untuk masa berjalan.

IKLAN

3 “Saya tak mampu lari tanpa henti. Saya lari sekejap lepas tu berhenti,”
Ini perkara yang ramai orang tak tahu, dalam aktiviti marathon penuh di mana jaraknya adalah 42 KM, tiada seorang pun yang akan berlari sepanjang masa, semua akan mengambil masa untuk mengumpul semula tenaga dengan berjalan, jadi mereka pun sekejap berlari, sekejap berjalan.

Jadi bukan perkara pelik pun kalau tidak mampu untuk berlari, Boleh lakukan larian anak sambil diselangi dengan berjalan. Malah ini sebenarnya adalah satu teknik larian yang dipanggil teknik Jeff Galloway. Jika anda seorang yang biasa dengan marathon, mesti tahu teknik ini.

BACA JUGA: Menjaga kesihatan ketika musim panas, guru dan pelajar perlu amalkan 6 tip penting ini!4 “Macam mana saya nak masuk 5km? 500m pun saya tak mampu nak lari,”
Semua orang bermula dari kosong. Untuk pemula, jangan dulu fikir mengenai jarak, abaikan jika ada rakan yang sering menunjuk-nunjuk jarak lariannya. Apa yang perlu difokuskan sekarang adalah jumlah masa larian.

Sebagai contoh, mulakan larian pada minggu pertama dengan menetapkan 30 minit sebagai masa minimum larian. Selepas 2 minggu, tambah lagi 15 minit.

Percayalah jarak larian yang panjang akan datang juga jika anda sentiasa konsisten mengikuti masa yang ditetapkan.

IKLAN

5 “Saya tak mampu nak beli jam lari GPS mahal-mahal macam semua orang,”
Benar, peralatan-peralatan sukan seperti jam larian seakan-akan sudah menjadi kewajipan jika hendak bersukan. Tapi sebenarnya semua peralatan itu hanyalah satu kehendak berbanding keperluan.

Jam biasa sebenarnya sudah cukup untuk mengetahui masa larian, pastikan juga rentak nafas sepanjang larian sentiasa terjaga dan tidak tercungap-cungap, perkara itu sudah memadai.

Namun, jika tetap juga mahu menggunakan peralatan-peralatan sukan bagi membantu larian, boleh juga lihat senarai aplikasi sukan yang terdapat pada sisipan GPSBestari di akhbar Sinar Harian keluaran 9 Ogos 2021 ini, yang paling penting semua aplikasi tersebut adalah percuma!

6. “Saya tengok semua beli kasut canggih-canggih. Saya beli kasut murah waktu diskaun ok ke?”
Sebenarnya, pemilihan kasut sama ada murah atau mahal bukanlah satu ukuran larian lebih baik, tetapi ianya lebih kepada memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki.

Kasut yang mahal tapi tidak selesa tidak berguna juga, malah boleh mendatangkan risiko kecederaan lagi. Semua barangan mahal seperti kasut, stokin, seluar dan baju larian khas bukanlah jaminan untuk bebas daripada kecederaan.

Ada banyak lagi sebenarnya mitos-mitos yang sering dijadikan alasan untuk tidak bersukan, tapi apa yang penting adalah jangan mudah mempercayai mitos tersebut dan sentiasa meringankan badan untuk bersukan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA